20091224

petua cepat dapat anak

aku baru berkahwin 4 bulan tp ma wife belum ade tanda-tanda kehamilan. jalan-jalan dalam alam maya ni terjumpa petua nih. so InsyaAllah aku akan suruh ma wife cuba petua ini. Moga-moga berkesan.


Begini petuanya :

1. Ambil segenggam kacang hijau.

2. Rendam kacang hijau itu selama 2 hari (sampai tumbuh ekor anak tauge kira-kira panjang ekor itu menjadi 2 kali panjangnye kepala tauge). Air rendaman tu hendaklah sama aras dengan kacang hijau (bagi kacang tu tenggelam dalam air).

3. Tutup bekas tu (kalau nak mudah, rendam guna periuk)

4. Bila dah jadi anak tauge, cuci dan buang kulit hijau yang ada (kulit kacang hijau)

5. Rebus tauge itu dengan 2 gelas air kira-kira dalam 15 minit dengan api sederhana.

6. Apabila air rebusan itu dah tinggal jadi separuh. Tapis & ambil air rebusan yang tinggal (kira-kira dalam segelas).

7. Minum air rebusan itu tiap-tiap pagi bermula dari 1st period sampai waktu subur.

Menurut pengamal petua ini, mereka cuma mengamalkan petua ini sebulan saja. Lepas sebulan amal, dengan izin Allah dia mengandung, katanya. Menurutnya lagi, kawan-kawan nya yang lain yang mengamalkan petua ini juga, Alhamdulillah berjaya mengandung.

Kepada mereka yang inginkan anak, cubalah amalkan petua ini. Cuba amalkan dan tawakal pada Allah. Doa banyak-banyak. Semoga dipercepat menimang cahaya mata. Sekian.

sumber * Petua cepat dapat anak

9 comments:

Aidi-Safuan said...

good luck!
=)

Syaiful Azhar said...

tq aidi..:)

zella y said...

harap2 menjadi lah erk...
semoga cpt dpt baby...
4 bln, br lg kawen....

diaien said...

banyak petua nak dapat anak cepat ni. aku dulu pun lambat jgak dapat anak dekat setahun baru melekat. macam2 jgak aku buat. ubah timing, ubah posisi, ubah pemakanan macam2 lagi la. tapi petua ni aku x pernah dengar pun. xpe, usaha tanggan kejayaan. ada rezeki, x kemana. lambat atau cepat je. setakat 4 bulan tu biasa la

Syaiful Azhar said...

diaien :

camne nak sebut nama bro ni..berbelit lidah.
tu la 4 bulan awal lagi.
tp biasa ar org2 ni asyik tny jer kan..aku tak kisah,org rumah la mengomel jerk..hakhak..

Sharinginfoz said...

sabar..

Jom Twitter

nizaa said...

aku pun sdg berusaha....kalau nak makan taugeh terus tak bleh ker? ekekeek...

http://kancilbiru.blogspot.com/

Dak Wan® said...

Makan tu ini... tapi "usaha"nya takder, tak jalan jugak.... Hehehe

author faethal said...

Rilek2..
Aku dulu pun 5-6 bln gak baru my wife pregnant...
Tapi biasa la org pompuan...bila lambat dia gabra...
Rezki tuhan bagi...
La ni...
Anak baru 5 bln my wife dah sangkut lagi...no.2
Wakakaka!!

Anda juga mungkin meminati :

Related Posts with Thumbnails

follow me