20140909

#FitMalaysia

#FitMalaysia adalah satu program yang dilancarkan dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara yang membudayakan sukan. Program ini amat baik bagi rakyat Malaysia memandangkan majoriti rakyat Malaysia terdedah kepada obesiti. Ini adalah kerana Malaysia terkenal dengan pelbagai jenis makanan yang sedap tetapi kurang sihat. Berikut adalah kata-kata YB Khairy berkenaan program tersebut.

"Program FitMalaysia yang dilancarkan, hari ini akan menjadi 'gelombang kecergasan' dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara yang membudayakan sukan, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Beliau berkata, program FitMalaysia akan diperluaskan ke seluruh negara dengan siri jelajah bermula di Melaka pada 14 September ini.



Khairy berkata model yang sama diguna pakai di Dataran Merdeka itu akan dilaksanakan di lokasi seluruh negara seperti aktiviti larian, kayuhan, senaman kecergasan seperti zumba, seni mempertahankan diri dan aktiviti kecergasan dan sukan yang lain.
"Saya amat kagum dengan peserta yang begitu ramai hari ini yang kita sasarkan 50,000 orang mengikuti semua aktiviti mulai pukul 6 pagi hingga 5 petang ini.
"Kalau gelombang ini dapat dikekalkan, hasrat untuk mewujudkan rakyat yang lebih cergas dan sihat, bersatu padu akan dapat dicapai," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran FitMalaysia di Dataran Merdeka. 


Khairy berkata walaupun usaha membudayakan sukan dalam kalangan rakyat Malaysia memakan masa, namun jika segala program dijalankan dengan konsisten matlamat itu dapat dicapai dengan kerjasama pelbagai pihak yang terbabit.
Beliau juga berkata pembabitan dan sambutan daripada seluruh rakyat juga perlu bagi menjayakan program FitMalaysia ini. 


"Ia akan mengambil masa yang sederhana sebab pembabitan rakyat Malaysia dalam sukan dan senaman hanya 30 peratus. Untuk ubah budaya dan gaya hidup, ia memerlukan suatu budaya hidup bersukan.
"FitMalaysia ini boleh menjadi identiti bagi rakyat Malaysia untuk mengamalkan budaya hidup yang lebih sihat dan cergas. Sebab itu kita ada #FitMalaysia supaya orang ramai dapat memuat naik gambar ketika mereka beriadah," katanya. 


Khairy berkata selain mencapai matlamat membudayakan sukan dalam kalangan rakyat Malaysia, program FitMalaysia ini dapat membantu usaha untuk mengenal pasti bakat-bakat baru dalam bidang sukan.
Khairy berkata, program FitMalaysia ini membabitkan beberapa agensi kerajaan dalam Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan, termasuk Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan di samping sektor swasta dan media. 


FitMalaysia adalah satu gerakan secara besar-besaran di seluruh negara yang akan membawa Malaysia daripada sebuah negara pencinta sukan kepada negara sukan.
Pendekatan FitMalaysia lebih bersifat berpaksikan masyarakat di mana aktiviti yang dilaksanakan tidak memerlukan kemudahan atau peralatan khusus, mudah dipelajari dan boleh dilakukan pada bila-bila masa secara berseorangan atau berkumpulan.

FitMalaysia akan memberi fokus bukan hanya tentang amalan hidup sihat tetapi memberi inspirasi kepada rakan dan keluarga untuk bersama-sama sihat melalui penganjuran aktiviti berasaskan komuniti seperti menubuhkan kumpulan berbasikal atau melakukan aktiviti berlari, berjalan dan bersenam mingguan bersama rakan"

Sebagai menyahut dan menyambut baik saranan #FitMalaysia, kami sekeluarga telah mulakan aktiviti kecergasan untuk menjadi rakyat Malaysia yang sihat.




In Progress v3

Alhamdulillah proses pembinaan rumah kami berjalan lancar. Puas hati dengan progress nya. Kalau diikutkan progress pembinaan, hujung tahun ni In Shaa Allah rumah kami akan siap. Maybe dalam bulan Mei tahun depan dah boleh pindah. Alhamdulillah.

 

20140827

Jamuan Hari Raya SPMICT 2014

Bulan Syawal telah melabuhkan tirainya dan menjelma pula bulan Zulkaedah. 25 Ogos yang lepas SPMICT telah mengadakan jamuan hari raya. Bertindih dengan dua lagi unit yang mengadakan majlis yang sama. Persediaan dan perancangan menu bermula lebih awal sebenarnya. Pelbagai menu yang dirancang. So sepanjang hari perancangan, selalulah dengar percakaran manja antara abang Ramlan dan juga kak Su pasal menu dan persediaan tempat. Mereka ni orang kuat SPMICT. Sorang nak pencen tahun depan. Sorang lagi baru dapat APC tahun ni. Mereka ni bagai anjing dengan kucing. Tak tahu mana anjing dan mana kucing. Setelah perbincangan dilakukan, maka menu-menu yang ditetapkan adalah seperti berikut.
Ok menu kat atas ni di taja oleh Pn Khadijah. Gulai asam tetel. Memang ketetel lah siapa makan. Cepat habis lauk ni. Lagi satu rendang hati. Tak tahu lah hati apa.

Yang ni pulak adalah rendang itik dan rendang ayam. Yang belah kiri adalah rendang itik yang ditaja oleh abang Ramlan. Lagi satu menu abang Ramlan bawa adalah Rassam. Tak de gambar pula. Masakan orang India. Katanya baik untuk orang perempuan. Yang belah kanan pula rendang ayam ditaja oleh abam Fazlin. Resepi gadek. Podeh buleh tahanlah. Tapi memang sodap. 

Menu yang ni pula di taja oleh kak Suhailah. Jadi buah mulut orang ni. Lambat datang memang tak merasa lah. Asam pedas keladi dengan gulai tempoyak daun. Memang sedap air tangan mak kak Suhailah ni. Hahah.
Yang ni pulak masak lemak nenas ikan sepat dan sambal sotong. Masak lemak nenas kak Fieza yang taja. Ingatkan dapatlah merasa ikan kurau. Hahaha.Sambal sotong tetap dan berpencen abang Azizi yang bawa. Rasa memang tak lari lah.

Ok yang kat atas ni lah 'main course' nya. Hahaha. Paling mudah dah senang. Kek tu aku taja. Tapi separuh je lah. Separuh lagi kelab. White Chocolate Macadamia. Nasi himpit ni ditaja oleh abam Shahril. Tiga bungkus nasi himpit. Tapi ada 72 biji jer. Haha. Lagi satu menu die bawak adalah ikan masin bulu ayam


Buah-buahan ni ditaja oleh abam Zaki. Tahun ni meriah buahnya. Buah rambai tu aku bawa. Rare tu susah nak jumpa. Hahah. Ada juga ulam-ulaman, petai, kacang botol dan banyak lagi. Belah kanan tu pula adalah penaja sphageti, cik Efada. Dua jenis sphageti die buat iaitu carbonara dan bolognese. Bertuah zaki kalau dapat.

Ni lah susunan makanannya. Macam buffet hotel. Kat hotel ni satu kepala RM40 ni. Ada lagi side dishes yang tak disebut dan tak sempat nak ambil gambar. Ok setakat ni dulu untuk jamu mata. In Shaa Allah sambutan semasa hari kejadian pada post selepas ini. K bai.

20140819

Apabila Tun Mahathir bersuara


1. Ada orang yang memberitahu kepada Dato Seri Najib Tun Razak yang saya telah memburukkan pemerintahannya.

2. Saya tidak akan menyangkal kerana saya telah berkali-kali menegur dasar-dasar Kerajaan sekarang.

3. Saya menegur kerana saya berpendapat pemimpin yang tidak ditegur akan percaya segala-gala yang dilakukan oleh mereka baik-baik belaka. Hanya apabila ditegur sahaja barulah pemimpin akan sedar akan kesalahan dan mungkin akan memperbetulkannya.

4. Izinkan saya mencerita cerita dongeng berkenaan seorang raja Inggeris. Ia dikelilingi dengan ramai dato-dato yang mendakwa dia adalah seorang raja yang amat berkuasa keatas segala-galanya. Demikian pasang-surut air di laut pun akan patuh kepada perintahnya.

5 Alkesah, maka pada satu hari raja menitah untuk meletakkan takhtanya di pantai menghadapi laut.

6. Air sedang pasang dan raja bertanya kepada dato-datonya apakah baginda boleh hentikan air pasang supaya tidak basahkan kakinya.

7. Jawab mereka, “Ya, Tuanku. Air tidak akan sampai kaki Tuanku.”

8. Maka raja pun menitah supaya air laut itu tidak naik lagi.

9. Tetapi air laut itu terus pasang dan kena pada kaki baginda. Maka baginda pun murka kepada dato-datonya.

Demikianlah sikap dato-dato kerana ingin menyenangkan hati raja mereka.

10. Satu lagi cerita dongeng juga ialah berkenaan dato-dato istana yang tidak pernah menegur raja. Mereka sepanjang masa mengiyakan saja apa juga yang dilakukan oleh raja.

11. Satu hari raja masuk dewan dalam keadaan bogel. Baginda bertanya cantikkah pakaiannya. Semua angguk kepala dan berkata “Ya Tuanku”.

12. Hanya seorang budak yang berkata, “Tuanku bogel.”

13. Maka raja pun murka akan dato-datonya yang tidak berkata yang benar apabila dia bogel.

14. Kita boleh dapat sedikit pelajaran dari cerita-cerita dongeng ini.

15. Orang Melayu mempunyai banyak pepatah yang boleh jadi panduan dalam kehidupan mereka. Antaranya ingin saya sebut disini:

“Sayangkan anak tangan-tangankan
Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan”

Dengan izin saya ingin menambah sedikit kepada pepatah ini.

“Sayangkan pemimpin tegur-tegurkan”


16. Saya lihat bagaimana orang Melayu tidak mudah menegur pemimpin. Walaupun pemimpin jelas bersalah, tidak ada siapa yang sanggup menegur secara terbuka. Tetapi di belakang pemimpin mereka akan keluarkan kata-kata yang kesat terhadapnya.

17. Mungkin saya berbeza sedikit dari Melayu lain. Apabila YTM Tunku membuat beberapa dasar dan tindakan yang tidak disenangi oleh ramai orang Melayu, saya menulis surat menegur Tunku.

18. Walaupun kerananya saya dipecat, tetapi YTM Tunku meletak jawatan sebagai Perdana Menteri. Mungkin bukan kerana teguran saya, tetapi hakikatnya Tunku mengundur diri.

19. Demikian juga dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Mungkin kerana teguran, mungkin kerana prestasi buruk Pilihanraya ke 12. Tetapi hakikatnya Tun Abdullah juga letak jawatan.

20. Saya sendiri pun letak jawatan. Sebahagian dari sebabnya ialah kerana saya dengar bisik-bisik yang menyoal “Bila lagi orang tua ini akan pergi.” Saya percaya jika saya tidak letak jawatan, bisik akan jadi jeritan.

21. Pilihan saya bagi mengganti Tun Abdullah ialah Dato Seri Najib. Setelah beberapa lama dilihat bahawa dasar dan tindakan Dato Seri Najib tidak lebih berkesan dari Tun Abdullah.

22. Saya tidak sangka yang pencapaiannya dalam Pilihanraya Umum ke13 lebih buruk dari Tun Abdullah.

23. Harapan saya Dato Seri Najib akan mengambil ikhtibar dari prestasinya yang buruk dalam Pilihanraya Umum ke 13.

Malangnya sehingga kini tidak ternampak apa-apa perubahan dari segi dasar atau pendekatan walaupun saya cuba menyampaikan pendapat saya, (yang juga pendapat ramai yang datang bertemu saya) secara langsung kepada Dato Seri Najib.

24. Saya tidak ada pilihan selain dari menarik balik sokongan saya. Ini pun tidak berkesan. Oleh itu terpaksalah saya menegur.

25. Apakah dianya yang saya fikir salah. Ia bermula dengan pendirian melayani semua tuntutan musuh. ISA dan undang-undang buang daerah dimansuh. Tindakan ini tidak sedikit pun mengurangkan tentangan oleh parti lawan. Sebaliknya jenayah bertambah dengan banyaknya kerana pembebasan ketua-ketua geng.

26. Demikian juga dengan sikap merendah diri kepada negara jiran sehingga urusan dalam negeri pun tertakluk kepada pendapat Kerajaan negara jiran.

27. Tetapi pendapat kaum dan parti yang kuat menyokong untuk menyelamatkan kedudukan Kerajaan tidak diberi layanan yang saksama.

28. Wang Kerajaan diguna untuk mempengaruhi sokongan rakyat apabila sahaja pilihanraya umum diadakan. Ini menjadikan rakyat terlalu bergantung kepada Kerajaan untuk segala-galanya. Bagi yang betul-betul miskin, bantuan seperti ini memanglah wajar. Tetapi beribu rakyat yang ditawar menolak bantuan wang seperti ini. Semangat rakyat untuk bekerja menjadi luntur apabila mereka diberi ganjaran tanpa apa-apa usaha oleh mereka. Semangat ini tidak akan menolong pembangunan Negara.

29. Dasar ekonomi mengutamakan tuntutan pengguna. Impot barangan digalakan dan industri tempatan diabaikan, bahkan dihalang oleh dasar Kerajaan.

30. Cuti ditambah sehingga adakalanya pekerja bercuti lebih satu minggu. Sebaliknya gaji minimum dinaikkan tanpa mengambilkira kenaikan kos yang boleh menjadi perniagaan dan perusahaan tidak bedayasaing dengan barangan impot.

31. Sesungguhnya banyaklah dasar, pendekatan dan perbuatan Kerajaan pimpinan Dato Seri Najib yang merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara.

32. Semua ini disebabkan penyokong Kerajaan tidak pernah menegur pemimpin.

33. Jikalau tiada siapa yang sanggup menegur, biarlah saya menegur. Saya pernah dipecat oleh Tunku Abdul Rahman, dipulau oleh Datuk Seri Abdullah dan difitnah oleh ramai. Jika kerana menegur saya akan didera, terpaksalah saya terima.

34. Bukanlah saya tidak sayang pemimpin. Tetapi saya lebih sayang bangsa dan negara saya.

20140812

In Progress v2

Alhamdulillah. Proses pembinaan rumah berjalan dengan lancar. Agak laju juga pembinaannya. In Shaa Allah kalau tiada aral melintang, pertengahan 2015 dah boleh masuk rumah. Moga diberikan kesihatan tubuh badan yang berpanjangan serta umur yang panjang untuk kami melangkah masuk ke rumah kami nanti. In Shaa Allah. 



20140811

Arsenal Juara Piala Perisai Komuniti 2014/2015


Seminggu sebelum bermula musim baru EPL 2014/2015, Arsenal bertemu Manchester City untuk Piala Perisai Komuniti dimana Juara Piala Liga akan bertemu Juara Piala FA. Kesudahannya adalah Arsenal memenangi perlawanan tersebut dengan jumlah jaringan yang selesa iaitu 3-0. 

Ketiga-tiga gol tersebut dijaringkan oleh Santi Cazorla, Aaron Ramsey dan Olivier Giroud. Permulaan musim yang baik untuk Arsenal walaupon ramai haters mengatakan apalah yang ada pada piala dulang tu. Tetapi piala tersebut adalah lebih baik dari memenangi piala perlawanan persahabatan. Ini adalah piala kedua Arsenal setelah memenangai Piala FA selepas menamatkan kemarau piala selama 8 tahun.

Perlawanan itu juga adalah perlawanan tanpa trio German iaitu Ozil, Pers dan Podolski yang masih bercuti selepas membantu German memenangi Piala Dunia bulan lalu. Beberapa muka baru digunakan semasa perlawanan tersebut iaitu Debuchy, Chambers dan Sanchez. Diharapkan Arsenal dapat melalui kesemua perlawanan pada musim ini tanpa ada kecederaan pemain. COYG!!!

20140723

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri kami ucapkan kepada yang mengenali kami sekeluarga. Dalam kita bergembira, pasti ada yang berduka. Doa kami titipkan jua kepada mereka yang berada didalam kesulitan. 

#DoaUntukGAZA #DoaUntukMH370 #DoaUntukMH17 #SelamatkanPALESTIN


20140711

Smoothies Anggur

Ok hari ni nak cerita pasal smoothies anggur. Eksperimen yang boleh dikatakan berjaya. Alhamdulillah tiada side effect pada tubuh badan. Sebenarnya tak terlintas pon nak buat. Ni semua disebabkan anggur hijau yang kitorang beli terlalu masam. Memang tak sedap nak makan. Nak buang banyak 1/2 kilo. So tak nak membazir datang pulak idea nak buat smoothies.

Bahan-bahan ikut logik akal. Anggur dah masam, so carik beberapa bahan untuk jadikan rasa die balance manis dan masam nya. Bahan-bahan tambahan yang kitorang guna adalah
  • Beberapa biji kurma
  • Sedikit kismis
  • Jus Ribena 
  • Susu segar
  • Susu pekat ( Guna yogurt pon boleh ) 
  • Air sejuk
Masukkan semua bahan dalam blender. Blend sehingga sebati. Nak tambah ais masa blend pon boleh. So bila dah siap boleh minum. Rasa masam ada, rasa manis pon ada. Baik untuk kesihatan. Melancarkan sistem pencernaan. Next time nak cuba smoothies avocado. Dah beli tapi tak masak-masak lagi. Ok selamat mencuba.

20140613

Cesc Fabregas ke Chelsea

Janji tinggal janji atau khidmatnya tidak diperlukan. Hanya Cesc dan Arsene yang tahu. Btw welcome back to English Premier League Cesc. Tak tahu nak ulas apa. Baca je lah ulasan tribalfootball ni.


"Chelsea signing Cesc Fabregas has gone back on his word to Arsenal fans after leaving for Barcelona three years ago. Former Arsenal captain Fabregas completed a £27m move to Chelsea earlier today after Barcelona decided to cash in on the Spain midfielder. 

The move to Stamford Bridge sees Fabregas go back on a promise he made before departing north London, after insisting he would not 'do a Fernando Torres' and play for another Premier League club. "If some day I leave Arsenal it will never be to sign for another English team. I'm very sure," Fabregas told Spanish magazine Don Balon in 2011."

Credit to : TribalFootball

20140610

Jejak Bintang

Sejak dua menjak ni cuaca panas lain macam. Mungkin fenomena El Nino dah sampai. Malam pun terasa bahang. Tapi langit tak berapa cerah. Bintang pon tak banyak. Baru-baru ni ada terbaca pasal milky way. So teringin nak mencuba. Malam semalam ke Umbai Melaka berhampiran dengan restoran ikan bakar terapung. Ada kawasan lapang kat situ tepi pantai. Kebetulan air laut surut. Dapat lah turun ke kaki air. Tapi itulah, takde bintang malam tadi walaupun langit cerah. Shoot je lah apa yang ada. Tak lama pon kat situ. Maybe next time datang ke sini semula.
Yang kat atas ni pulak shoot kat depan rumah. Ada lah jugak bintang tu. Tapi tak berapa jelas sebab jauh. Lagi satu light polution banyak sangat. Try again next time. Still in learning process.

20140609

In Progress

Alhamdulillah ada kemajuan dalam pembinaan rumah kami. Kami berharap agar proses pembinaan dapat di siapkan dalam masa yang telah ditetapkan oleh pemaju.

 Ada 2 jenis rumah. Sebelah kiri adalah jenis-A dan sebelah kanan adalah jenis-B. Beza rumah ini adalah dari segi keluasan dan ruang dalaman. Ada pro dan kontra kat situ. Rumah kami jenis-B.
Gambar kiri pandangan dari atas dan gambar kanan pandangan dari bawah. Lokasi rumah kami di hujung sekali pada gambar pandangan kiri.
Gambar kiri tapak rumah kami. Alhamdulillah ada progress. Progress pembinaan agak laju jugak. kami berharap rumah kami dapat siap mengikut masa yang dirancang. Gambar kanan pulak adalah pemilik rumah. Hahah. Nak juga menempel.

20140519

Rumah Kami #1

Aku memang memasang impian untuk memiliki rumah sendiri sebelum aku berumur 30 tahun. Alhamdulillah dan In Sha Allah impian kami sekeluarga akan tercapai jika di izinkan olehNya. Pada mulanya kami bercadang untuk membina sebuah rumah diatas tanah sendiri. Beberapa proses telah kami lakukan. Cuma tinggal untuk submit pelan ke majlis sahaja kami terpaksa hentikan kerana beberapa sebab yang tidak boleh dinyatakan disini. Bagi kami itu rezeki. Alhamdulillah jika di izinkan olehNya juga.

Setelah melakukan perbincangan suami isteri dan servey juga dilakukan, kami akhirnya membuat keputusan untuk membeli rumah di Taman Muhibbah Fasa 14, Merlimau. Sebelum ni juga kami telah melihat beberapa buah rumah, tetapi ada beberapa perkara dan masalah terpaksa kami fikirkan.
Inilah kawasan pembinaan taman tersebut. Beberapa buah rumah lagi sedang dibina. Dari rumah yang nampak bumbung tu membawa ke bawah telah 70% siap. Rumah yang baru naik tu agak lambat kerana belakang rumah tu adalah bukit yang agak tinggi. Batu bukit perlu dibina untuk menghalang bukit itu dari runtuh. Tapi itu bukan kawasan rumah kami.
Ok yang kawasan lapang tu adalah tapak rumah kami. Ada 2 lot rumah kat situ. Dalam sebulan lagi pembinaan akan dilakukan. Pembinaan rumah kami lambat kerana proses untuk membina batu bukit diatas memerlukan sedikit masa kerana kawasan berbukit tersebut agak tinggi. By the way tak kisah sebab kawasan rumah kami jauh dari bukit tersebut.
So beginilah rekabentuk rumah kami. Pandangan dari pintu masuk. Rumah kami memanjang. Bukan melebar. Sebab itulah bilik selari. Rumah ini 4 bilik dan 2 bilik air. Cukuplah bagi kami 3 beranak setakat ni.
Rumah depan ni melebar dan bukan memanjang. So rekabentuk dalaman die lain dari rekabentuk rumah kami. Ada pro dan kontra sebenarnya kedua-dua jenis rumah ni. So kami bersyukur dengan apa yang ada. Setakat ni dulu. Kami akan update perkembangan rumah kami dari masa ke semasa.

Arsenal : Juara Piala FA 2014

Berakhir sudah Piala FA 2014. Berakhir sudah penantian Arsenal selama 8 tahun 11 bulan dan 25 hari untuk menambah koleksi piala. Perlawanan akhir bertemu Hull City pada mulanya dianggap mudah untuk Arsenal. Tapi sangkaan aku melesat apabila gawang Arsenal mudah dibolosi seawal minit ke-4 oleh Chester. Davies menambah derita Arsenal apabila menambah gol ke-2 pada minit ke-8. Main bola apa macam ni. Hati mula tak tenang dan mula terbayang Arsenal tanpa piala untuk tahun ke-9. Hati mula menyumpah seranah.Mula mengharapkan keajaiban akan berlaku. 


Minit ke-17 Arsenal mendapat sepakan percuma. Cazorla melakukan tugasan tersebut dengan sempurna. Arsenal merapatkan jurang gol. Kedudukan semasa 1-2. Peluang memang banyak tapi masih gagal untuk menjaringkan gol.


Minit ke-71 Carzola mengambil sepakan sudut. Tandukan Sagna terbias terkena Giroud. Koscielny tidak melepaskan peluang untuk menyamakan kedudukan. Nak harapkan Giroud, memang tak lah.

Tamat masa perlawanan. Perlawanan diheret ke masa tambahan. Arsenal mula menguasai perlawanan dari separuh masa ke-2 lagi. Tapi gagal untuk menjaringkan gol. Agak bahaya juga bila Hull City sesekali melancarkan serangan. Beberapa percubaan berbahaya dapat diselamatkan. Pada minit ke-108, back heel pas Giroud disempurnakan oleh Ramsey untuk Arsenal mendahului Hull City 3-2.

Kedudukan itu kekal sehingga wisel penamat.Perlawanan yang amat dramatik. Kemenangan yang amat dramatik. Kemenangan yang penuh bermakna. Kemenangan yang mampu menutup mulut haters. Kemenangan yang mampu membuatkan Mourinho menangis tersedu-sedu. Liverpool tanpa piala. Chelsea tanpa piala. Manchester United entah kemana. COYG untuk musim depan. 
 "Lihatlah Mourinho. Apa macam??"
-Ujar Wenger sambil menjulang piala dengan wajah riak.
Dengan kemenangan ini sah Arsene Wenger akan menyambung kontrak bersama Arsenal.
Keep Calm & In Arsen We Trust 

" 8 YEARS 11 MONTH 25 DAYS"

20140514

Dataran 1Malaysia Klebang, Melaka

Dataran 1Malaysia di Klebang pada asalnya adalah pesisir pantai Klebang. Kemudiannya pesisir pantai tersebut telah di tambak dan di dirikan bangunan serta pusat riadah. Disana juga terletaknya muzium kapal selam. Selain itu, bas henti-henti yang pernah beroperasi di negeri Melaka dikumpulkan disana selepas diambil alih oleh bas panorama.
Parking kereta memang tak de masalah sebab kawasan parking yang luas. Harap tak de parking berbayar. Pelbagai gerai makanan ada. Tak de masalah untuk makanan dan minuman. Layang-layang pelbagai jenis dan bentuk ada dijual. Aktiviti bermain layang-layang memang best kat sini. Aktiviti permotoran juga ada. Tak tahu pulak apa nama kenderaan tu.
Cuaca baik memang sesuai untuk aktiviti fotografi.
Pelbagai aktiviti riadah bersama keluarga boleh dilakukan disini. Pesisir pantai yang bersih. Pasir yang bersih. Kawasan yang bersih. Penambahbaikan masih dilakukan untuk menjadikan tempat ini satu kawasan riadah yang baik.

Anda juga mungkin meminati :

Related Posts with Thumbnails

follow me