20100927

:: menjejak cahaya ::

sejak dua menjak berjinak-jinak dalam alam fotografi ni membuatkan aku nak mencuba apa yg telah dilakukan oleh penembak-penembak gambar yg telah lama dalam bidang ini..setiap gambar yg aku lihat membuatkan aku teruja untuk mencuba..antara nya jejak cahaya dengan kata lainnya light trail..memang teruja sgt la klau tengok gambar nih..memang agak susah jugak untuk mendapatkan gambar yg cun bagi penembak amatur macam aku ni..tp aku berpegang pada kata practice make perfect..so tembak sehingga dapat kesan yg menarik..jangan mudah berputus asa dan jangan jemu untuk mencuba..lagi, lagi dan lagi..






:: berpeleseran di jejambat melaka sentral ::

kadang kala berpeleseran tidak membawa maksud yang tidak baik. ia bergantung kepada aktiviti yg kita buat. klau baik aktiviti nya maka baik lah kesan nya..klau buruk aktiviti nya maka buruk la kesan nya. sebagai contohnya, aku mengisi masa terluang ku [dengan kata lain berpeleseran hehe] bersama isteri dan lensa ku.. sekurang-kurangnya dpt mengeratkan lagi hubungan antara kami dan juga memantapkan lagi skill fotografi ku..hehe..



pokok pangkal nya niat kita..so enjoy with our life..hehe..

20100924

:: Blogwalking software ::

Apa itu blogwalking ??

blogwalking merupakan term yg amat popular dikalangan blogger-blogger. bagi blog yg dah dikenali tanpa blogwalking blog itu boleh menarik ramai pengunjung seperti blog ariff shah dan realiti konspirasi bagi blogger yg baru nak bertapak di dunia blogging ni, blogwalking amatlah penting untuk menarik pengunjung dan trafic masuk ke blog kita. terdapat banyak cara untuk blogwalking antaranya dengan meninggalkan jejak kita pada chatbox, shoutbox dan sewaktu dengannya. selain itu blogger juga boleh meninggalkan jejak mereka pada comment box. rajin-rajin la baca blog dan komen pada blog tersebut. jadilah friendly blogger.

melalui blogwalking juga kita dapat pelbagai info terbaru dan cerita-cerita yg menarik untuk dikongsi. atas usaha gigih aku berblogwalking, aku terjumpa satu software blogwalking di blog edy . software ini membolehkan kita ber blogwalking dengan mudah kerana ia telah memberi kita list blog yg aktif. selain itu juga kita boleh menambahkan link blog yg selalu kita lawati untuk rujukan dan blogwalking akan datang. 


cara menggunakan software ini sangat mudah. download dan run kan program ini. link-link blog akan terpapar. blogger cuma perlu klik pada link tersebut dan page tersebut akan automatic dibuka pada internet browser. mudah bukan..apa tunggu lagi korang boleh download software tersebut di blog 2dayblogger.com .selamat mencuba..

20100922

:: selamat hari lahir ::

happy besday to u..happy besday to u..happy besday to my sweetheart..happy besday to u

arini 22 September 2010 besday isteri ku yang ke-25..muda sebulan jerk dari aku sbb tarikh lahir aku yg lepas 22 ogos 2010..so sempena hari lahir sayang yg ke-25 ni, abang doakan sayang dipanjangkan umur, dilimpahkan rezki, diberkati oleh Allah swt, dikurniakan kesihatan tubuh badan, moga kita cepat dapat baby dan macam2 lagi lah..semoga hari ini akan lebih baik dari hari-hari sebelumnya..happy birthday sayang..mmmmuuuuaahhhhh....

:: percubaan pertama - light trail ::


lokasi :: dataran MBMB

percubaan pertama light trail menggunakan canon 1000D. banyak lagi yang perlu diperbaiki dan dipelajari. masih terdapat kecacatan dibeberapa tempat dan tidak berpuas hati dengan cahaya yang terhasil. practise make perfect. akan cuba dipertingkatkan pada tembakan akan datang.

20100909

:: esok raya bukan hari ni lah ::


Dari aku kecik sampai lah dah 25 tahun ni pengumuman raya disampaikan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah kat semua stesen tv..lepas je tengok anak bulan, pakcik ni akan keluar kat tv umumkan hari raya..selagi die tak umumkan makna nya esok nya belom boleh raya..

tp aku pelik dan hairan kenapa masih ada orang yang sambut raya awal..anak bulan mana yg bersalin awal dowang dapat tengok agaknya..cam tak sabar-sabar..tak lari hari raya tu..bawak-bawak lah bertaubat yerk..

KANGAR: Kumpulan Al Nadzir Awwalun mendakwa mereka menyambut Aidilfitri semalam, dua hari lebih awal berbanding umat Islam lain di negara ini berdasarkan perkiraan empat elemen utama iaitu air, udara, api dan angin selain anak bulan Syawal kononnya sudah kelihatan, malam kelmarin. 

Seorang ahli jemaah dikenali Abang Man ketika ditemui berkata, dia sudah mengikuti kumpulan itu sejak 1993 dan menyatakan semua yang dia lakukan mengikut hukum dan ajaran Islam.

“Anak bulan sudah keluar malam tadi (Selasa) dan Aidilfitri perlu segera disambut iaitu hari ini (Rabu),” katanya yang turut ditahan bersama lapan yang lain, termasuk dua wanita kerana disyaki menyambut Aidilfitri lebih awal daripada ditetapkan pemerintah di sebuah surau ahli kumpulan terbabit di Taman Pertiwi Indah, Seriab, dekat sini, semalam.

Kumpulan yang membabitkan penduduk tempatan itu ditahan ketika khusyuk mendengar khutbah Aidilfitri disampaikan ketua kumpulan terbabit yang berusia 51 tahun, kira-kira jam 8.30 pagi.
 berita selanjut nya di akhbar-akhbar tempatan..

:: ikan keli gergasi 113kg ::


Batang pancing yang kecil tp boleh menaikkan seekor ikan keli yang besar..itu lah kehebatan kaki pancing..tahap kesabaran yang tinggi juga memainkan peranan yang penting bagi seseorang kaki pancing selain dari kemahiran yang mereka miliki..aku minat juga memancing ni tp bukan lah satu hobi sbb tahap kesabaran aku kurang..so aku guna alternatif lain seperti jaring atau jala..salah satu cerita yg aku minat tengok adalah river monster..memang terbaekk lah..so kaki pancing Malaysia,bila lagi nak pancing ikan-ikan macam nih??

MONTOVA, Itali - Seekor ikan air tawar gergasi sepanjang 2.5 meter dan seberat 113 kilogram (kg) yang ditangkap oleh seorang pemancing, Roberto Godi berusia 32 tahun di utara Itali telah memecahkan rekod ikan air tawar terbesar di Eropah, lapor sebuah akhbar semalam.

Ikan itu berjaya ditarik selepas 45 minit bertarung sekali gus mengatasi rekod sebelum ini seberat 112kg yang ditangkap oleh pemancing dari Perancis, Christophe Dubreuil di sungai Ebro Sepanyol. Namun, Godi melepaskan semula ikannya itu ke dalam sungai.

Dia juga telah menghantar maklumat hasil tangkapannya itu ke Persatuan Permainan Memancing Antarabangsa untuk mengesahkan rekodnya. - Agensi

20100906

:: majlis berbuka & perpisahan FT Melaka ::

28 Ogos 2010 yg lepas selesai suda majlis berbuka puasa & perpisahan juruteknik komputer Melaka..majlis ni diadakan kat Klebang Beach Resort..Alhamdulillah majlis tersebut berjaya jugak diadakan..anggaran 50 orang yang hadir..terima kasih kepada Pn Siti Nuriah dan suami dan En Marwan yg sudi hadir..terima kasih kepada AJK yg telah berusaha menjayakan majlis ini..tahniah juga kepada FT Melaka yg telah naik pangkat iaitu Din, Amsek, Budi dan Kak Fizah..tak lupa jugak FT Melaka yg telah berpindah iaitu Faezah..Ni FT yang aku tau jerk..mana yg terlepas pandang tu mintak maap la yer..

:: edisi kacau dodol ::

bila tiba musim raya tak dinafikan aktiviti mengacau dodol banyak dilakukan..tak kira kat bandar, taman mahupon kampung..ada yang buat sesama keluarga,ada yg buat gotong royong di taman taman perumahan dan sebagainya..semalam ari ahad aktiviti mengacau dodol keluarga mertua ku..bunyik cam gempak..tp yg kacau 3 orang jerk..tu pon aku ngacau separuh jalan jerk..hakhak..

 gambar hiasan..gambar asal kacau dodol corrupt..

pengalaman pertama ngacau dodol..penat jugak ek..mak ngan abah mertua aku selamba jerk..dowang banyak pengalaman..bak kata orang skang ni, dah jumpa tune..so rilek jer ar..aku ni terkial-kial gak ngacau..was-was pon ada takut takut dodol tu berkerak plak kat bawah..tu sume kene amik kira tuh..klau tak naya kene marah dodol tak jadi..1st time la katakan..maybe next time leh tahan sampai abis kot..

lama jugak ek ngacau dodol nih..start kol 8.30 pagi sebab ujan abis kol 12 lebih..kering jugak la tekak..wakaka..seb bek la pagi tu dah telan sesudu madu asli..so badan tak lah penat sangat cuma tekak tu jer kering..tp Alhamdulillah puasa dapat diteruskan..so next time dodol lu jaga baik..guwa kacau lo sampai lo jadi bulat..hahaha

20100905

:: hujan rahmat ::

Alhamdulillah selesai suda bersahur. bangun jerk hujan dah mula turun..sejuk sket bumi ni..maklum lah cuaca skang ni memang btol2 panas..bila hujan turun ni anggaplah ia sebagai rahmat dari Tuhan..bersyukur la jangan banyak komplen..hehe..


pagi sat gi nak kacau dodol..hari pulak hujan..camner tu ek?? layan jerk klau MIL kata kacau jugak,kacau lah..klau kata pospon,aku layan kan jugak..hehe.. dah ler ni pertama kali nyer nak kacau dodol..selama ni tak penah pon..last kacau pon masa aku dajah 3..tu pon bukan kacau dodol tp kacau org yang kacau dodol tu..maklum la budak2 tak cukup umur lagi..papepon tgu la next entry edisi kacau dodol la pulak..hehe..

20100901

:: Selamat Hari Raya ::


Salam aidilfitri kami ucapkan kepada semua yang mengenali kami

rakan-rakan Sk Lendu
rakan-rakan SMK Dato Dol Said
rakan-rakan SMT Melaka Tengah
rakan-rakan Koleh Shahputra
rakan-rakan Istech Enterprise
rakan-rakan SK Dato' Naning
rakan-rakan FT 17 Melaka
rakan-rakan KJKM
rakan-rakan Geng Blogger
rakan-rakan Wise Communty
dan rakan-rakan yang mengenali diri kami

:: SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ::
:: MAAF ZAHIR & BATIN ::

Anda juga mungkin meminati :

Related Posts with Thumbnails

follow me