20091231

New Year Giveaway :: sticky mode


contest lagik. kali nih "new year giveaway". lagi beberapa hari je lagi nak sambut tahun baru. macam biasa bila tiba tahun baru tak ketinggalan azam baru nye juga. seperti tahun-tahun yang lepas azam baru sama jer, nak kerja rajin-rajin dan macam-macam lagi lah. tp tak pernah pon sampai hujung tahun azam tu. tak tau la kenapa.puas dah aku pikir.ahaks.

tp tahun ni lain sket. ade pertambahan item dalam azam baru nih. orang cakap azam baru ni satu jerk. tapi lantak la. aku yer azam, ikut suka aku la nak berapa banyak azam. azam ni aku tambah ye la sejak dah kawen ni belum ade hasil lagi. so azam aku, aku akan berusaha keras untuk dapat baby tahun nih. wahaha.
 

satu lagi azam yg aku sempena tiba nye tahun baru ni, harap-harap dapat la "new year giveaway" dari ZUE'S WORLD .hakhak. ye la dah bertahun-tahun dah masuk je tahun baru mana penah dapat giveaway. yang dapat keje yang melambak-lambak. nak tak nak terima je la kan giveaway dari ketua jabatan tu. dah kata azam baru nak keje rajin-rajin, takkan nak tolak plak kan keje-keje tu. hakhak..



so back to main topic bout contest new year giveaway nih.

syarat-syarat die mudah jerk. ape yg perlu korang buat :

1 : Tulis entry tajuk '' New Year Giveaway ''.

2. Dalam entry kene ada gambar (banner) "New Year Giveaway". Pastikan banner ada di sidebar anda. Link ke2nye ke http://lavender4all.blogspot.com/

3 : Jadi follower & add link blog ini dalam blog list anda.

4 : Setelah siap entry anda, sila tinggalkan URL-link-giveaway-anda di ruang comment entry ini sebagai tanda anda menyertai contest ini.

5. Entry perlulah sticky mode sehingga 31 December 2009

6. Tarikh tutup : 31 December 2009.

7. Hadiah merupakan sebuah "Wine Bottle Umbrella".

8. Pemenang dipilih secara rawak. Tidak layak bagi yang tidak memenuhi syarat.

senang bukan. jom la ramai-ramai join.mana tahu korang salah seorang yg bertuah sempena tahun baru ni. gud luck tok semua yg join k..

20091230

taukeh redah kasi pecah

jumpa mamat nih kat wan husna semabok malam td. prasan pon sebab wife yg gtau. sempat la jugak tegur menegur dgn lawak sengal die tuh. tak de la kata excited kan dah die dok makan kat sebelah meja. tp bagus nye die ni tak sombong. tak tau la kan sebab die baru nak naik..hakhak.jangan plak dah femes nnt sombong gaban tahap cipan suda.

aku tak de la minat sangat kat die nih. tp memang tak leh blah tgk die ni lam redah kasi pecah. tu pasal bila aku dengar suara die bercakap ngan member die pon aku nak gelak.. tak tau la apsal. kene mandrem agaknya. tp bg aku la memang lumrah artis @ selebriti kat Malaysia ni bila jumpa kat luar memang tak de feel pon nak g mintak autograp bagai. hakhak. sapa tak kenal taukeh ni die orangnya.


curik gamba die kat myspace sapa tah. ko pon layan myspace gak toke. pergh muka bajet ensem. hakhak.

20091228

melayu mudah lupa

tepat, sendat dan mantap. ungkapan yg ringkas tetapi mengandungi maksud tersirat yg amat dalam. entri ini bukan la bermaksud aku nak elobrate(betul ke ejaan ni??) ungkapan diatas. tetapi sekadar berkongsi kisah yg telah terjadi kepada aku dan ma wife diatas kerakusan melayu pada masa ini yg semakin lupa.

kisah die macam ni, last week aku hantar kete kelisa wife aku kat satu bengkel ni. dan aku rasa owner bengkel ni melayu dan staf nye juga melayu. aku g kat bengkel tu pon atas rekemen seorang officemate wife aku. kete ni mmg dah lama demam. lepas owner die ni testdrive kete aku nih die kate bearing tayar depan problem. sbb ade bunyik yg tak menyenangkan. then lepas borak2 aku soh die tukar la bearing tu dengan grindvalve(grenbal kot) serta piston ring sbb kete dah mula telan minyak hitam. total die agak mahal la jgk.

atas kepercayaan kat bro ni,aku tinggalkan la 2,3 hari sbb makan masa nak repair. then smalam aku ngan wife aku g la nak amik kete. disebabkan semalam ari ahad aku terpaksa la tunggu bro ni sampai sbb kedai die tak bukak. sampai je aku g la belek2 kete aku ni. agak smart jugak sbb dowang anta carwash skali..ahaks. tp wife aku terperasan panel dashboard kereta tu tak de. kami think +ve je la mana tau tak sempat pasang. then aku terperasan plak yg cd player aku takde. lain macam jer ni sbb turun enjin tak kan bukak cd player kot. kami masih berfikiran +ve.

sampai la bro tu sampai then die terus bg aku kunci kereta. aku dah pelik,aku tny la yg panel dashboard ngan cd player tak pasang ker? die plak terkejut die igt kan panel dashboard tu mmg takde. pulak dah. leh caya tak korang perempuan punyer kereta klau panel dashbord dengan tempat cd player yg berlobang tu, agak2 die nak biarkan tak?? mustahil sbb pompuan ni klau bab kereta memang cerewet.

bro ni dah blur call la die nye staf yg anta kete ni kat carwash. boleh plak die kata tak perasan..damn.besar sial ni. pas citer2 bro ni stuju nak cover balik bende yg kene rembat ni. dah la cd playe tu br 2 bulan pakai. rm350 tu. paling tak leh blah, cermin pandang belakang pon kene cabot. spec mata murah pon kene rembat. haram tol. sure brader ni tgh panas ati kene ganti balik. brader tu janji ari ni br amik. so tengok la petang ni nnt.

Persoalan nye kat sini ::
  • tak kan brader owner ni yg rembat?? (nak tutup periuk nasik sendiri ker)
  • staf carwash?? (sempat ke di bukak masa tgh basuh kereta..masih think +ve)
  • kereta kene pecah?? (takde kesan umpil. kete ada alarm. bengkel depan 7E)
  • staf bengkel?? (errmmm)
Kesimpulan nye klau staff bengkel ni punye keje ::
  • disarankan bawak mamat ni kemuka pengadilan
  • buang keje
  • tak guna simpan staf melayu yg boleh buat bengkel ko tutup
aku tak salah kan owner die sbb takkan die nak tutup pintu rezki die sendiri. buat ape die nak amik kalau die kene bayar ganti rugi balik. so suspect utama kes ni one daripada staff die. ape yg boleh aku kaitkan dengan tajuk diatas adalah, staf die yakni melayu tak mampu nak berfikir kesan dari apa yg dilakukan nya. kesan keatas dirinya, owner bengkel serta masa depan die. die lupa yg die mempunyai masa depan utk terus hidup. die lupa bahawa orang melayu yg nak bantu die. macam mana melayu nak maju kalau melayu sendiri tak boleh nak bantu melayu. renung-renungkan ayat berbelit kat atas tu..

20091225

kau harus ada



hujan - kau harus ada

lelah parut senyum dah jemu
metafora cair bertemu
rasa itu ini sementara
ku takkan di sini selamanya
rugi jika sendiri
hanyut jika sendiri

Kau harus ada
Kau harus ada dimana tempat ku berada
Kau harus ada
Kau harus ada bersamaku

rasa itu ini sementara
ku takkan di sini selamanya
rugi jika sendiri
hanyut jikaku sendiri

Kau harus ada
Kau harus ada dimana tempat ku berada
Kau harus ada
Kau harus ada bersamaku

Kau harus ada (harus ada di sisi )
Kau harus ada dimana tempat ku berada
Kau harus ada ( harus ada di sebelah )
Kau harus ada bersamaku

layan lagu sekali sekala.
lagu kau harus ada semestinya untuk seseorang yang sentiasa ada disamping kita.hargailah pasangan anda. ingatlah orang tersayang. :)

20091224

petua cepat dapat anak

aku baru berkahwin 4 bulan tp ma wife belum ade tanda-tanda kehamilan. jalan-jalan dalam alam maya ni terjumpa petua nih. so InsyaAllah aku akan suruh ma wife cuba petua ini. Moga-moga berkesan.


Begini petuanya :

1. Ambil segenggam kacang hijau.

2. Rendam kacang hijau itu selama 2 hari (sampai tumbuh ekor anak tauge kira-kira panjang ekor itu menjadi 2 kali panjangnye kepala tauge). Air rendaman tu hendaklah sama aras dengan kacang hijau (bagi kacang tu tenggelam dalam air).

3. Tutup bekas tu (kalau nak mudah, rendam guna periuk)

4. Bila dah jadi anak tauge, cuci dan buang kulit hijau yang ada (kulit kacang hijau)

5. Rebus tauge itu dengan 2 gelas air kira-kira dalam 15 minit dengan api sederhana.

6. Apabila air rebusan itu dah tinggal jadi separuh. Tapis & ambil air rebusan yang tinggal (kira-kira dalam segelas).

7. Minum air rebusan itu tiap-tiap pagi bermula dari 1st period sampai waktu subur.

Menurut pengamal petua ini, mereka cuma mengamalkan petua ini sebulan saja. Lepas sebulan amal, dengan izin Allah dia mengandung, katanya. Menurutnya lagi, kawan-kawan nya yang lain yang mengamalkan petua ini juga, Alhamdulillah berjaya mengandung.

Kepada mereka yang inginkan anak, cubalah amalkan petua ini. Cuba amalkan dan tawakal pada Allah. Doa banyak-banyak. Semoga dipercepat menimang cahaya mata. Sekian.

sumber * Petua cepat dapat anak

sailormoon vs gaban di facebook

facebook. fenomena baru social networking selepas friendster, myspace, tagged, hi5 dan sewaktu dengan nye. ade org kata ni produk israel. lantak pi lah sbb aku tgk ramai je org islam join facebook nih. tp tu bukan point tok en3 nih.

ni aku nak cite sket la. aku pon tak tau la sapa yg btol dan sapa yg salah. sbb bende nih berlaku kat org terdekat aku. so klau korang yg baca rasa btol @ salah, boleh la bg pandangan, kritikan dan apa saja la kat ruangan komen. segala pandangan dan kritikan korang akan diambil dr sudut +ve.

====================================================================

pelakon pertama : sailormoon
pelakon kedua : gaban

gaban :

hye..nk tanye sketla..y** kenal ke kathleen ariffin tuh? i noticed u added some of my friends..wondering y** kenal ke some of my friends tuh? Just asking.TQ.

sailormoon :

hai...saye tak kenal pn kathleen tue..just added coz of tgk die one of your familes members..tapi ader gak yang cm penah tengok muke.bertembung sumwhere...bese lah kan..melake nie kan kecik jer..aahahaha...do you mind it??ader gak yang saye add just for new member only =)

gaban :

kinda mind jugak...cuz auntie saye tuh da agak lost contact dgn relatives dekat msia..so die buat facebook nih utk carik balik all the relatives here..so bile awak add die, sayer xnkla die igt awak nih one her relatives jugak...cuz awak nih link kat my friendlist.lgpon awak xkenal die so buat ape awak nk add die kan...mcm stalker pulak...im not being mean here..i think if cousins sayer tahu pon they all xsuker...we got 1 case like dis, got this one gal, all my relatives semua die add..i dunno wat her motives..stalking? and yes, we deleted her. the same thing goes to my friends..saye tanye dorang, kenal ke s***e y***i nih.they said no.they accept u in their friendlist cuz u r in my friendlist..aiyohhh segan sayerla..i hope u can delete my auntie from ur friendlist. and also my friends if u dun mind. no heart feeling ok. it just that im not comfortable with it. thanx for ur-cooperation. Have a nice day ahead ;)

sailormoon :

its ok...saye akn delete them all..sori lah coz wat awk tak selesa..i though that is www,,so i can add whatever person that i like as long as i tak wat paper yg tak elok kan...but it happen instead..sorry ya =) .hav a nice day...

gaban :

its oke...thank u very much for ur co-operations ;)

sailormoon :

hehe...hope that takkan ader misunderstading lagi selepas nie...but i suggest that better you & your families wat group..lebeh mudah & lebeh private & lebeh senang nak search group members..supaya perkara yang tak diingini cm nie berlaku lagi selepas2 nie....cuz of this site is public,,so we can do whatever we can selagi tak langgar all rules and conditions...selepas sy,sy tak nak ader yang heart failure..maner lah tau ader spesis cm sy yang suke add2 org tapi tak sangka ader wat org len rase tak puas ati atau tak selesa..huhuhu...this is facebook..connecting people..sy join this account pn sebab nak tambah kenalan dan pengalaman..smbl nak tambah pengetahuan..but...hurrrmmm...mmg tak der heart failure but kebingungan.huhu...enjoy your facebook after dis..hehe..daaaa =)

gaban :

thank u for ur suggestion..the definition of fb for us is only for close friends and relatives...we dun simply add unknown ppl...fb x semestinyeh utk connect dgn sume org..u shudnt say like dat..do more reearch i suggest u..mmg la u xlanggar rules and regulations..but but by adding all the ppl yg ade connection dgn i..wats dat mean? wats ur motives? u said connecting ppl..nk tmbh kenalan n pengalaman..owhh add then trus diam? tgk profile org... tgk gmbr org...tgk komen org...mcm tuh ke? kalau org kata connecting ppl, u connect with them.. u msg them...keep in touch.. mcm ape yg u buat dgn i la sblm nih..tanye2 pasal kawen sume..ok fine i tlg..i pon xkesa..nih siap add my auntie kat aussie? add my sister? add my bff? after adding u keep silent? wats dat suppose to mean? this is not connecting, this is wat we call stalking..check the dictionary if u dunno wats the meaning..stalk ppl's life..stalk ppl's style...this is not making friends...do u understand? yeah no heart failure..i tegur jer pon...keep on adding ppl that u dunno...yeah i truly will enjoy my fb after dis..dun worry..thanx ;)

sailormoon :

ok..ader betol nyer jugak yang awk ckp tue..i agree..mebi saye kene wat byk lagi research after dis..but i'm not stalking anyone...i learn sumthing today...tQ =)

gaban :

yeah it's good when we learn something new and hope you enjoyed it..and have fun with your research..have a good day * peace no wars*

sailormoon :

yeah..peace no war =D

=====================================================================================

panjang plak dialog. boleh ke sesapa nak tentukan siapa yg nak di 'add' kan dalam facebook die??..aku pon tak phm sebenarnye sbb bukan nye gaban ni tak kenal sailormoon. sailormoon ni penah order cupcakes dgn shawl kat gaban. tp wtf la die leh cakap gitu. klau ko rasa mmg sailormoon ni tak patut wat camtu, korang bg la kritikan. sekurang-kurang nya klau btol sailormoon ni salah die puas hati dgn kritikan korang. tp klau apa yg gaban ni ckp tak masuk akal mmg F**k tis girl la..

20091222

bumbung runtuh


selepas insiden kereta jatuh di KB Mall dan gas meletup di Jaya Jusco Melaka, hari ni 1 lagi tragedi yg berlaku di Kuala Berang apabila bumbung penghadang cahaya di terminal pengangkutan awam runtuh. hairan dan pelik lepas satu, satu tragedi yg berlaku.


kos pembinaan menelan belanja RM4.2 juta tetapi perkara begini masih lagi terjadi. siapakah yg patut dipersalahkan?? kecuaian kontraktor, kelalaian pekerja. perkara begini seringkali menjadi tanda tanya. mujur insiden kali ini tiada yg terkorban. pihak-pihak tertentu perlu mengambil ikhtibar diatas apa yg telah berlaku. langkah-langkah keselamatan perlu dititikberatkan agar kemalangan begini tidak lagi berulang.

teknik & tips internet marketing


teknik & tips internet marketing melalui facebook, myspace dan twitter


~ bina profil yg rngkas dan profesional
~ tambah rakan secara bersistematik
~ selalu di kemaskini
~ membuat post yg menarik
~ muat naik gambar dan video
~ beri komen pada news feed
~ rajinkan diri buat post pada wall rakan-rakan
~ mencipta group
~ menjual produk ataupon perkhidmatan
~ dapatkan komen dan testimoni dari pelanggan
~ dan akhirnya jana wang

~ bina profil yg menarik
~tambah seberapa bnyk kawan
~ pendekkan link menggunakan adjix, tinyurl dan lain2
~ sentiasa kemaskini
~gunakan twitter widget bg memaksimumkan penggunaan
~ bina keyakinan dan kepercayaan
~ jual produk dan perkhidmatan
~ dan akhirnya jana wang

~ bina profil yg menarik
~ sentiasa dikemaskini perkembangan
~ daftar dengan MsMasyuk.com
~ tambah kawan
~ beri komen
~ hantar buletin
~ bina keyakinan dan kepercayaan
~ jual produk atau perkhidmatan
dan akhirnya jana wang

selamat mencuba. aku pon baru berjinak-jinak dalam internet marketing dengan cara yg btol. dulu slalu gak join tapi semua gagal. nak buat camner kan..info kat atas tu aku dapat dari buku bertajuk internet marketing dengan facebook, myspace.com dan twitter hasil tulisan Ahmad Fadzli Fauzi | Hanifah Sazali. korang nak baca lebih lanjut leh dapat kan kat kedai buku berhampiran anda..heheh..

20091221

tegur-menegur amalan mulia

en3 ni pendek je. malas nak tulis panjang berjela. penat org nak baca. tu pon klau ade org nak baca..hakhak.. ni sal tegur menegur sesama insan, mahupon sesama blogger. mak bapak kita pon dari kecil dah ajar kita saling hormat menghormati. klau mak bapak tak ajar tu makna nya anak die pon tak hormat kat die. tak susah utk dihormati selagi kita menghormati seseorang itu.

tegur menegur juga telah menjadi amalan dalam hidup kita. samada teguran baik atau pon tidak itu terpulang kepada diri individu itu sendiri. teguran yg baik disusuli dengan sebab mengapa sesuatu perkara itu ditegur boleh membuatkan orang yg ditegur itu hormat kepada si penegur.

sebaliknya jika penegur itu menghamburkan kata-kata kesat tanpa sebarang huraian mengapa die perlu buat begitu boleh membuat kan orang yg ditegur tidak akan menghormati si penegur.

renung-renungkan lah ayat2 diatas.
klau ada yg mahu menambah entri diatas dialu-alukan.

Contest FCU


cabaran level master kami blogger dah berakhir.. tahniah kepada pemenang.. nih laporan dan FCU Community..

Kami ingin berterima kasih kepada semua peserta yang terlibat. Andalah yang menghidupkan suasana contest, tanpa anda pasti contest ini tak akan berjaya. Kami juga ingin berterima kasih kepada peserta yang sanggup meneruskan cabaran walaupun sudah tahu tiada peluang lagi untuknya. Anda semua memang best! Semangat anda semua sangat-sangat best !

Baiklah, tibalah masa untuk kita ketahui siapakah yang mendapat gelaran master di dalam kamiblogger dan juga tempat kedua dan ketiga.

1. (1077) MR. CUZ (606 markah)
2. (0034) OUR CRAZY (544 markah)
3. (1229) SHARIFAH KHATIJAH (497 markah)

Pemenang 1,2,3 diatas sila emailkan alamat rumah
dan juga no tel ke email kamiblogger@yahoo.com

Tahniah kepada MR. CUZ , OURCRAZY, SHARIFAH KHATIJAH dan juga yang lain-lain.
Apa yang penting ialah hubungan diantara kita semakin rapat, trafik blog semakin meningkat, kawan-kawan blogger semakin ramai dan juga pengalaman.


04. (0399) NEYRA SHAZEYRA (494 markah)
05. (1237) NABILAH (387 markah)
06. (1280) MISS YANA (349 markah)
07. (1006) MOHAMAD FAIROSZA (347 markah)
08. (1356) UNTITLED (330 markah)
09. (0899) LUVIEDA09 (309 markah)
10. (1320) AKUKAHMILIKMU (296 markah)
11. (1304) MOHD FAZLI (261 markah)
12. (1218) NURAINI (219 markah)
13. (1284) EPISODBARU (216 markah)
14. (1266) FAIZAL (115 markah)
15. (1144) SASA (107 markah)
16. (0493) PLURBUDDY SKUPPY (100 markah)
17. (1235) SITI KHADIJAH (118 markah)
18. (0378) MIELA77 (86 markah)
19. (1163) AHMAD SYAKRI (18 markah)
20. (1308) SYA HISHAM (14 markah)
21. (1240) MOHD NASHRIQ (5 markah)
22. (0708) SYUQ (5 markah)

SEKIAN TERIMA KASIH SEMUA !!

tahniah kepada Mr cuz, our crazy dan sharifah khadijah..
syabas juga utk peserta yg menyahut cabaran master kami blogger..

20091219

jutawan internet - Irfan Khairi

level 4 begin. walaupon entri ini lewat diterbitkan diatas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, aku akan tetap cuba menghasilkan entri tentang jutawan internet yang tidak seberapa ini untuk melengkapkan level terakhir cabaran kami blogger. Jutawan yang dimaksudkan adalah Irfan Khairi.


Serba sedikit tentang beliau :

~ mendapat Ijazah Sarjana Muda Multimedia Design dr Staffordshire University, United Kingdom
~ Bertugas di Netmedia (UK) Ltd selepas tamat belajar sebagai pereka sistem multimedia & perunding internet.

~ mencipta sistem Learning Grid yang digunakan di sekolah-sekolah di United Kingdom ~ memulakan perniagaan internet secara sambilan pada tahun 1999
~ menjana pendapatan 1 juta pada usia 25 tahun

~ antara perniagaan yang dihasilkan adalah menghasilkan E-book, merekacipta laman web dan grafik, perkhidmatan SEO, menjual peta, perunding multimedia, E-niaga dan Pembelajaran.


Rahsia jutawan internet terbongkar yang telah diterbitkan oleh beliau pertama kali aku baca semasa aku tingkatan 5. tetapi pada masa itu ilmu tentang komputer dan internet masih cetek. apatah lagi untuk melakukan perniagaan di internet. minat yg mendalam tentang dunia IT ini meransang minda aku untuk mentelaah buku hasil karya beliau. ternyata kandungan buku tersebut amat mudah difahami dan berguna untuk aku belajar selok belok perniagaan internet. aku yakin klau aku membuat testimoni terhadap hasil karya beliau pasti korang tidak akan percaya. korang pasti terfikir yang aku ni memuji hasil karya beliau semata-mata untuk contest ini. atas sebab itu aku sediakan testimoni dari orang-orang yg lebih pengalaman dan berpengaruh.
komen dan testimoni :

"Tidak seperti pakar perniagaan Internet yang lain, Irfan Khairi melakukan apa yang diajarnya untuk menjana pendapatan dari rumah. Kaedah berniaga yang ditunjukkan olehnya adalah amat berkesan.

Teknik yang diajarnya telah kami gunakan untuk memberi pulangan berkali-kali ganda melalui laman web kami"

~Azizi Ali
Usahawan / Penulis terlaris buku-buku kewangan Malaysia #1 termasuk "Lahirnya Seorang Jutawan" & "Jutawan dari Planet Jupiter

"Keupayaan Irfan Khairi di dalam mengendalikan workshop rahsia internetnya semakin terserlah! Cara Irfan berkomunikasi dan teknik penyampaiannya yang begitu mudah, jujur dan bersahaja cukup efektif.

Pasti memberi kesan dan kepuasan yang mendalam kepada semua yang menyertai. Syabas!"

~Nizal Mohammad
Usahawan / Mantan pengacara Jejak Rasul & MHI TV3

"...Berbekalkan tips-tips praktikal yang diberikan, kini bisnes internet saya telah menjadi kenyataan! Lebih hebat lagi, saya berjaya memperolehi pendapatan melebihi RM1,000 dalam masa 30 hari selepas laman web saya dilancarkan- dan ini hanya merupakan kerja sambilan dari rumah!

Betapa saya amat hargai after workshop service. Bimbingan Irfan & krew membantu memperbaiki perniagaan internet saya dari masa ke semasa! Mereka memang kotakan janji mereka tentang Bimbingan 1 Tahun itu!Terima kasih Irfan Khairi & Krew Rahsia Internet!"

~Tazilan Ibrahim
Usahawan

"...berbekalkan ilmu & pengetahuan yg dikongsi oleh Irfan, Fifi kini berjaya menjalankan kedua-duanya serentak.

Tips-tips Irfan juga amat mudah difahami & 'straight to the point', membuatkan Fifi tidak perlu menjadi pakar IT untuk memulakan perniagaan di internet..."

~Noor Hafiza Saharuddin @ Fifi
Usahawan / Mantan Pengacara TV3 "Bersama Mu"

itu adalah antara komen yg telah diberikan kepada saudara Irfan Khairi. Semoga penjelasan dan komen diatas dapat memberi inspirasi dan pendorong kepada semua bakal-bakal jutawan internet mahupon pengguna internet yang baru berjinak-jinak dalam perniagaan melalui internet. akhir kata terima kasih kepada korang yg bg komen kat blog aku..jangan lupa sokong aku untuk entry level 4 ini.. aku harap korang dapat memberi komen-komen yang membina kepada aku untuk memantapkan lagi blog aku ini.. terima kasih semua..

20091216

propito yang hensem


hensem kah die nih??haha aku pon tak tau sebab aku pon tak penah tengok propito ni. cuma aku bayang kan yg mr propito nih sama dengan je dengan mr potato. mungkin sama la kebuncitan perot nya dengan misai yang agak tebal. untuk mengelakkan disaman kerana menggunakan nama mr potato, dia telah menggunakan nama propito. bijak juga makhluk nih.

apa yg aku nak kata nih bukan lah untuk mengutuk blog propito. blog die juga lagi ensem dari blog aku. sungguh kemas dan teratur. entri2 yg menarik. ideologi juga menarik untuk menarik trafik ke blog propito. malah follower setia propito cukup ramai. apalah sangat klau nak dibandingkan dengan blog aku yang setahun jagung tuh.

sejak aktif melakukan aktiviti blog walking nih, byk blog aku baca dan tinggal kan jejak termasuklah blog propito ni. pada mulanya aku tak hamek kesah pon blog die hinggalah die tinggalkan jejak utk vote die untuk contest melz dan juga aku terbaca entri Denaihati mengutuk blog propito. siyes aku cakap aku hampir tertipu dengan entri tu. hati aku berkata kenapa plak diorang nih gaduh. terdetik jugak nak tgk blog propito untuk membaca entri serangan balas utk Denai hati. bila view blog propito baru aku tau tu sume wayang utk tarik trafik. huh. bagus juga idea propito ni.. tak sangka aku idea propito nih boleh pakai..ahaks..papepon propito gud luck untuk contest2 yg ko join.


Harimau muda yang berani

kegagalan merupakan pendorong terbesar untuk beroleh kejayaan. lihat sahaja pasukan harimau muda kita setelah bertahun-tahun gagal untuk ke final sukan sea, akhir nya berbekalkan semangat berani untuk menerima kegagalan, meraka berjaya memecahkan tembok kegagalan itu. tewas dengan Laos dan Thailand sebelum ini tidak mematahkan semangat juang mereka untuk melangkah dengan bergaya ke final. bayangkan jika mereka tidak berani untuk menerima kegagalan yang lepas, mereka mungkin terbawa-bawa kegagalan itu sampai bila-bila. ini menunjukkan mereka HIDUP BERANI UNTUK GAGAL.


TAHNIAH HARIMAU MUDA MALAYSIA

last but not least en3 ni sebenarnya nak update contestent yg join
HIDUP BERANI UNTUK GAGAL
peluang masih terbuka kepada semua blogger. sehingga sekarang
seramai 96 orang BERANI menyahut cabaran tersebut. oleh itu apa tunggu lagi.
klau anda rasa anda BERANI UNTUK MENERIMA KEGAGALAN.
sertailah contest ini sebelum contest ini tamat..

update list :
SYARAT-SYARAT CONTEST "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL"

1. Terbuka kepada Satu Dunia Melayu yang mempunyai weblog samada berbahasa Melayu atau English.

2. Buat satu entri bebas di weblog ANDA dan wajib ada perkataan "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" dan saya tahu contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" dari blog :

contoh saya tahu contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" dari blog || U.n.t.i.t.l.e.D ||

3. Dalam entri Anda wajib ada nama-nama sponsor dan tolong update bila ada sponsor baru.

4. Dalam entri jangan lupa backlink kepada Denaihati.

5. Tinggalkan komen dan link entri anda di posting contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" di weblog Yang Terbuku Di Hati.

6. Jangan lupa subscribe blog ini melalui email dan aktifkan.

7. Follow Twitter @Denaihati dan klik button retweet di entri ini.

8. Follow Facebook @Denaihati dan kongsikan link contest ini dengan teman-teman Facebook ANDA.

9. Tambahkan link blog Denaihati ke dalam bloglist ANDA untuk terus monitor contest ini.

10. Hadiah hanya untuk weblog sahaja, website forum dan website umum tidak dikira, seandainya bukan weblog maka peserta seterusnya akan dikira sebagai pemenang. Hanya 10 weblog teratas dikira sebagai pemenang.

11. Penganjur berhak mengubah atau update syarat-syarat mengikut kesesuaian pada bila-bila masa.

20091215

Bantu saya ubah blog saya


salam 1malaysia. 1st of all,tahniah kepada pasukan bola sepak malaysia kerana telah berjaya melangkah ke perlawanan akhir sukan sea. semoga pasukan kita berjaya merangkul kejuaraan. entri kali ini merupakan Cabaran Kami Blogger Level 3. atas komen korang aku berjaya melepasi level 2. thanks to cyberboy, ieda, neyra dan pengomel yang lain. oleh itu saya meminta sokongan dari korang untuk membantu aku melepasi level 3 ini.

buat masa ni aku rasa blog nih masih belum mantap dan memerlukan perubahan. oleh itu aku meminta jasa baik korang untuk "Bantu Ubah Blog Saya". serba sedikit mengenai blog.

Apa yang menarik mengenai blog anda?
1. layout/background putih dan simple..tak sarat dengan kerawang-kerawang
2. kotak jerit/shout out untuk bertukar2 link,memberi pendapat dan berborak
3. linkwithin/sambungan capaian memudahkan pengunjung membuat capaian rawak
4. waktu solat mengingatkan kita solat itu tiang agama
5. tutorial untuk blogger yang berguna untuk blogger baru

Kenapakah anda menyusun kedudukan blog anda seperti sekarang?
aku susun blog aku camni sebab bagi aku nampak cam ok je. kemas dan tak serabut. klau korang rasa serabut jangan lupa drop kat komen yer..hehe..

Apakah konsep Blog anda?
konsep blog aku mudah jer sebab tu tajuk nye pon ||U.n.t.i.t.l.e.D ||
:: Blog aku :: Tulisan aku :: Ikut suka aku ::
bebas apa saja nak tulis. tidak terikat mana-mana isu/topik. dan paling penting no pilitical issues..

Adakah anda inginkan Trafik?
sememang nya semua blogger mementingkan trafik untuk meningkatkan jumlah pembaca dan pengikut blog. tp itu perkara subjektif.

Apakah perancangan blog anda masa depan?
sentiasa mengemaskini blog dengan entri-entri yang lebih berguna, berinformasi agar blog ini lebih padat dan mantap.dan juga bercadang untuk memiliki domain sendiri

Adakah blog anda berat dan bagaimana anda nak atasinya?
buat masa ni blog ini tak berat sangat sebab masa loading pon tak lama. andaikata berat nnt aku akan buang gadget2 @ widget yang tak diperlukan.

akhir kata terima kasih kepada korang yg bg komen kat blog aku..jangan lupa sokong aku untuk entry level 3 ni dan level 4..aku harap korang dapat memberi komen-komen yang membina kepada aku untuk memantapkan lagi blog aku ini..terima kasih semua..

[sticky mode] top commentar contest

Berikut adalah senarai hadiah yang ditawarkan untuk contest ini:

1st Prize Winner : RM30 Cash
2nd Prize Winner : RM20 Cash
3rd Prize Winner : RM10 Cash
4th to 10th Prize Winner: Consolation Prize


Top Commenter Contest has officially begun on 1st of December
and will be ended on 31st of December 2009 ( 11:59P.M )..

Berserta syarat untuk dapatkan $$$$:

1. Follow atau link kan blog Ummi Hanie dgn blog anda
(You can choose either follow or link back)

2. Buat entri ringkas tentang contest ini berserta STICKY MODE

3. Jika nama anda tersenarai dalam senarai Top 10 Commenter tetapi
anda tidak memiliki blog,maka penyertaan anda TIDAK DIKIRA..Harap maaf..

4. Komen yang berunsur NEGATIF tidak akan diambilkira..

Kritikan membina dibenarkan..Sila beri komen dengan bahasa yang sopan..
Hadiah MISTERI akan diberikan kepada TOP REFERRER!


referrer:
Ieda the rainbow princess

20091214

letupan di jaya jusco melaka

apa nak dikatakan. sesuatu yang baik dan buruk datangnya dari Allah SWT. belum pon sempat dibuka secara rasmi nya pada khamis ini, Jaya Jusco Bandaraya Melaka telah digemparkan dengan kejadian letupan di pusat membeli belah tersebut. lebih malang lagi seorang maut manakala 13 yang lain cedera termasuk 3 parah. sumber dari utusan malaysia.

"MELAKA 14 Dis – Seorang mati manakala 13 lagi cedera termasuk tiga parah apabila salah satu kawasan di sebuah pasar raya yang sedang diselenggara tiba-tiba meletup, dipercayai akibat kebocoran gas di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan kecemasan.

Mengikut laporan awal, kejadian itu berpunca daripada kebocoran gas di sektor D, ketika pekerja kontrak membuat penyelenggaraan terakhir sebelum bangunan tersebut dirasmikan Khamis ini. - Utusan"

ini merupakan kejadian susulan selepas kemalangan ngeri yang berlaku di KB Mall. kepada semua pengunjung diharap berhati2 walau dimana anda berada.

hidup berani untuk gagal - contest

salam 1malaysia. sejak kembali aktif untuk berblogging dan menghabiskan waktu terluang dengan 'blog walking' nih macam-macam contest yang aku jumpa. tp tak semua yang aku join sbb aku tak berapa nak faham dengan t&c contest tu. tipu la klau aku kata join contest nih tak nak menang. tp tu semua diatas rezki dan nasib masing-masing.

kenapa aku kata gitu?? tengok jer kat malaysia ni berapa ramai orang yg aktif berblogging. dengan daya kreativiti dowang. aku kene bersaing dengan orang-orang yg otak kreatif nih. dengan status newbie ni memang susah la kan.. tp HIDUP MESTI BERANI UNTUK MENERIMA KEGAGALAN.. kalah sekali tak bererti kalah selamanya..heheh..
kepada rakan2 blogger good luck untuk contest yang korang join..


Teknik trafik level Master Kami Blogger


ni adalah entri pertama untuk cabaran master kami blogger

Laporan ringkas perjalanan anda pada level 1

ni jer dapat aku lapor kan untuk level 1

level 1 incompleted coz lambat join. then masa tu memang bz. so aku teruskan jugak untuk level 2. tak tau la masih releven posting nih lagi atau tidak.. eden torai yo lah..

Teknik-teknik anda menarik Trafik pada level 1

disebabkan level 1 incompleted so tak de la trafik untuk tarik user. so aku list kan teknik untuk menarik trafik pada level atau post yang akan datang.

teknik-teknik

:: upadate pada profil facebook ::
:: post shout out pada facebook ::
:: post shout out pada friendster ::
:: lakukan blog walking dan tinggalkan pesanan pada ruangan chat ::
:: lakukan blog walking dan tinggalkan komen korang pada entri mereka ::
:: join beberapa forum dan invite mereka ::
:: update status pada yahoo messenger :
:: send messege pada semua list dalam ym ::
:: paksa adik-beradik komen..haha.. ::
:: update twitter ::
:: send messege pada yahoo group ::
:: post artikel yang menarik ::

Sokong aku dengan drop kan komen korang sebanyak mungkin

20091211

hidup berani untuk gagal - newbie


teknologi sekarang ni semakin berkembang. leh kata tak terikut la peredaran dan perubahan teknologi. minda kanak-kanak semakin pintar. umur 7,8 tahun dah ade website sendiri, blog sendiri dan macam2 lagi. macam aku ni plak masa form 4 la kali pertama aku pegang komputer. tak patut sungguh. dengan tak ada pendedahan bagai, nak tekan keyboard pon takut-takut. ya le zaman tu komputer mahal klau rosak memang kene lambung dangan orang tua aku.

ketakutan itu buat aku terfikir
"sampai bila aku nak takut guna komputer"
"bila nak pandai klau tak berani kan diri untuk guna"
"aku perlu HIDUP BERANI UNTUK GAGAL."

Alhamdulillah skang aku tak perlu takut lagi untuk menggunakan komputer. keberanian dalam diri memungkin kan kita melakukan sesuatu perkara yang mungkin tidak tercapai oleh akal seseorang itu. pokok pangkal nya adalah...


20091210

contest hidup berani untuk gagal

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL

kegagalan dalam hidup merupakan satu detik yang amat menyakitkan.
siapa yang sanggup untuk gagal?? berapa kerat sangat yang berani untuk gagal??


entri kali ini bukan lah untuk menceritakan kegagalan yang aku alami..
tetapi merupakan pengalaman baru yang akan aku alami..

sejak dua menjak ni, blog walking merupakan hobi aku pada masa lapang.
tak kira la blog siapa pun. bukan untuk stalking atau mencuri hasil karya orang,
tetapi untuk menjamu mata dengan entri-entri yang menarik disamping mencari
tutorial-tutorial yang berguna.

hasil dari perjalanan ku terjumpa satu blog ni dengan entri yang aku rasa memang menarik. tak tercapai dek akalku kerana tak sangka dengan blog kita boleh buat banyak benda. tidak sahaja menjurus kepada satu perkara sahaja. entri yang aku maksud kan adalah HIDUP BERANI UNTUK GAGAL. entri ini merupakan satu contest yang di
anjurkan oleh DENAIHATI (YANG TERBUKU DI HATI).

setelah aku baca berkenaan dengan contest tersebut, terdetik dihati untuk mencuba. walaupun aku rasa contest ni cam dah lama. tapi apa salah nya klau mencuba.. ye tak..HIDUP BERANI UNTUK GAGAL. hehe..

tujuan entri ini ditulis juga adalah untuk melayakkan diri aku untuk contest
HIDUP BERANI UNTUK GAGAL yang dianjurkan oleh DENAIHATI (YANG TERBUKU DI HATI).

HADIAH UNTUK PEMENANG:

1. Contest mudah sahaja iaitu dipenghujung contest (tarikh penutup akan diumumkan kemudian), blog yang tersenarai di sesawang pencarian google.com menggunakan page the web berdasarkan browser FireFox dengan kata kunci "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" pada ranking 1 - 5 akan memenangi hadiah bernilai RM500 setiap seorang dan pada ranking 6 - 10 akan memenangi hadiah bernilai RM250 setiap seorang.

2. Kepada yang rajin mempromosi contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" akan mendapat hadiah RM10 untuk setiap referral. Lebih banyak referralnya maka lebih banyaklah hadiahnya.

3. Hadiah bertuah untuk penyertaan ke 10, 25, 50, 75, 100 dan seterusnya setiap gandaan 25 bernilai RM50 mengikut urutan link yang dihantar melalui ruang komen.

4. Hadiah-hadiah adalah sumbangan dari DSGClicks, Berani Gagal Network, One Malaysia Blogshops, Anisha Online Mall dan Saudacare


SYARAT-SYARAT CONTEST "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL"

1. Terbuka kepada Satu Dunia Melayu yang mempunyai weblog samada berbahasa Melayu atau English.

2. Buat satu entri bebas di weblog ANDA dan wajib ada perkataan "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" dan saya tahu contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" dari blog :

contoh saya tahu contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" dari blog || U.n.t.i.t.l.e.D ||

3. Dalam entri Anda wajib ada nama-nama sponsor dan tolong update bila ada sponsor baru.

4. Dalam entri jangan lupa backlink kepada Denaihati.

5. Tinggalkan komen dan link entri anda di posting contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" di weblog Yang Terbuku Di Hati.

6. Jangan lupa subscribe blog ini melalui email dan aktifkan.

7. Follow Twitter @Denaihati dan klik button retweet di entri ini.

8. Follow Facebook @Denaihati dan kongsikan link contest ini dengan teman-teman Facebook ANDA.

9. Tambahkan link blog Denaihati ke dalam bloglist ANDA untuk terus monitor contest ini.

10. Hadiah hanya untuk weblog sahaja, website forum dan website umum tidak dikira, seandainya bukan weblog maka peserta seterusnya akan dikira sebagai pemenang. Hanya 10 weblog teratas dikira sebagai pemenang.

11. Penganjur berhak mengubah atau update syarat-syarat mengikut kesesuaian pada bila-bila masa.


Saya tahu contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL dari blog
INI CERITA ATIQAH


20091209

static nuffnang ads

majoriti blogger pasti mempunyai akaun Nuffnang.
persoalannya kat sini kat mana korang letakkan iklan korang itu (skycraper).

tutorial kali ini adalah untuk membuat kedudukan ads nuffnang korang menjadi statikdan terapung samada di sebelah kanan, kiri mahupun diatas terpulang kepada citarasa korang lah. sebagai contoh korang boleh tgk dibbawah ini.


iklan ini tidak akan bergerak walau macam mana korang skrol pun. ini merupakan kelebihan untuk pengunjung klik pada iklan korang. aku akan list kan lagi kelebihan-kelebihan yang lain.

korang semua jangan risau kerana meletakkan iklan nuffnang statik ini tidak menyalahi terma dan syarat nuffnang. ini bukti dan jawapan dari pihak nuffnang. so korang tak perlu risau.


Langkah-langkah untuk letakkan static ads ni seperti berikut :

1. Login akaun Nuffnang untuk dapatkan code iklan Nuffnang untuk Skyscraper


2. Copy code di bawah, kemudian letakkan di HTML/javascript dalam blog korang
( Dashboard > Layout > Page elements > Add a gadget > HTML/javascript )

Penerangan :

i.) Nilai 5px boleh diubah. Nilai ini menentukan jarak dari bawah dan jarak dari kanan.
ii.) Letak kod nuffnang sini yang diambil dari step 1. (pastikan kod adalah untuk Skyscraper)

3. Save, then lihat kesannya pada blog korang

then kelebihan die plak

1. Kebarangkalian untuk pengunjung melihat iklan itu adalah sangat tinggi. Kerana ianya muncul sentiasa walaupun scroll ke bawah.

2. Kebarangkali untuk klik juga adalah tinggi.

3. Advertiser lebih berminat untuk beriklan di blog korang

4. Berdasarkan kepada no 1, 2 dan 3, maka earning anda pun akan bertambah

selesai selamat mencuba dan selamat menuai hasil ;)

Anda juga mungkin meminati :

Related Posts with Thumbnails

follow me