20140909

#FitMalaysia

#FitMalaysia adalah satu program yang dilancarkan dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara yang membudayakan sukan. Program ini amat baik bagi rakyat Malaysia memandangkan majoriti rakyat Malaysia terdedah kepada obesiti. Ini adalah kerana Malaysia terkenal dengan pelbagai jenis makanan yang sedap tetapi kurang sihat. Berikut adalah kata-kata YB Khairy berkenaan program tersebut.

"Program FitMalaysia yang dilancarkan, hari ini akan menjadi 'gelombang kecergasan' dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara yang membudayakan sukan, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Beliau berkata, program FitMalaysia akan diperluaskan ke seluruh negara dengan siri jelajah bermula di Melaka pada 14 September ini.



Khairy berkata model yang sama diguna pakai di Dataran Merdeka itu akan dilaksanakan di lokasi seluruh negara seperti aktiviti larian, kayuhan, senaman kecergasan seperti zumba, seni mempertahankan diri dan aktiviti kecergasan dan sukan yang lain.
"Saya amat kagum dengan peserta yang begitu ramai hari ini yang kita sasarkan 50,000 orang mengikuti semua aktiviti mulai pukul 6 pagi hingga 5 petang ini.
"Kalau gelombang ini dapat dikekalkan, hasrat untuk mewujudkan rakyat yang lebih cergas dan sihat, bersatu padu akan dapat dicapai," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran FitMalaysia di Dataran Merdeka. 


Khairy berkata walaupun usaha membudayakan sukan dalam kalangan rakyat Malaysia memakan masa, namun jika segala program dijalankan dengan konsisten matlamat itu dapat dicapai dengan kerjasama pelbagai pihak yang terbabit.
Beliau juga berkata pembabitan dan sambutan daripada seluruh rakyat juga perlu bagi menjayakan program FitMalaysia ini. 


"Ia akan mengambil masa yang sederhana sebab pembabitan rakyat Malaysia dalam sukan dan senaman hanya 30 peratus. Untuk ubah budaya dan gaya hidup, ia memerlukan suatu budaya hidup bersukan.
"FitMalaysia ini boleh menjadi identiti bagi rakyat Malaysia untuk mengamalkan budaya hidup yang lebih sihat dan cergas. Sebab itu kita ada #FitMalaysia supaya orang ramai dapat memuat naik gambar ketika mereka beriadah," katanya. 


Khairy berkata selain mencapai matlamat membudayakan sukan dalam kalangan rakyat Malaysia, program FitMalaysia ini dapat membantu usaha untuk mengenal pasti bakat-bakat baru dalam bidang sukan.
Khairy berkata, program FitMalaysia ini membabitkan beberapa agensi kerajaan dalam Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan, termasuk Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan di samping sektor swasta dan media. 


FitMalaysia adalah satu gerakan secara besar-besaran di seluruh negara yang akan membawa Malaysia daripada sebuah negara pencinta sukan kepada negara sukan.
Pendekatan FitMalaysia lebih bersifat berpaksikan masyarakat di mana aktiviti yang dilaksanakan tidak memerlukan kemudahan atau peralatan khusus, mudah dipelajari dan boleh dilakukan pada bila-bila masa secara berseorangan atau berkumpulan.

FitMalaysia akan memberi fokus bukan hanya tentang amalan hidup sihat tetapi memberi inspirasi kepada rakan dan keluarga untuk bersama-sama sihat melalui penganjuran aktiviti berasaskan komuniti seperti menubuhkan kumpulan berbasikal atau melakukan aktiviti berlari, berjalan dan bersenam mingguan bersama rakan"

Sebagai menyahut dan menyambut baik saranan #FitMalaysia, kami sekeluarga telah mulakan aktiviti kecergasan untuk menjadi rakyat Malaysia yang sihat.




In Progress v3

Alhamdulillah proses pembinaan rumah kami berjalan lancar. Puas hati dengan progress nya. Kalau diikutkan progress pembinaan, hujung tahun ni In Shaa Allah rumah kami akan siap. Maybe dalam bulan Mei tahun depan dah boleh pindah. Alhamdulillah.

 

Anda juga mungkin meminati :

Related Posts with Thumbnails

follow me