20091208

berkhatan

cuti persekolah merupakan hari yang menyeronokkan tetapi bagi adik-adik yang akan berkhatan ini merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh insan yang bergelar lelaki. sebagai umat islam, kita kaum lelaki wajib berkhatan. teknologi pada masa ini menjadikan proses berkhatan semakin mudah. klau takut untuk disunatkan sorang-sorang, skang ni pon banyak orang buat berkhatan beramai-ramai. sekurang-kurang nya perasaan gementar dan takut itu dapat dikurangkan.

ni ade sket tips untuk korang yang nak berkhatan. banyak kelebihan sampingan klau korang bersunat. sampingan sahaja yer adik-adik. korang akan dilayan sepenuh nya untuk masa seminggu dua. korang boleh mintak jer ape yang korang nak asalkan munasabah. masa ni la korang nak demand. bagi meraka yang keluarganya agak-agak berada tu, ni la masa nya nak 'paw' PSP @ PS3 kat family korang. hahaha. baca boleh ikut jangan yer adik-adik. tak baek punyer..

masa ni la korang boleh berehat sepuas-puasnya. mak ayah mahupun adik beradik korang tak kan suruh korang buat sebarang kerja. apa yang korang nak makan cakap jer. jangan plak korang mintak KFC @ McD dan sebarang makanan berasaskan ayam. memang carik nahas la korang. lambat baik nanti 'anu' korang. then jangan lasak-lasak sangat. jangan plak nak tunjuk macho kat awek sebelah rumah gi main badminton @ bola. silap haribulan bentan 'anu' tu baru tau. bende tu nak pakai lama. dok diam-diam suda.

minum banyak air ni bagus untuk kesihatan kita. memang digalakkan. tp yang tak best nya bila kali pertama nak buang air kecil. hmm sapa yang dah berkhatan tu kompom-kompom la dah tau kan camner rasa die. bagi yang baru berkhatan, korang pk la sendiri..hahaha.. disaran kan supaya korang angkat la kain pelekat korang tu tinggi-tinggi. biasa lah baru-baru lagi memang tak boleh jadi sharp shooter. kompom berselerak peluru tabur tu.

akhir kata berkhatan adalah pengalaman yang sangat seronok jika dikenangkan. pengalaman berharga ni sekali je seumur hidup. so jangan takut. kita perlu berbangga menjadi lelaki sejati. kepada adik-adik yang akan berkhatan, selamat melangkah ke alam dewasa.

Image Hosted by ImageShack.us

No comments:

Anda juga mungkin meminati :

Related Posts with Thumbnails

follow me