20090626

|| Re : damn ||

akhir nye masalah website aku setel..
terima kasih diatas pertolongan kawan-kawan..
webmaster KJKM bro izam,essolo,khairul,sixth sense & misah..
tak de korang pening jgk aku nak memikirkan nye.

bg joomla user yg masih version 1.5.9 sila upgrade ke latest version 1.5.11
bg user yg masih guna CB 1.2 sila upgrade CB korang ke latest version 1.2.1
bg mengelakkan sebarang masalah..

p/s kepada user CB 1.1 & 1.2

CB Team has just issued a security advisory regarding obsolete CB versions 1.1 (released 2 years ago) and prior. A critical vunerability has been detected and all CB 1.1 websites are potentially at risk and should be updated as soon as possible. Please download CB 1.2.1 and upgrade your CB 1.0 and 1.1 websites now! Also please make sure your sites are working off PHP version 5. PHP version 4 is also a security risk.

Once again - ALL CB 1.1 (and prior) websites must be upgraded to CB 1.2.1 now!

jelas dan nyata k sebab nyer..
so apa tunggu lagi..


Image Hosted by ImageShack.us

|| ~sambungan~ ||

seperti yang dijangka.
haha tewas ditangan team teknik Md Zain.
tp tak la teruk sgt.wakakaka..4-0 jer..
Game ok cuma finishing takde..
then kitorang nih tak slalu training..
kira ok la kan..hahaha

papa pon tgu next friendly match..peace

Image Hosted by ImageShack.us

20090625

|| Damn ||

apsal la plak website aku ade error nih.
tensen btol. Banyak lak masalah minggu nih.
sound card nye hal tak setel lagi.
datang plak problem lain.

ni error nye sapa yg tau leh la suggest apa aku nak buat..

DB function failed with error number 1030
Got error 28 from storage engine SQL=SELECT c.*, g.name AS groupname, cc.title AS name, u.name AS editor, f.content_id AS frontpage, s.title AS section_name, v.name AS author FROM jos_content AS c LEFT JOIN jos_categories AS cc ON cc.id = c.catid LEFT JOIN jos_sections AS s ON s.id = c.sectionid LEFT JOIN jos_groups AS g ON g.id = c.access LEFT JOIN jos_users AS u ON u.id = c.checked_out LEFT JOIN jos_users AS v ON v.id = c.created_by LEFT JOIN jos_content_frontpage AS f ON f.content_id = c.id WHERE c.state != -2 ORDER BY section_name , section_name, cc.title, c.ordering LIMIT 0, 20


apo la masalah ee nih..
search kat porem dowang kate pasal temp folder tok SQL dah penuh.
masalah ni dah refer kat webhosting..
so tgu je la feedback dari dowang.huh.

Image Hosted by ImageShack.us

20090624

|| Bahana tak exercise ||

Sejak tinggalkan kolej lama dah aku tak bersukan.
nak kata tak lansung tu tak de la. tp ade la 3 ke 6 bulan sekali.
Masa kat kolej 5 - 6 tahun lepas selalu la jgk main futsal
kat Kg Tiram ngan jogging kat Taman Bandar. Pastu abis blaja
aktiviti tu jarang dah aku buat. Bila dah lama tak exercise badan ,
tulang, urat semua dah keras dan tegang. Bila sekali main
bola, hamek ko die punya saket. Nak jalan pon payah ape tah
lagi nak duduk..wakaka..tu la azab nye kalau tak exercise
terus nak main bola..



Semalam masa waktu KoKu, geng2 cikgu main bola ngan team bola sekolah.
Main dgn budak2 klau kalah malu la kan..
Ni sume pemanas badan sebelum berentap dengan team teknik Md Zain.
Friendly match ni saja diadakan tok lepas gian main bola.
Menang belum tentu tp kalah dalam tangan..wakakaka..
Esok nak lawan arini dah saket2 badan.. Apa cerita ni sepon..
Saket2 pon gua akan main jgk esok ptg..
Tahun lepas kalah tipis dgn team hospital 7-2..
Tahun ni mesti menang besar dgn teknik Md Zain..
huahuahauahua...

Nantikan keputusan nye esok..hahahahaha..


Image Hosted by ImageShack.us

20090623

|| Selamat Hari Bapa ||


16 Jun pada setiap tahun adalah hari yang amat bermakna kepada

semua insan didunia ini yang bergelar bapa. Kerana tarikh tersebut
adalah sambutan Hari Bapa sempena mengingati pengorbanan dan
penat lelah seorang bapa membesarkan, mengasuh dan memberikan
keperluan serta pendidikan kepada anak-anak mereka. Tidak lah
mudah untuk menjadi seorang bapa kerana tanggungjawab yang
dipikul oleh mereka amat lah besar dan berat. Kita seharusnya
berterima kasih kepada mereka kerana tanpa mereka siapa lah kita
dibumi ini.

Kerana mereka kita hidup didunia ini
Kerana mereka kita berjaya
Kerana mereka kita berpendidikan
Kerana mereka kita hidup bahagia

Kerana bapa juga lah yang mengajar kita menjadi seorang insan yang
berguna, bertanggungjawab, saling menghormati dan yang paling penting
kerana merekala kita di didik mengenali agama iaitu Agama Islam.

Terima kasih bapa diatas segala pengorbanan dan kasih sayang yang
dicurahkan kepada kami.

Terima kasih En Othman b. Md Jan kerana telah mendidik kami 5
beradik menjadi insan yang berguna.

Tidak lupa juga kepada bakal bapa mertua ku En Laziz b. Mohammad


||Selamat Hari Bapa ||

Image Hosted by ImageShack.us

20090620

|| Ladap ||

Assalamualaikum

Ari nih ade Ladap (latihan dalam perkhidmatan) la plak. Walaupun aku ni
dah tak terlibat dalam ladap ni,aku kene datang jgk atas arahan ketua jabatan.
Lagipon ari ni aku tak de plan nak kemana-mana. Nak diikutkan tak de motif
pon aku kene datang. Walaupun ladap ni diadakan dalam makmal komputer,
penyelaras boleh handle semua tu. Guru besar baik hati nak suru aku OT.
Datang je la. Duit free bukan senang nak dapat. Cikgu-cikgu kat sini semua nya
hebat-hebat belaka. Bhgn teknikal nye ramai. So walau apa pon aku memang
tak de motif nak datang ari ni sengihnampakgigi.

tok..tok..tok..
pintu bilik aku diketuk..GB datang..

Wakakaka..baru cakap takde motif bagai, kan dah ade keje kena buat..
kene buat soalan plak untuk peserta latihan. Aku gerak dulu la..
Saya yang menurut perintah sengihnampakgigi ..

Image Hosted by ImageShack.us

20090619

|| Program KJKM ||

Program Sehari Bersama
Komuniti Juruteknik Komputer Malaysia




Sumbangan Dana RM10.00 perlu dibuat ke

Akaun: 05080074308520
Bank: CIMB Berhad
Penama: Mohd Ibrahim bin Zainal Abidin
(Pengasas KJKM.org dan Presiden, Jawatankuasa Penaja, PJKM)


Borang Penyertaan boleh didapati disini Borang Penyertaan

Borang yang lengkap diisi perlu discan bersama slip cash deposit, kemudian emailkan kepada admin@kjkm.org bagi pengesahan penyertaan

Sila bawa yg original mase pendaftaran nnt...

untuk keterangan lanjut sila kunjungi

Program Sehari Bersama KJKM

Diharap semua juruteknik komputer dapat meluangkan masa pada hari tersebut untuk sama-sama memeriahkan lagi majlis yang akan diadakan.

Image Hosted by ImageShack.us

20090616

|| Dia kembali ||

"Kau hadir tak kira masa"
"Dalam cahaya dikau menjelma"
"Kau hilang bila kau suka"
"Membuatkan ku gembira"

kenapa la ko datang time gini
dah nak kawen ko datang kembali
sakit hati sakit mata aku nengok ko ni
menyusahkan aku btol la

masa cuti sekolah ari tu ko tak datang
bila sekolah start plak ko mengemol nak datang
bagi la aku peluang hidup aman tenteram
tanpa menyakitkan mata aku
tak paham btol la aku dengan ko ni

aku harap masa aku kawen nanti ko tak datang
ko datang buat menyemak jer
tak de faedah nye
menyakitkan aku ada lah
dah takde orang lain ke ko nak cari
ni tidak mata aku jugak yang ko minat

banyak lagi mata-mata yang cantik kat dunia ni
ko boleh pilih mana yang ko suka
tapi kenapa mesti aku
huh !!

aku berharap sangat ko tinggalkan aku sendirian
biarlah aku bahagia dengan pilihan aku sendiri
aku tak suka kat ko & aku benci sangat-sangat kat ko
pergi la jauh-jauh dari diriku ini

"WAHAI KETUMBIT ARRGGGHHH"

Image Hosted by ImageShack.us

20090615

|| Imam ||

Orang kata masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang rimau mengaum. 13 Jun lalu aku telah bertemu dengan imam di kariah perempuan sebelum imam tersebut menikahkan aku pada 1 Ogos akan datang. Tujuan nya bukan la untuk merasuah tok imam tu agar dipermudahkan urusan aku semasa majlis pernikahan aku nanti. Sebalik nya adalah untuk berkenalan atau sesi ramah mesra bersama imam saja. Kena lah dengan pepatah kat atas tu. Sebelum kita diterima didalam sesuatu komuniti, kita harus la kenal dengan ketua nya. Bak kata orang budi bahasa tu budaya kita.

Alhamdulillah, ditemani bakal bapa mentua serta bakal isteri tidak ada masalah yang berlaku semasa perjumpaan tersebut. Walaupun tidak berpengalaman serta beberapa dokumen yang tidak lengkap, imam telah menjalankan tanggungjawab nya memberi pentujuk dan cara yang perlu kami buat untuk menguruskan borang kebenaran nikah kami. Imam juga telah memberi nasihat dan peringatan kepada kami sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

Pesanan kepada semua bakal pengantin, berjumpa lah dengan imam sekurang-kurangnya 2 kali sebelum majlis pernikahan kerana dengan cara ini dapat memudahkan majlis pernikahan kita. Pernah juga dengar sok sek sok sek mengatakan imam akan menyoal kita sebelum nikah. Jangan takut kerana dengan berjumpa dengan imam, kebarangkalian untuk disoal tu amat sedikit. Sekurang-kurangnya imam hanya bertanyakan Rukun nikah kepada kita. Jangan biarkan majlis pernikahan menjadi majlis yang mengaibkan kita.

Mantapkan lah diri dengan perkara-perkara asas dalam Islam. InsyaAllah majlis pernikahan serta perkahwinan kita mendapat berkat dari Allah SWT. Akhir kata renung-renungkan dan selamat beramal..

Image Hosted by ImageShack.us

|| Cahaya di Hari Kiamat ||

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :

* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :

"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang
ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan
mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air
sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari.
Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang
bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?"
Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.

Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak."
Simpanlah baik2 amanat ini dan sebagai peringatan kita setiap hari.
Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga
menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat , Insya ' Allah

Alangkah berbahagianya anda semua yang mempunyai anak lelaki dan dididik
pula melaungkan azan di mas jid2 maupun disurau2..Amin. Wasallam.

Semoga Allah merahmati kita semua dan mengampuni segala dosa2 kita yang
lalu dan hari ini. Azan adalah dakwah yang paling utama sekali kerana
ianya mengajak kita membuat kebaikan dan mengingati Allah swt. Secara
tidak sedar kita sentiasa didakwah sebanyak 5 X sehari. Cubalah hayati
setiap perkataan dan jawaplah seperti yang disarankan. Bagi orang yang
melaungkan azan pula jika dia berniat untuk seluruh alam (spt yang
disarankan olih Allah kepada Nabi Ibrahim alaihisallam) muazin itu akan
mendapat pahala umat islam seluruh alam yang bersolat pada hari itu.
begitulah kelebihannya yang Allah beri. Wassallam.

Image Hosted by ImageShack.us

|| Penggal Kedua ||

Cuti persekolahan dah tamat bermulalah persekolahan penggal kedua. Suasana disekolah tidaklah sesepi seperti cuti persekolahan. Ramai juga lah murid berkunjung ke makmal komputer yang indah ini (sekadar menyedapkan hati penulis) sengihnampakgigi..

Sistem pendidikan negara berubah saban tahun. Bagus untuk tumbesaran kanak-kanak sengihnampakgigi. Mana tidaknya murid sekolah rendah hari ini penuh dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah seperti kelas tambahan dan juga skim baucer tusyen yang diadakan selepas waktu persekolahan. Walaupun penat setelah belajar seharian, murid-murid tetap hadir ke kelas untuk aktiviti tersebut. Tahniah kepada murid-murid yang tidak pernah rasa penat lelah menimba ilmu. Juga sekalung tahniah kepada tenaga pengajar yakni guru-guru yang sanggup meluangkan masa mengajar demi masa depan anak bangsa kita celebrate.

Akhir kata murid-murid perlu tabah mengharungi dugaan dan cabaran jika mahu berjaya. Seperti yang diperkatakan diawal bicara, sistem pendidikan negara akan berubah saban tahun tepuktangan. Jadikan ia satu cabaran untuk mengecapi kejayaan. Usaha itu tangga kejayaan.

Image Hosted by ImageShack.us

20090611

|| Suami & Isteri ||

Tanggungjawab suami

1. Menyediakan tempat tinggal, makanan, dan minuman kepada iseri serta anak-anak.
2. Memberi nafkah zahir dan batin kepada isteri.
3. Memberi layanan yang baik terhadap isteri seperti tutur kata yang baik, perlakuan yang sopan dan penuh kasih-sayang, menjaga maruah dan lain-lain.
4. Memberikan didikan agama kepada isteri dan anak-anak.
5. Memberi perlindungan kepada isteri dan anak-anak.
6. Mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada isteri dan anak-anak.

Firman Alllah S.W.T

Maksudnya: "…Dan bergaul mesra dengan mereka ( isteri ) secara baik. Jika kamu bencikan mereka ( janganlah kamu terburu-buru menceraikan ) kerana kemungkinan kamu bencikan sesuatu sedangkan Allah menyediakannya dengan kebaikan." ( Surah an-Nisak : Ayat 19 )


Tanggungjawab isteri

1. Patuh perintah suami selagi tidak bertentangan dengan Islam.
2. Memberikan layanan yang baik dan mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada suami.
3. Menjaga maruah dan harta suami semasa ketiadaannya.
4. Tidak meningggalkan rumah tanpa kebenaran suami.
5. Melakukan perkara-perkara yang menyenangkan hati suami.
6. Mendidik anak-anak dengan didikan yang sempurna.
7. Menjaga kebersihan rumahtangga, pakaian serta makan minum suami dan anak-anak.

Firman Allah S.W.T

Maksudnya : "….Perempuan –perempuan solehah ialah taat dan memelihara kehormatan diri ketika suami dengan perlindungan Allah" ( Surah an-Nisak : Ayat 34 )


Tanggungjawab dan hak suami isteri

1. Masing–masing dapat menikmati perasaan kasih sayang daripada kedua-dua belah pihak.
2. Mereka perlu bekerjasama, bantu-membantu serta mendapat layanan yang baik membina keluarga yang bahagia.
3. Suami dan isteri sama-sama dapat mewarisi harta jika salah seorang daripadanya meninggal dunia.
4. Suami dan isteri mendapat hak yang sama terhadap anak-anak. Sekiranya mereka bercerai, masing-masing mempunyai tanggungjawab terhadap anak-anak.


Image Hosted by ImageShack.us

|| Bajet perkahwinan lelaki ||

Assalamualaikum

Bajet perkahwinan adalah suatu perkara yang amat penting bagi lelaki mahupun perempuan. Perkara ini perlu dititikberatkan oleh setiap pasangan yang ingin berkahwin. Tetapi yang paling penting adalah kemampuan diri. Berbelanja lah mengikut kemampuan diri..

Pra-perkahwinan

Kursus perkahwinan
Wang hantaran
Mas kahwin
Upah jurunikah
Kad Jemputan
Setem
Cincin tunang
Cincin Kahwin
Perjalanan pergi dan balik rombongan (sekiranya jauh)
Penginapan rombongan (sekiranya jauh)

Barang Hantaran (mengikut kemampuan)

Sirih junjung
Potpuri
Al-Quran
Kain ela + tudung
Beg tangan + purse
Perfume
Jam
Kasut
Set alat solek
Buah-buahan
coklat + kek

sekadar cadangan.pilihan ditangan anda

Juru andam
Pelamin
Bunga pahar
Bunga telur/cenderahati
Hiasan bilik tidur
Gubahan hantaran
Jurugambar
Khemah
Hiburan
Bulan madu

sekadar cadangan.pilihan ditangan anda.
Berbelanja la mengikut kemampuan anda. Sentiasa beringat kehidupan anda selepas perkahwinan.

Image Hosted by ImageShack.us

|| Cuti-cuti Malaysia ||

Assalamualaikum..

Cuti sekolah kembali lagi.. Hari yang dinanti-nantikan oleh setiap pelajar sekolah rendah mahupun menengah.. Tetapi tidak bagi aku.. Cuti sekolah merupakan hari yang hazab sebab sekolah lengang dan sunyi.. Aku merupakan seorang juruteknik komputer yang ditempatkan di sekolah rendah iaitu SK Dato' Naning.. Apabila tiba musim cuti sekolah aku dapat bayangkan yang hidup aku akan kembali sunyi walaupon aku sering ditemani oleh SMS dan panggilan telefon tunangku.. Aku juga salah satu nya staf lelaki dari 11 orang staf di sekolah ini..

Walaupon pada sebelah pagi kelas tambahan tahun enam berjalan seperti biasa tetapi pada sebelah petang tinggal lah aku ditemani 25 biji komputer didalam makmal ku ini.. Kalau komputer didalam makmal ku ini boleh berkata-kata, aku rasa dah lama die halau aku balik sengihnampakgigi.. Esok merupakan hari terakhir cuti persekolahan dan sesi penggal kedua akan bermula pada minggu hadapan.. Bermula la episod baru aku pada penggal kedua tahun ini..

Cuti sekolah juga merupakan hari dimana ramai orang mengambil kesempatan untuk membawa ahli keluarga makan angin.. Selain itu ramai juga teruna dan dara, duda dan janda menamatkan zaman bujang meraka.. Ramai sungguh pasangan yang berkahwin pada cuti sekolah kali ini.. Dan banyak juga la duit habis untuk bagi diorang ni hadiah nangih..

Akhir kata kepada pasangan yang ingin berkahwin, jangan la buat majlis masa cuti sekolah..Mengah tok imam nak g majlis-majlis korang..Kepada anak-anak yang masih belajar, selamat meneruskan persekolahan penggal kedua yang akan bermula pada minggu hadapan.. Belajar lah rajin-rajin dan jadi lah insan yang berguna pada masa akan datang..banyakckp

Assalamualaikum

Image Hosted by ImageShack.us

|| Diari kehidupanku ||

Assalamualaikum..

Masa yang terluang aku isi kan dengan penulisan yang tidak seberapa menggambarkan
yang aku ni tidak lah sesibuk rakan juruteknik ku yang lain.. Rugi lah kira nya masa yang terluang itu dibiarkan begitu saja. Bak kata pepatah 'masa itu emas' walaupun tidak pernah aku jumpa masa dijual di kedai emas. Nampak sangatlah yang aku ni lemah dalam Bahasa Melayu. Oleh itu mari la kita Agungkan bahasa ibunda kita agar Bahasa Melayu 'Tidak lekang dek panas dan Tidak lapuk dek hujan' ..

Aku ni bukan lah seorang blogger yang tegar juga bukan seorang perokok tegar. Cuma kesempatan yang sedikit ini aku ambil untuk menghiburkan hati ku yang kebosanan. Tetapi tidak bermakna aku ni seorang yang suka curi tulang semasa kerja (kadang-kadang tercuri juga).. Jangan amalkan..Tak baek punyer..

Aku tidak bercadang untuk menulis lebih panjang sebab idea aku terlena lepas pekena nasik lemak dua bungkus kejap tadi.. Aku berundur seketika..

Akhir kata, kepada tunang tersayang harap banyak kan bersabar.. Dugaan dan cubaan dari Allah SWT adalah ujian buat hamba nya yang beriman.. Kuatkan semangat, tabahkan hati abang sentiasa berada disisi sayang walau apapun terjadi.. Semoga roh along dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..Al-Fatihah..

Assalamualaikum..

Image Hosted by ImageShack.us

Anda juga mungkin meminati :

Related Posts with Thumbnails

follow me