20130416

[UMUM] Chromebook dan Google Apps Akan Mula Digunakan di Malaysia




















Google Apps sedia popular dikalangan ramai pengguna seluruh dunia, disamping Google sendiri mempunyai pelan khas untuk penggunaan bertujuan untuk pendidikan. Menariknya, kini Google berkongsi mengatakan kini Google Apps bakal digunakan oleh lebih 10 juta pelajar, guru dan juga ibu bapa di Malaysia.


Perkara ini merupakan sebahagian daripada inisiatif dan perancangan Malaysia dalam terus menambah-baik sistem pendidikan negara.

Disamping menggunakan Google Apps, komputer riba Chromebook juga akan mula digunakan oleh para pelajar di sekolah rendah dan juga menengah seluruh negara.

Seperti semua sedia maklum, Chromebook boleh dikatakan salah satu komputer riba yang membawakan pelbagai ciri-ciri menarik dengan fokus kepada web pada harga yang amat berpatutan. Perkara ini sekaligus memudahkan para pelajar seluruh negara untuk menggunakannya dalam mempelajari pelbagai perkara dan menggunakannya dalam mengakses pelbagai kandungan berunsurkan pendidikan di web.

Buat masa ini, bagaimanakah ia akan diimplementasikan masih kami tidak ketahui sepenuhnya. Kami akan cuba mendapatkan lebih banyak maklumat berkaitan dengannya dalam masa terdekat ini.

SUMBER : GOOGLE BLOG || AMANZ.MY

Anda juga mungkin meminati :

Related Posts with Thumbnails

follow me