20090727

|| Dup dap Dup dap ||

5 days remaining..huhu..tak sabar nak tunggu hari sabtu nih..
sedar tak sedar dah sampai masa nak berumah tangga..
tanggungjawab yang besar bakal dipikul..huhu.
InsyaAllah aku akan belajar menjadi seorang suami yang baik..

Perkenalan pada 2003 sebagai classmate di Kolej Shahputra menjadi titik tolak
dimana sebuah persahabatan telah membawa kami bakal menjadi sepasang
suami isteri..Bersyukur kepada Allah SWT kerana telah menemukan jodoh antara
kami..Aku amat bersyukur dan berterima kasih kepada Mu Ya Allah..

Pelbagai rintangan yang kami lalui hanya kami saja yang tahu..Berkat kesabaran
kami berdua membuatkan hubungan kami kekal sehingga kini dan kami berharap
agar hubungan ini kekal sehingga ke akhir hayat..

tarikh yang amat bermakna bg kami :-

25.8.2005
15.6.2008
01.8.2009
15.8.2009

Kepada semua kenalan..

Sk Lendu, Smkdds, Smtmt, Kolej Shahputra, Induksi 07, rakan JTKMelaka,
KJKM, Warga Sk Dato' Naning dan yg mengenali aku menjemput korang hadir
ke majlis perkahwinan aku pada

15.8.2009
bertempat di
Bt 18 Kg Lendu,
78000 Alor Gajah Melaka

Kepada mereka yg terlepas pandang tu aku mntk maaf dan korang
jangan segan-segan nak hadir klau korang lapangan pada hari tersebut.

thanks n doakan segala urusan berjalan dengan lancar..

Image Hosted by ImageShack.us

20090718

|| Akhirnya ||

Akhirnya menang jgk team bola sekolah aku..
Rabu lepas main dengan SMK Dato' Dol Said bekas sekolah aku..
Jumpa la jgk dengan Cikgu Kamarudin Samdol dgn cikgu Rahmat..
Coach bola masa kat dol said..
die igt die coach hebat sgt ke main..wakaka..
Menang 2-1..puas ati main sbb aku score sebijik..
hahahaha (gelak dengan riaknya)..

Coming up next team to be defeated..

Image Hosted by ImageShack.us

20090713

|| Error lagi ||

Kali kedua laman sesawang aku ade masalah..
masalah kali ni rasa nya berkaitan dengan database.. Damn..

Database Error: Unable to connect to the database:Could not connect to MySQL

tu la error nye..sapa2 yang terbaca dan tau jalan penyelesaian nya boleh la bg idea kat aku nak solve kan error nih..huhu..noob user tau2 je la..

help..help..help..

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Done..
tak tau masalah die..google pon masih tak tau masalah sebenarnya..
so ambil langkah brani buat fresh setup..
seb bek ade wat backup so database user dpt diselamat kan..
yang lain2 kene setup balik..component + module + template..
thanks to izam KJKM coz sudi membantu..

Image Hosted by ImageShack.us

20090710

|| Bengkel ||


Bertempat di BTPN Melaka pada 6 hingga 8 Julai yang lalu, rakan-rakan FT Melaka telah menghadiri bengkel penyelenggaraan komputer disana. Dihadiri seramai 42 orang ft. Aku rasa la tujuan kursus ni dibuat adalah untuk membantu sekolah-sekolah yang tidak mempunyai juruteknik komputer dan juga sekolah yang mempunyai banyak masalah peralatan ict. Kitorang telah dibahagi kan kepada 4 kumpulan dimana setiap kumpulan terdiri dari 10 org ft akan ditempat di sekolah terpilih untuk membuat troubleshooting disana.


Berikut serba sedikit aktiviti semasa bengkel

Hari pertama

Sebelah pagi
slot Cik Hjh Halimahan bengkel fail meja bertujuan membuat pelarasan untuk semua ft. Fail meja sedia ada dikemaskini, ditambah dan di buang perkara-perkara yang tak berkaitan.

Sebelah petang
Slot En Sulaiman. Aku pon tak tau ape tajuk slot ni sbb kitorang tak diberi jadual semasa kursus. (maybe ade udang disebalik batu) .. harharhar diam-diam suda.. Satu jam lebih En Sulaiman membebel ape tah aku pon tak tau.. Tp ade jugak la input pasal STS (cover sket)..

Hari Kedua

Sebelah pagi
Kumpulan 3 & 4 masuk bengkel selenggara komputer manakala kumpulan 1 & 2 telah bergerak ke sekolah target. Kitorang diberi sebijik pc. then barai kan pastu pasang semula pc tersebut sampai boleh masuk windows. Tp arini tak tau la kenapa malang sgt kumpulan aku. tak tau dimana dan siapa yg silap pin processor pada motherboard bengkok. Nak kata salah pasang tak jgk sbb kitorang ni bkn nye baru sekali install proc. Mengukuhkan lagi teori yang bukan salah kitorang, sebelum kitorang ft PKG telah menghadiri bengkel ini. Kitorang dgr crita jgk ada satu pc tak boleh on then kitorang suspect pc kitorang tu la pc yang tak leh on tu. So dipendekkan cerita,kitorang letak kan punca dari ft PKG..wakakakaka..

N then kitorang amik la sebijik pc lama nak troubleshoot.. ni pon masalah jgk sbb fan proc die plak rosak.. Dah bila on menyalak plak pc nih.. So tukar la fan + head sink skali.. boleh la mula setup windows.. Ingat kan dah setel masalah, ade lagi cd windows yg BTP bg plak corrupt.. tak sempat nak setup slot tok bengkel tersebut tamat..so pendek citer hari tu memang malang..haha..

Hari ketiga

Kumpulan 3 & 4 ke sekolah yg bermasalah. Kumpulan kitorang dihantar ke SMK Klebang Besar..Harap2 GPICT die baca blog nih..Makmal die Ya Allah teruk giler. macam baru lepas dilanda banjir. Dgn habuk yang tebal..Kaki kerusi dan macam berlumpur. Ni la akibat bg student masuk makmal pakai kasut.. PC ape tah lagi..PC tahun 2005 dah macam pc tahun 1999..mmg old skool giler ah..tak tau la habuk kat head sink brapa tebal..kitorang buat mana yang mampu jerk.. Alhamdulillah 80% berjaya diselamatkan.. Salah sorang rakan kitorang terlalu excited kerana tidak cukup dgn cable tight malah dgn jari nye skali dipotong.. Ni la akibat jika tidak berhati-hati.. Akibat nya jari hantu kiri terpaksa dibius 6 kali dan menerima 6 jahitan..Tanpa kesakitan tak mungkin ade pengalaman (suke2 ati aku jerk)..

Sebelah petang macam biasa la..taklimat jerk then penyampaian sijil oleh KPP Hj Mohd Noor..
Pastu boleh balik..Conclusion die ft perlu saling berhubung dan saling bantu membantu jika menghadapi masalah..perkongsian ilmu penting kerana tidak semua ft yang mahir dalam sesuatu bidang..

Kepada semua ft selamat menjalankan tugas anda dgn penuh tanggungjawab dan ikhlas..
Kurangkan kontrovesi,tingkatkan prestasi..

wassalam

Image Hosted by ImageShack.us

20090703

|| USB 3.0 ||

Sarah Sharp (Geekees), salah seorang daripada pembangun Linux di Intel’s Open Source Technology, telah mengumumkan di blog beliau bahawa USB3.0 akan dimasukkan ke dalam Linux Kernel. Ini menjadikan Linux adalah OS pertama di dunia yang akan menyokong sistem USB3.0, berbanding Windows!

Menurut Ankika Kehrer, USB3.0 menyokong kadar pemindahan data sehingga 5.0Gb per saat, berbanding USB2.0 yang hanya menyokong sehingga 480Mb per saat! Perbezaan yang ketara, sehingga 20 kali lebih laju berbanding USB2.0! Bahkan Firewire hanya mampu menyokong sehingga 3.2Gb per saat. Perkara tersebut telah dibentangkan pada November 2008 oleh USB Implementers Forum Inc.


Beliau (Sharp) bekerjasama dengan Keve Gabbert untuk memastikan bahawa distro Linux seperti ubuntu dan Red Hat menjadi distro pertama yang akan dimasukkan xHCI driver bagi USB3.0. Beliau juga berkata bahawa driver tersebut akan dimasukkan di dalam Kernel 2.6.31. Kepada pengguna yang tidak tahu menggabungkan (compile) kernel mereka sendiri, mereka boleh menunggu sehingga bulan September nanti untuk menikmati perkhidmatan tersebut.


kredit to http://melayubuntu.blogspot.com


Image Hosted by ImageShack.us

Anda juga mungkin meminati :

Related Posts with Thumbnails

follow me