20140909

#FitMalaysia

#FitMalaysia adalah satu program yang dilancarkan dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara yang membudayakan sukan. Program ini amat baik bagi rakyat Malaysia memandangkan majoriti rakyat Malaysia terdedah kepada obesiti. Ini adalah kerana Malaysia terkenal dengan pelbagai jenis makanan yang sedap tetapi kurang sihat. Berikut adalah kata-kata YB Khairy berkenaan program tersebut.

"Program FitMalaysia yang dilancarkan, hari ini akan menjadi 'gelombang kecergasan' dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara yang membudayakan sukan, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Beliau berkata, program FitMalaysia akan diperluaskan ke seluruh negara dengan siri jelajah bermula di Melaka pada 14 September ini.



Khairy berkata model yang sama diguna pakai di Dataran Merdeka itu akan dilaksanakan di lokasi seluruh negara seperti aktiviti larian, kayuhan, senaman kecergasan seperti zumba, seni mempertahankan diri dan aktiviti kecergasan dan sukan yang lain.
"Saya amat kagum dengan peserta yang begitu ramai hari ini yang kita sasarkan 50,000 orang mengikuti semua aktiviti mulai pukul 6 pagi hingga 5 petang ini.
"Kalau gelombang ini dapat dikekalkan, hasrat untuk mewujudkan rakyat yang lebih cergas dan sihat, bersatu padu akan dapat dicapai," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran FitMalaysia di Dataran Merdeka. 


Khairy berkata walaupun usaha membudayakan sukan dalam kalangan rakyat Malaysia memakan masa, namun jika segala program dijalankan dengan konsisten matlamat itu dapat dicapai dengan kerjasama pelbagai pihak yang terbabit.
Beliau juga berkata pembabitan dan sambutan daripada seluruh rakyat juga perlu bagi menjayakan program FitMalaysia ini. 


"Ia akan mengambil masa yang sederhana sebab pembabitan rakyat Malaysia dalam sukan dan senaman hanya 30 peratus. Untuk ubah budaya dan gaya hidup, ia memerlukan suatu budaya hidup bersukan.
"FitMalaysia ini boleh menjadi identiti bagi rakyat Malaysia untuk mengamalkan budaya hidup yang lebih sihat dan cergas. Sebab itu kita ada #FitMalaysia supaya orang ramai dapat memuat naik gambar ketika mereka beriadah," katanya. 


Khairy berkata selain mencapai matlamat membudayakan sukan dalam kalangan rakyat Malaysia, program FitMalaysia ini dapat membantu usaha untuk mengenal pasti bakat-bakat baru dalam bidang sukan.
Khairy berkata, program FitMalaysia ini membabitkan beberapa agensi kerajaan dalam Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan, termasuk Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan di samping sektor swasta dan media. 


FitMalaysia adalah satu gerakan secara besar-besaran di seluruh negara yang akan membawa Malaysia daripada sebuah negara pencinta sukan kepada negara sukan.
Pendekatan FitMalaysia lebih bersifat berpaksikan masyarakat di mana aktiviti yang dilaksanakan tidak memerlukan kemudahan atau peralatan khusus, mudah dipelajari dan boleh dilakukan pada bila-bila masa secara berseorangan atau berkumpulan.

FitMalaysia akan memberi fokus bukan hanya tentang amalan hidup sihat tetapi memberi inspirasi kepada rakan dan keluarga untuk bersama-sama sihat melalui penganjuran aktiviti berasaskan komuniti seperti menubuhkan kumpulan berbasikal atau melakukan aktiviti berlari, berjalan dan bersenam mingguan bersama rakan"

Sebagai menyahut dan menyambut baik saranan #FitMalaysia, kami sekeluarga telah mulakan aktiviti kecergasan untuk menjadi rakyat Malaysia yang sihat.




In Progress v3

Alhamdulillah proses pembinaan rumah kami berjalan lancar. Puas hati dengan progress nya. Kalau diikutkan progress pembinaan, hujung tahun ni In Shaa Allah rumah kami akan siap. Maybe dalam bulan Mei tahun depan dah boleh pindah. Alhamdulillah.

 

20140827

Jamuan Hari Raya SPMICT 2014

Bulan Syawal telah melabuhkan tirainya dan menjelma pula bulan Zulkaedah. 25 Ogos yang lepas SPMICT telah mengadakan jamuan hari raya. Bertindih dengan dua lagi unit yang mengadakan majlis yang sama. Persediaan dan perancangan menu bermula lebih awal sebenarnya. Pelbagai menu yang dirancang. So sepanjang hari perancangan, selalulah dengar percakaran manja antara abang Ramlan dan juga kak Su pasal menu dan persediaan tempat. Mereka ni orang kuat SPMICT. Sorang nak pencen tahun depan. Sorang lagi baru dapat APC tahun ni. Mereka ni bagai anjing dengan kucing. Tak tahu mana anjing dan mana kucing. Setelah perbincangan dilakukan, maka menu-menu yang ditetapkan adalah seperti berikut.
Ok menu kat atas ni di taja oleh Pn Khadijah. Gulai asam tetel. Memang ketetel lah siapa makan. Cepat habis lauk ni. Lagi satu rendang hati. Tak tahu lah hati apa.

Yang ni pulak adalah rendang itik dan rendang ayam. Yang belah kiri adalah rendang itik yang ditaja oleh abang Ramlan. Lagi satu menu abang Ramlan bawa adalah Rassam. Tak de gambar pula. Masakan orang India. Katanya baik untuk orang perempuan. Yang belah kanan pula rendang ayam ditaja oleh abam Fazlin. Resepi gadek. Podeh buleh tahanlah. Tapi memang sodap. 

Menu yang ni pula di taja oleh kak Suhailah. Jadi buah mulut orang ni. Lambat datang memang tak merasa lah. Asam pedas keladi dengan gulai tempoyak daun. Memang sedap air tangan mak kak Suhailah ni. Hahah.
Yang ni pulak masak lemak nenas ikan sepat dan sambal sotong. Masak lemak nenas kak Fieza yang taja. Ingatkan dapatlah merasa ikan kurau. Hahaha.Sambal sotong tetap dan berpencen abang Azizi yang bawa. Rasa memang tak lari lah.

Ok yang kat atas ni lah 'main course' nya. Hahaha. Paling mudah dah senang. Kek tu aku taja. Tapi separuh je lah. Separuh lagi kelab. White Chocolate Macadamia. Nasi himpit ni ditaja oleh abam Shahril. Tiga bungkus nasi himpit. Tapi ada 72 biji jer. Haha. Lagi satu menu die bawak adalah ikan masin bulu ayam


Buah-buahan ni ditaja oleh abam Zaki. Tahun ni meriah buahnya. Buah rambai tu aku bawa. Rare tu susah nak jumpa. Hahah. Ada juga ulam-ulaman, petai, kacang botol dan banyak lagi. Belah kanan tu pula adalah penaja sphageti, cik Efada. Dua jenis sphageti die buat iaitu carbonara dan bolognese. Bertuah zaki kalau dapat.

Ni lah susunan makanannya. Macam buffet hotel. Kat hotel ni satu kepala RM40 ni. Ada lagi side dishes yang tak disebut dan tak sempat nak ambil gambar. Ok setakat ni dulu untuk jamu mata. In Shaa Allah sambutan semasa hari kejadian pada post selepas ini. K bai.

Anda juga mungkin meminati :

Related Posts with Thumbnails

follow me