20131001

[KIK] Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif

SUK Melaka telah menganjurkan Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif peringkat negeri Melaka. Team KIK kami tidak ketinggalan untuk menyertai konvensyen tersebut dengan projek Kesukaran mengesan pergerakan fail.

Dua belas team yang bertanding dan terbahagi kepada dua kategori iaitu pengurusan dan teknikal.  Walaupun tidak mendapat johan, pasukan kami telah mendapat anugerah emas. Pencapaian itu sudah cukup membanggakan. Haha. Terima kasih dan tahniah kepada team mate yang berusaha keras untuk menjayakan projek kali ini. Bravo bravo.


[GAJET] HOX+ Update 4.2.2

Akhirnya sampai juga JellyBean 4.2.2 untuk pengguna htc One x+ a.k.a HOX+. Terdapat beberapa perubahan yang agak menarik. Blink feed dan Sense 5. Tapi bateri consumption agak laju jugak berbanding sebelum update. 

So far tiada masalah sepanjang guna htc ni cuma htc ni tarik signal phone tak berapa nak kuat. Kat workstation aku tak de line. Apa jadah semua ni. Haha. Sebelum ni guna blackberry dan Iphone tak de masalah. 

Semalam wife call tak dapat. Then die call office. Ada jugak cakap kat die nak tukar phone sebab masalah tak de line ni. Susah die nak call. Pastu petang sebelum balik cuba lah check update. Tetiba muncul plak update untuk 4.2.2. Skang ni tengah berkira-kira samada nak tukar atau layan dulu. Haaiiissshhh. Tengoklah sehari dua ni lagi. Ni screenshot untuk tatapan pengguna htc.

20130917

[UMUM] Masa Bersama Keluarga

Bila Asyraaf sudah mula berjalan, terkedek-kedek bontot dia. Kadang-kadang masa bermain dengan Asyraaf agak terhad sebab kami suami isteri bekerja. Balik petang. Kawasan jajahan untuk dia berjalan agak terhad. Hujung minggu lepas dapat juga kami bawa Asyraaf ke Dataran Ayer Keroh. Seronok tengok dia berjalan. Masih belajar mengatur langkah dengan betul. Jatuh bangun semasa belajar berjalan adalah lumrah dan itu adalah pengalaman berharga melalui zaman kanak-kanak. Betul tak Asyraaf. :)

































20130718

[PHOTOG] Teaser Raya

Masih ada beberapa minggu lagi sebelum kita menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri. Seperti kebiasaannya setiap unit di JPN Melaka akan bergambar untuk menghasilkan kad ucapan hari raya untuk tatapan unit-unit yang lain. Tidak ketinggalan juga unit kami SPMICT bergambar untuk menghasilkan kad hari raya. Oleh itu, sebagai gambar alu-aluan aku sajikan satu untuk tatapan kalian memandangkan baru seminggu puasa.


[UMUM] Salam Ramadhan

Alhamdulillah. Seminggu sudah kita berpuasa di dalam bulan Ramadhan ini. Cepat sungguh masa berlalu. Tup tap tup tap Syawal bakal menjelma. Tapi apa pun jalani ibadah puasa dengan kegembiraan dan ketaqwaan. Semoga apa yang kita kerjakan pada bulan penuh baraqah ini diterima dan dilimpahi nikmat oleh Allah SWT.











Selamat Menyambut Bulan Ramadhan al-Mubarak 1434 Hijrah

20130711

[TRAVELOG] Genting Highlands

Genting Highlands kami datang. Perjalanan dan percutian satu hari yang memenatkan tetapi menyeronokkan. 7 Julai yang lepas, 3 hari sebelum berpuasa kami sekeluarga bersama keluarga abang aku dan adik ipar nya ke Genting Highlands. Sekali lagi trip yang tak berapa dirancang. Tarik tali jugak sebenarnya. Keputusan minit terakhir dari aku setelah dipujuk oleh si isteri.

Gerak dari Melaka hari sabtu ke Bandar Saujana Putra rumah abang aku. Bermalam kat sana dan gerak ke Genting keesokan harinya. Esoknya gerak dari rumah lebih kurang 10 pagi dan tiba di Genting lebih kurang 12 tengah hari. Jalan raya tak sesak kerana hari ahad penghuni hutan batu masih bercuti dan ada yang balik kampung. 

Jalan naik ke Genting agak mencabar juga. Walaupun jalan dua lorong dan selekoh yang agak lebar. Sesekali selekoh tajam memang agak menakutkan juga. Alhamdulillah kami selamat tiba dipuncak Genting Highlands.

Selepas isi perut dan rehat sebentar, kami meneruskan aktiviti kami. Kami hanya masuk ke Outdoor Theme Park. Itu pon bagi aku sudah mencukupi. Pelbagai permainan ada cuma berani atau tidak saja untuk mencuba permainan yang ada kat dalam tu. Asyraaf tidur awal hari tu dalam pukul dua. So tak banyak permainan yang aku main. Cuma menikmati pemandangan dan jeritan pengunjung pengunjung taman tema itu saja. Isteri aku menjadi jurugambar sepenuh masa. Lama juga si kecik Asyraaf ni tidur.

Kami bergerak turun dari Genting lebih kurang jam 6 petang. Memang aku nak turun sebelum suasana menjadi gelap. Alhamdulillah kami tiba di rumah abang aku jam sepuluh malam selepas berhenti makan. Dan kami tiba di Melaka jam 12 tengah malam. 




























20130529

[UMUM] Bekas Tentera Terima PJM
























Jasa dan pengorbanan bekas tentera dihargai. Terima kasih kepada Persatuan Bekas Tentera Malaysia [PBTM] Cawangan Rembia / Pulau Sebang. Tahniah kepada ayah aku, En Othman bin Md Jan [berdiri atas : tiga dari kanan] salah seorang penerima PJM. Aku berharap agar cawangan-cawangan lain bergerak lebih aktif dan memperjuangkan keistimewaan untuk bekas tentera samada yang berpencen mahupun tidak berpencen.

[PIALA FA] Pahang Vs Johor DT


Menakjubkan apabila Stadium Darul Makmur, Pahang sarat dengan penyokong pada perlawanan timbal balik Piala FA antara Pahang bertemu Johor Darul Takzim [JDT]. Terdahulu JDT menang 1-0 keatas Pahang. 

Senario bola sepak Malaysia telah berubah apabila peminat dan penyokong mula memenuhi stadium untuk melontarkan sokongan padu kepada pasukan masing-masing. Kancah bola sepak Malaysia kembali bernyawa. 

Tetapi apa yang dikesalkan apabila terdapat segelintir manusia yang mengambil kesempatan diatas apa yang berlaku. FAM perlu mengambil tindakan yang serius bagi mengelakkan perkara yang tidak di ingini terus berlaku.

"Ini adalah pendapat seorang penyokong bola sepak. Apa yang ditulis adalah sekadar apa yang dilihat oleh mata dan sekadar pendapat peribadi."

Perlawanan Pahang dan JDT terpaksa ditangguhkan apabila jumlah penyokong yang berada didalam stadium melebihi kapasiti tempat duduk yang disediakan. Penyokong kedua-dua pasukan terpaksa berasak-asak dan berhimpit sehingga memenuhi kawasan trek tepi padang.

Di sini kita dapat lihat mengapa penyokong boleh berada di kawasan trek padang. Kawasan tempat duduk telah penuh. Tak boleh nak salahkan mereka kerana mereka ada hak. Mereka bayar tiket. Apa pihak pengurusan dan penganjur buat? Mengapa jumlah jualan tiket melebihi jumlah kapasiti tempat duduk? 

Tiket palsu. Dimana kebenarannya aku tak boleh pastikan kerana apa yang ditulis sekadar apa yang dilihat oleh mata dihadapan kotak 28 inci berwarna hitam di sebuah negeri yang masih bergelut di liga FAM.

Keselamatan penyokong. Bawa anak kecil berumur lebih kurang 10 bulan berada diatas trek. Simpati terhadap kanak-kanak tersebut. Sangat simpati. Apa yang mak bapak dia fikirkan ketika itu. Keselamatan, kesihatan anak letak kat mana? Konon kipas susah mati. Sila muhasabah diri.

Keselamatan pemain. Pemain Pahang apatah lagi pemain JDT. Kecut perut Nunez tengok keadaan semalam. 

Keselamatan penjaga garisan. Berdiri keseorangan ditepi padang. Beribu botol air di belakang beliau. Hhhhmmmm. Kecut perut juga seperti Nunez.

Keselamatan Sultan Bola. Selaku tuan rumah dan juga Presidan FAM. Mencemar duli untuk turun ke trek untuk memohon kerjasama penyokong dan memohon pengadil meneruskan perlawanan. Tahu undang-undang katanya. Presiden FAM lah katakan.

Andai kata perlawanan diteruskan, sembilan puluh lima peratus perlawanan tetap akan dihentikan. Provokasi didalam padang memang sukar untuk dielakkan. Provokasi segelintir penyokong juga sukar untuk dielakkan. Bayangkan jika berlakunya perkara tersebut.
Lontaran batu dari luar stadium. Mana yang kena kepala dan muka tu patut berbangga kerana diantara beribu-ribu orang, kepala dan muka anda terpilih.

Kucing berak tengah padang. Tanda protes dari seekor haiwan yang disaksikan lebih satu juta penonton di stadium, dirumah mahupon di kedai mamak. 

Perlawanan ditunda. Pengumuman yang amat perit untuk diterima oleh penyokong yang datang dari jauh, bersusah payah membawa anak kecil, bersusah payah mencari parking kereta. Berhimpit dan bergesel-gesel nak masuk stadium. Kereta calar. Kepala dan muka kene objek keras.

Tamat siaran lansung. Berharap agar kanak-kanak itu selamat dan sihat disamping keluarga tersayang.

Sekali lagi.

"Ini adalah pendapat seorang penyokong bola sepak. Apa yang ditulis adalah sekadar apa yang dilihat oleh mata dihadapan kotak 28 inci berwarna hitam di sebuah negeri yang masih bergelut di liga FAM."

20130515

[TECH] BBM Pada iOS Dan Android

BBM pada iOS dan Android. Hmm bunyi macam pelik tetapi menarik. Makin bercambah medium komunikasi. Whatapps, WeChat, Line, FB, Twitter, Tango, Skout, Instagram dan macam-macam lagi. Ikuti sedikit review dari AMANZ.

"Setelah pelbagai desas-desus kedengaran sejak tahun lepas, hari ini ia diumumkan secara rasmi yang mana perkhidmatan permesejan BlackBerry popular, iaitu BBM (BlackBerry Messenger) akan hadir ke platform Android dan juga iOS pada tahun ini.

BlackBerry Messenger
Sebagai permulaan, perkhidmatan permesejan dan membuat kumpulan akan disokong, dan ia akan diperluaskan untuk sokongan panggilan suara, perkongsian skrin dan sebagainya secara berperingkat.

Untuk pengguna Android, mereka akan memerlukan versi Android 4.0 Ice Cream Sandwich dan terkini, manakala untuk pengguna iOS pula, mereka akan diperlukan untuk menjalankan sistem operasi iOS 6 dan terkini.

Buat masa ini, BBM mempunyai lebih 60 juta pengguna aktif bulanan, dan mungkin dengan pengenalan ia kepada Android dan iOS, perkhidmatan ini akan lebih meluas digunakan dikalangan pengguna seluruh dunia.

Kedua-dua aplikasi ini, iaitu untuk Android dan iOS akan ditawarkan secara percuma. Lebih maklumat berkaitan dengannya akan diketahui sebaik sahaja menghampiri tarikh pelancarannya kelak."

20130507

[UMUM] Datuk Wira Idris Haron Ketua Menteri Melaka ke-10


MELAKA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Wira Idris Haron menangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-10 di hadapan Yang di-Pertua Negeri di Seri Negeri, sebentar tadi.

Idris yang juga Ketua UMNO Tangga Batu, menggantikan Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang bertanding dan tewas di Parlimen Bukit Katil pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pada PRU-13, Idris menewaskan calon PKR, Asri Buang di Sungai Udang dengan majoriti 9,131 undi.

Idris yang genap 47 tahun pada 13 Mei ini, adalah lulusan University of Texas, Amerika Syarikat (AS) dalam bidang kejuruteraan elektrik dan pernah menjadi Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.

Beliau juga dilantik sebagai Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad hingga hari ini. 


Tahniah Datuk. Moga Datuk dapat menerajui Negeri Melaka menjadi sebuah negeri yang aman, maju dan sebuah negeri yang dihormati.



Sumber : Berita Harian 

20130416

[UMUM] Chromebook dan Google Apps Akan Mula Digunakan di Malaysia




















Google Apps sedia popular dikalangan ramai pengguna seluruh dunia, disamping Google sendiri mempunyai pelan khas untuk penggunaan bertujuan untuk pendidikan. Menariknya, kini Google berkongsi mengatakan kini Google Apps bakal digunakan oleh lebih 10 juta pelajar, guru dan juga ibu bapa di Malaysia.


Perkara ini merupakan sebahagian daripada inisiatif dan perancangan Malaysia dalam terus menambah-baik sistem pendidikan negara.

Disamping menggunakan Google Apps, komputer riba Chromebook juga akan mula digunakan oleh para pelajar di sekolah rendah dan juga menengah seluruh negara.

Seperti semua sedia maklum, Chromebook boleh dikatakan salah satu komputer riba yang membawakan pelbagai ciri-ciri menarik dengan fokus kepada web pada harga yang amat berpatutan. Perkara ini sekaligus memudahkan para pelajar seluruh negara untuk menggunakannya dalam mempelajari pelbagai perkara dan menggunakannya dalam mengakses pelbagai kandungan berunsurkan pendidikan di web.

Buat masa ini, bagaimanakah ia akan diimplementasikan masih kami tidak ketahui sepenuhnya. Kami akan cuba mendapatkan lebih banyak maklumat berkaitan dengannya dalam masa terdekat ini.

SUMBER : GOOGLE BLOG || AMANZ.MY

20130226

[SONG] Rembau Most Wanted Yaww - WARIS

Rembau Most Wanted yaw
1 2 1 2


I representin this place
Where people say murder is the case
REMBAU
the food gonna make your tongue blaze
Step forward,hold your head high
Be proud for where you came from and stay fly
Dats what Im doin


Hobin Jang Hobin
We aint trippin Jang
Tahun dopan ado laie
Pialo Malaysia kito pogang
Lagu nogori berkumandang
Semuo player masuk padang
Tabik hormat tando monang
Kito monang kito monang(kito monang yo)
Duo satu kocik bona
Ompek satu sonyum lebar


Teringek bilo poghah keringek
Nyabit rumput poie sawah
Kojo macam nk mati tapi gaji kocik anak
Itu orang dulu
Tak mcm budak2 sekarang
Susah sikit yo

[REVIEW] Juvana The Movie


Aku nak review filem Juvana The Movie. Filem ni dah lama keluar cuma aku jer yang baru tengok. Ketinggalan. Dulu memang ada ikut juga cerita juvana ni kat tv. Tapi tak semua episod aku tengok. Jalan cerita juvana agak menarik. Oleh itu jangkaan aku untuk Juvana The Movie ni agak tinggi juga lah. Mungkin aku dah layan Prison Break kot.

Filem yang berdurasi 1 jam 30 minit. Bagi aku tak cukup untuk sebuah filem yang bagus dari segi jalan cerita. Masa agak terhad. Kenapa tak buat macam cerita hindustan. Durasi 2 hingga 4 jam. Dengan pelakon yang memang ramai. Ya bajet terhad. 

Juvana the movie mengisahkan budak jahat botak, apex, ayam, kicap dan 2 orang lagi sapa tah, penghuni Wira Bakti yang dihantar ke Indera Sakti. Daim telah keluar dari Wira Bakti kerana tempoh penahanannya telah berakhir. 

Di Indera Sakti, Lan todak dengan geng-geng die menanti kehadiran budak-budak Wira Bakti ni. Lan todak memang ada kes dengan budak-budak wira bakti sebab adik die juga budak wira bakti mati kerana overdose dadah. 

Tak juvana lah kalau takde gaduh-gaduh. Dua-dua geng ni bergasak tetapi dileraikan oleh warden. Gaduh pon tak lama. Jamal cedera teruk sebab muka die kena minyak panas. Kicap tangan die kene tikam dengan Lan todak. 

Apex tak puas hati dengan Lan todak. Die belasah lan todak dalam tandas. Budak-budak ni kene denda. Warden tarik botak jumpa jamal. Tah apa warden ni kata tetiba botak yang gangster ni boleh insaf. Jamal mintak maaf pada botak. Malam tu pula, jamal kene bunuh dengan lan todak.

Berlaku rusuhan kat indera sakti di ketuai oleh lan todak. Apex tak puas hati lagi dengan lan todak. Gaduh lagi budak dua orang ni. Apex bukan lawan lan todak. Botak datang menyelamatkan keadaan. Buku bertemu ruas. Disebabkan botak dah insaf, semangat juang dia dah nipis. Perasaan simpati pulak menebal. Botak kene tikam kat perut. Warden datang tangkap lan todak. Botak ke hospital. Umur dia panjang. Tak mati. Lan todak tak tahu apa cerita.

Lupa nak cerita pasal Daim. Daim kembali kesekolah sambil kerja sambilan di kilang batu bata. Tahun ni Daim amik SPM. Kat sekolah ada geng yang muka tak sesuai jadi gengster nak tunjuk gengster tak puas hati dengan Daim. Tapi Daim ada backup. Sara a.k.a Shera Ayub a.k.a bini dia. Sara ni la yang ajar Matematik tambahan kat Daim sebab Daim tak pandai Matematik Tambahan. Asalkan babak kat sekolah mesti tengah belajar Matematik tambahan. Oh lupa bajet terhad. Yang lain-lain korang tengok sendiri lah kat astro first.

[BPL] Arsenal vs Aston Villa

Arsenal bertemu Aston Villa kat Emirates. Menang 2-1. Kedua-dua gol dijaringkan oleh Santi Carzola. Permainan seperti biasa. Nyata pada penguasaan permainan walaupon Diaby agak slow pergerakannya. Tetapi banyak kali juga curi bola dari belakang dengan kaki panjangnya.

Gol seawal minit ke-5 membayangkan kemenangan yang agak besar. Bukan riak tetapi berdasarkan permainan, Arsenal memang mampu untuk melakukannya. Seperti biasa cubaan pada gol lawan memang bersepah. Penyudah takde. Tak tau apa sebabnya. Giroud semakin malas. Sering mengharapkan belas pengadil walaupun kesalahan darinya. Peluang depan gol dipersia-siakan. Mungkin sudah boleh direhatkan seperti Gervinho.

Bukan nak kritik tetapi itulah kenyataannya. Mungkin bagi penyokong tegar Arsenal marah kalau Giroud ni dikritik. Walaupun jaringan dan assist nya agak banyak, itu tidak boleh dijadikan alasan yang die ni tak boleh dikritik. 

Terima kasih kepada bekas pemain Malaga, Carzola dan Monreal. Carzola semakin mendapat rentak dengan hantaran dan through pass yang sukar dijangka. Monreal telah mendapat rentak dengan corak permainan Arsenal. Walcott penyudah masih tumpul. Memang tak sesuai jadi penyerang. Agak gopoh. Wilshere terbaik. Future captain. COYG!!



20130220

[UCL] Arsenal vs Bayern Munich

Tewas lagi di laman sendiri. Awal pagi tadi jumpa Bayern Munich di Emirates. Tewas 1-3. Separuh masa pertama umpama bermain di laman lawan. Umpama mencari rentak permainan di laman sendiri. Tidak bagi Bayern, bermain seperti di Allianz Arena. Tak pasti kenapa. Mungkin moral masih down akibat kekalahan dengan Blackburn Rovers. 

Dibolosi seawal minit ke-8 oleh Toni Kroos. Dan jaringan ke-2 oleh Thomas Muller pada minit ke-21. Hampir keseluruhan permainan di kuasai oleh Bayern. Kekalahan dan jaringan yang lebih besar mula terbayang. 

Separuh masa kedua barulah nampak permainan Arsenal. Ada serangan, ada asakan, ada percubaan. Permainan yang agak lesu semakin pantas. Minit ke-55 Podolski berjaya merapatkan kedudukan hasil tendangan sudut Wilshere. Harapan mula terbayang bahawa Arsenal akan membuat comeback. Sekurang-kurangnya dapat menyamakan kedudukan untuk dibawa ke Allianz Arena untuk perlawanan timbal balik. 

Harapan kembali pudar apabila Mario Mandzukic menjaringkan gol ke-3 pada minit ke-77. Dengan berbekalkan pertahanan yang kental oleh Bayern, tidak ada apa-apa yang boleh dilakukan. Cuma terpaksa menerima kekalahan dan berjuang untuk menang sekurang-kurangnya 3-0 di Allianz Arena. Boleh dianggap misi mustahil kerana 3-0 adalah jaringan yang agak besar. Lebih-lebih lagi bermain di tempat lawan. Harap Arsenal dapat mengembalikan kegemilangan 2003/2004.

Anda juga mungkin meminati :

Related Posts with Thumbnails

follow me