20130226

[SONG] Rembau Most Wanted Yaww - WARIS

Rembau Most Wanted yaw
1 2 1 2


I representin this place
Where people say murder is the case
REMBAU
the food gonna make your tongue blaze
Step forward,hold your head high
Be proud for where you came from and stay fly
Dats what Im doin


Hobin Jang Hobin
We aint trippin Jang
Tahun dopan ado laie
Pialo Malaysia kito pogang
Lagu nogori berkumandang
Semuo player masuk padang
Tabik hormat tando monang
Kito monang kito monang(kito monang yo)
Duo satu kocik bona
Ompek satu sonyum lebar


Teringek bilo poghah keringek
Nyabit rumput poie sawah
Kojo macam nk mati tapi gaji kocik anak
Itu orang dulu
Tak mcm budak2 sekarang
Susah sikit yo

[REVIEW] Juvana The Movie


Aku nak review filem Juvana The Movie. Filem ni dah lama keluar cuma aku jer yang baru tengok. Ketinggalan. Dulu memang ada ikut juga cerita juvana ni kat tv. Tapi tak semua episod aku tengok. Jalan cerita juvana agak menarik. Oleh itu jangkaan aku untuk Juvana The Movie ni agak tinggi juga lah. Mungkin aku dah layan Prison Break kot.

Filem yang berdurasi 1 jam 30 minit. Bagi aku tak cukup untuk sebuah filem yang bagus dari segi jalan cerita. Masa agak terhad. Kenapa tak buat macam cerita hindustan. Durasi 2 hingga 4 jam. Dengan pelakon yang memang ramai. Ya bajet terhad. 

Juvana the movie mengisahkan budak jahat botak, apex, ayam, kicap dan 2 orang lagi sapa tah, penghuni Wira Bakti yang dihantar ke Indera Sakti. Daim telah keluar dari Wira Bakti kerana tempoh penahanannya telah berakhir. 

Di Indera Sakti, Lan todak dengan geng-geng die menanti kehadiran budak-budak Wira Bakti ni. Lan todak memang ada kes dengan budak-budak wira bakti sebab adik die juga budak wira bakti mati kerana overdose dadah. 

Tak juvana lah kalau takde gaduh-gaduh. Dua-dua geng ni bergasak tetapi dileraikan oleh warden. Gaduh pon tak lama. Jamal cedera teruk sebab muka die kena minyak panas. Kicap tangan die kene tikam dengan Lan todak. 

Apex tak puas hati dengan Lan todak. Die belasah lan todak dalam tandas. Budak-budak ni kene denda. Warden tarik botak jumpa jamal. Tah apa warden ni kata tetiba botak yang gangster ni boleh insaf. Jamal mintak maaf pada botak. Malam tu pula, jamal kene bunuh dengan lan todak.

Berlaku rusuhan kat indera sakti di ketuai oleh lan todak. Apex tak puas hati lagi dengan lan todak. Gaduh lagi budak dua orang ni. Apex bukan lawan lan todak. Botak datang menyelamatkan keadaan. Buku bertemu ruas. Disebabkan botak dah insaf, semangat juang dia dah nipis. Perasaan simpati pulak menebal. Botak kene tikam kat perut. Warden datang tangkap lan todak. Botak ke hospital. Umur dia panjang. Tak mati. Lan todak tak tahu apa cerita.

Lupa nak cerita pasal Daim. Daim kembali kesekolah sambil kerja sambilan di kilang batu bata. Tahun ni Daim amik SPM. Kat sekolah ada geng yang muka tak sesuai jadi gengster nak tunjuk gengster tak puas hati dengan Daim. Tapi Daim ada backup. Sara a.k.a Shera Ayub a.k.a bini dia. Sara ni la yang ajar Matematik tambahan kat Daim sebab Daim tak pandai Matematik Tambahan. Asalkan babak kat sekolah mesti tengah belajar Matematik tambahan. Oh lupa bajet terhad. Yang lain-lain korang tengok sendiri lah kat astro first.

[BPL] Arsenal vs Aston Villa

Arsenal bertemu Aston Villa kat Emirates. Menang 2-1. Kedua-dua gol dijaringkan oleh Santi Carzola. Permainan seperti biasa. Nyata pada penguasaan permainan walaupon Diaby agak slow pergerakannya. Tetapi banyak kali juga curi bola dari belakang dengan kaki panjangnya.

Gol seawal minit ke-5 membayangkan kemenangan yang agak besar. Bukan riak tetapi berdasarkan permainan, Arsenal memang mampu untuk melakukannya. Seperti biasa cubaan pada gol lawan memang bersepah. Penyudah takde. Tak tau apa sebabnya. Giroud semakin malas. Sering mengharapkan belas pengadil walaupun kesalahan darinya. Peluang depan gol dipersia-siakan. Mungkin sudah boleh direhatkan seperti Gervinho.

Bukan nak kritik tetapi itulah kenyataannya. Mungkin bagi penyokong tegar Arsenal marah kalau Giroud ni dikritik. Walaupun jaringan dan assist nya agak banyak, itu tidak boleh dijadikan alasan yang die ni tak boleh dikritik. 

Terima kasih kepada bekas pemain Malaga, Carzola dan Monreal. Carzola semakin mendapat rentak dengan hantaran dan through pass yang sukar dijangka. Monreal telah mendapat rentak dengan corak permainan Arsenal. Walcott penyudah masih tumpul. Memang tak sesuai jadi penyerang. Agak gopoh. Wilshere terbaik. Future captain. COYG!!



20130220

[UCL] Arsenal vs Bayern Munich

Tewas lagi di laman sendiri. Awal pagi tadi jumpa Bayern Munich di Emirates. Tewas 1-3. Separuh masa pertama umpama bermain di laman lawan. Umpama mencari rentak permainan di laman sendiri. Tidak bagi Bayern, bermain seperti di Allianz Arena. Tak pasti kenapa. Mungkin moral masih down akibat kekalahan dengan Blackburn Rovers. 

Dibolosi seawal minit ke-8 oleh Toni Kroos. Dan jaringan ke-2 oleh Thomas Muller pada minit ke-21. Hampir keseluruhan permainan di kuasai oleh Bayern. Kekalahan dan jaringan yang lebih besar mula terbayang. 

Separuh masa kedua barulah nampak permainan Arsenal. Ada serangan, ada asakan, ada percubaan. Permainan yang agak lesu semakin pantas. Minit ke-55 Podolski berjaya merapatkan kedudukan hasil tendangan sudut Wilshere. Harapan mula terbayang bahawa Arsenal akan membuat comeback. Sekurang-kurangnya dapat menyamakan kedudukan untuk dibawa ke Allianz Arena untuk perlawanan timbal balik. 

Harapan kembali pudar apabila Mario Mandzukic menjaringkan gol ke-3 pada minit ke-77. Dengan berbekalkan pertahanan yang kental oleh Bayern, tidak ada apa-apa yang boleh dilakukan. Cuma terpaksa menerima kekalahan dan berjuang untuk menang sekurang-kurangnya 3-0 di Allianz Arena. Boleh dianggap misi mustahil kerana 3-0 adalah jaringan yang agak besar. Lebih-lebih lagi bermain di tempat lawan. Harap Arsenal dapat mengembalikan kegemilangan 2003/2004.

20130218

[FA] Arsenal vs Blackburn Rovers

Tak boleh nak kata apa-apa lagi dah. Kalah dengan club Shebby Singh. Satu lagi piala dah terlepas. Mungkin sengaja dilepaskan. Trophyless lagi musim ni. Champion league belum pasti sebab jumpa Bayern Munich 20 haribulan ni. Finalis musim lepas tewas dengan Chelsea.

Lapan tahun tanpa piala even Capitol One Cup. Mungkin tidak sedar diri atau main bola hanya suka-suka dan menikmati gaji setiap minggu. Perlawanan yang dianggap boleh menang sangat-sangat tapi tewas. Apa masalahnya ni??

Gervinho, the new Santos bak kata Piers Morgan. Berbulu mata tengok dia main. Kenapa susah-susah nak drible dari tepi masuk dalam kotak penalti. Reti istilah main mudah. One touch football. Kalau drible mendatangkan hasil tak pe juga. Banyak kali. Bukan sekali dua. Diaby sangat slow. Tempo tiba-tiba jadi perlahan bila bola sampai ke dia.

Gol minit ke 70 berapa tah. Team lemah ni kalau dah score, berkampung la diorang kat tempat sendiri. Bila dah macam tu, nak cari ruang macam mana. Control hampir ke seluruhan game. Shot on goal banyak. Tapi tak de gol tak de guna. Harap game dengan Bayern munich menang. Mesti menang. Kalau tidak trophyless lagi untuk musim ke-9.

20130211

[BPL] Sunderland vs Arsenal

Arsenal menang lagi. Momentum dikekalkan. Permainan semakin cantik. Taktikal lebih kemas. Namun penyudah masih tumpul. Peluang berderet-deret. Walcott dan Giroud terlalu banyak lepaskan peluang. Shezzy semakin kebal di depan gawang. Santi Carzola kembali dengan through pass yang cantik tetapi seperti yang aku katakan, penyudah tumpul. Come on Walcott permintaan anda terhadap Arsenal terlalu tinggi. Dan anda perlu tahu permintaan fans terhadap anda juga tinggi.

 Jenkinson mungkin kurang pengalaman. Kad kuning di awal permainan. Dan kad merah pada minit ke-60'. 30' minit diasak. Mujur Shezzy tenang malam itu setenang Sagna main center back. Apa-apa pon 3 mata penting berjaya dikekalkan untuk merapatkan jurang dengan Spurs. Everton sila congak langit tinggi atau rendah untuk bersaing di UCL. Anda tewas dengan setan merah. Baines tak nak join arsenal?

Spurs 4 mata dihadapan Arsenal. Jika ini dikekalkan sehingga  akhir musim, Spurs akan layak ke UCL pada musim hadapan. Tetapi jikalau Arsenal memenangi UCL musim ini, anda sudah boleh bermimpi di siang hari. Seperti mana Chelsea mencantas anda untuk ke UCL musim ini. Chelsea layak secara automatik setelah memenangi UCL pada musim lepas. Kasihan. Perkara ini juga mungkin akan berlaku pada anda musim ini. Bale tak nak join arsenal?







Kusut

Kusut..
Seriusly aku rindu pada bold 4 aku..
Even memang aku tergila-gila kan HTC One X yang aku guna sekarang..
Kepuasan menggunakan bold 4 tak dapat nak dilupakan..
Agak menyesal juga aku let go bold 4 aku dulu..
Tapi itu semua dulu..

Apa kan daya..
Teringat pepatah lama..
Barang yang lepas jangan dikenang..
Yang berlalu biarkan berlalu..
.....................................................................................


20130209

20130208

Kursus PHP & MySQL

KURSUS PHP & MySQL (ASAS & PERTENGAHAN)

TARIKH: 25-28 FEBUARI 2013  ATAU  27-30 APRIL 2013
MASA: 9.00 PAGI - 5.30 PETANG
TEMPAT: JTC 2, 1 PUCHONG BUSINESS PARK, PUCHONG
SIJIL: Sijil penyertaan diberikan selepas tamat kursus
KEMUDAHAN: Komputer, CD, nota, makan & minum, domain & hosting (untuk kursus) disediakan
*1x CABUTAN BERTUAH HANDPHONE ANDROID BERJENAMA
A)    OBJEKTIF KURSUS
-        Memberikan latihan 100% secara praktikal untuk membangunkan sebuah sistem menggunakan PHP &MySQL.
-        Mempelajari bagaimana sistem PHP dapat berinteraksi dengan pangkalan data MySQL.
-        Menggunakan PHP dan MySQL sebagai aplikasi untuk membangunkan laman web portal organisasi atau individu bagi memudahkan webmaster mengubah serta menguruskan kandungan laman dinamik web.
-        Mengetahui faktor-faktor keselamatan aplikasi yang melibatkan penggunakan PHP dan MySQL.
-        Mengetahui kegunaan dan potensi yang boleh digunakan oleh organisasi melalui penggunaan PHP dan MySQL dalam pembangunan sesebuah laman web / sistem.
B)    KANDUNGAN KURSUS
PHP
1.     Apa itu PHP?
2.     Apa yang dapat dilakukan dengan PHP?
3.     Bagaimana PHP berfungsi?
4.     Script PHP pertama saya.
5.     Sintaks asas PHP – pembolehubah, konstan dan jenis-jenis data.
6.     Operator
7.     Penyataan – if.. elseif.. else, switch, loop.
8.     Fungsi (function).
9.     Tatasusunan (array).
10.  Manipulasi fail (file manipulation).
11.  Manipulasi tarikh.
12.  Manipulasi string.
13.  Borang (form) – konsep $_POST dan $_GET
14.  Penggunaan session dan cookie.
15.  Keselamatan dalam PHP.
MySQL
1.     Apa itu MySQL?
2.     Mengapa gunakan MySQL?
3.     Menetapkan username dan katalaluan
4.     Membina database
5.     Mencipta table
6.     Interaksi dengan MySQL-select, insert, delete, update, search
7.     Fungsi (function).
8.     Keselamatan dalam MySQL
C)    METODOLOGI KURSUS
-        Latihan 100% secara praktikal 1 orang 1 komputer. Talian Internet disediakan.
-        Latihan memasang web server XAMPP.
-        Latihan menulis kod PHP & MySQL mengikut bab dan tajuk secara sistematik.
-        Latihan membangunkan sistem contoh yang akan dibincangkan di dalam kelas.
-        Latihan menulis kod-kod PHP daripada asas sehingga berjaya membangunkan sebuah sistem contoh.
D)   PROFIL PENGAJAR
Syahril bin Zulkefli
-        Berpengalaman selama 7 tahun membangunkan sistem PHP & MySQL.
-        Mahir & berpengetahuan luas dalam aplikasi dan rekabentuk sistem.
-        Berpengalaman sebagai pereka web, pengaturcara, pembangun aplikasi web.
Bersama-sama ini disertakan borang pendaftaran untuk rujukan dan tindakan tuan. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi kami di talian 03-8052 0570 / 016-665 0571/ 016-263 0571 atau email: rositah@jomtraining.com.
* minima 15 peserta
* Kursus di JTC sahaja
Bagi sesiapa yang berminat boleh hubungi no diatas untuk pertanyaan, tempahan dan kehadiran kursus.
 

Kursus Grafik Adobe Photoshop CS5

KURSUS GRAFIK ADOBE PHOTOSHOP CS5

(ASAS & PERTENGAHAN)
TARIKH: 20-21 FEBRUARI 2013 & 23-24 MAC 2013
TEMPAT: JTC2, 1 PUCHONG BUSINESS PARK, PUCHONG
MASA: 9.00 PAGI - 5.30 PETANG
SIJIL: Sijil penyertaan diberikan selepas tamat kursus
KEMUDAHAN: Komputer, CD, nota, makan & minum, domain & hosting (untuk kursus) disediakan. 
A)    PENGENALAN
 
Adobe Photoshop merupakan perisian editor grafik yang terkenal dan diasaskan oleh Adobe Photoshop. Ia dianggap sebagai industri standard kepada pakar grafik profesional. Photoshop digunakan secara komersil untuk memanipulasikan imej atau foto bagi menghasilkan laman web, penerbitan akhbar dan majalah, cetakan brosur dan flyer dan juga persembahan multimedia. Ketika populariti era digital fotografi sedang meningkat, permintaan untuk pembelajaran Photoshop juga semakin meningkat.
B)    SIAPA PATUT HADIR

Sesiapa yang berminat di dalam bidang editing foto atau jurugambar digital (amatur atau profesional). Juga, kepada sesiapa yang meminati bidang grafik dan manipulasi imej untuk penghasilan laman web, penerbitan dan persembahan multimedia.
 
C)    OBJEKTIF KURSUS
Menguasai pengetahuan dan kemahiran asas pengendalian Photoshop bagi proses editing imej/foto dan pengadunan grafik.
D)    KANDUNGAN KURSUS
-    Pengenalan kepada Photoshop
-    Teknik paling efektif memulakan Photoshop
-    Asas pengendalian – Canvas, Format, Tools, Panel, Layer, Save
-    Teknik: Membaik-pulih foto – Saiz, Adjustments, Layer Adjustments
-    Teknik: Menghasilkan kesan khas - Filters
-    Teknik: Menggunakan Selection – Adjustments, Copy
-    Teknik: Menggabungkan imej/foto – Masking, Layer, Layer Blend
-    Teknik: Menggabungkan imej dan grafik – Shapes, Brushes, Text
 
E)     METODOLOGI KURSUS
-        Latihan hands-on, demo dan nota kursus.
-        Setiap peserta dibekalkan sebuah computer.
F)     PENGAJAR 

Imran Abdul Jabar
Pengasas dan pengendali Sifoo.com (laman web yang berslogankan ‘Sumber Gra­fik dan Multimedia Malaysia’ sejak tahun 1999). Pemegang ijazah Virginia Polytechnic Institute and State University, Blacksburg, Virginia, USA. Menceburi bidang rekabentuk grafik dan web sejak tahun 1997. Pernah berkhidmat sebagai perekabentuk gra­fik dan multimedia di beberapa syarikat multimedia. Kini, beliau menumpukan sepenuh masa di dalam menguruskan Sifoo.com dan mengendalikan kursus-kursus berkaitan gra­fik dan multimedia.
Bersama-sama ini disertakan borang pendaftaran untuk rujukan dan tindakan tuan. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi kami di talian 03-8052 0570 / 016-263 0571 / 016-665 0571 atau email: rositah@jomtraining.com 
Bagi sesiapa yang berminat boleh hubungi no diatas untuk pertanyaan, tempahan dan kehadiran kursus.

Al-Fatihah : Azli Paat Meninggal Dunia

Berita yang mungkin agak mendukacitakan untuk dunia teknologi tempatan, dimana hari ini, pakar IT dan juga kandungan mudah-alih tempatan, saudara Azli Paat meninggal dunia. Beliau telah membawakan pelbagai inovasi dalam dunia IT dan kandungan mudah-alih di Malaysia.

azlipaat-apicta
Bagi mereka yang tidak mengenali Azli Paat, beliau merupakan salah seorang usahawan yang telah membangunkan dan hadir dengan beberapa perkhidmatan memfokuskan kepada kandungan mudah-alih dan juga komuniti.

Salah satu yang popular, semestinya adalah DAPAT Vista yang terkenal dengan perkhidmatan permesejan SMS yang telah merevolusikan dunia kandungan berasaskan SMS di Malaysia. Syarikat tersebut kemudiannya telah diambil-alih oleh HeiTech Padu Berhad pada tahun 2010.

Selain DAPAT, Azli Paat juga merupakan pengasas perkhidmatan berasaskan komuniti, RAKANCOP, disamping merupakan ahli aktif dalam komuniti IT dan telekomunikasi di Malaysia. Salah satu perkhidmatan baru daripada beliau adalah Adacode yang mana membolehkan kandungan dihantar ke emel atau SMS dengan hanya membuat panggilan miscall.


Pelbagai anugerah telah diterima beliau sebelum ini, termasuk Prime Minister’s “Best of the Best” Award 2012 di MSC Malaysia APICTA 2012.

SUMBER DARI AMANZ.MY

20130205

Nampak tak nampak tak !!




Nampak tak nampak tak. Perbezaan diatas. Terlebih rajin hari ni belek blog ni. Datang pula idea nak ubah sket citarasa pada header blog ni. Tak seberapa pon tapi adalah perubahan nya tu. Haha. Ok idea lain dah terbang. Ayuh Syaiful Azhar Othman. Back to work. Selesaikan minit mesyuarat kamu.

20130204

[BPL] Prince Podolski !!

Arsenal bertemu Stoke City di Emirates. Perlawanan agak menarik apabila Wenger menurunkan pemain baru Nacho Monreal di posisi pertahanan kiri dan tidak menyenaraikan Santi Carzola dan Prince Podolski dalam kesebelasan utama.  Arsenal lebih mendominasi perlawanan. Banyak peluang terhidang digagalkan oleh penjaga gol Stoke City, Asmir Begovic.

Mutu penjaga garisan malam itu amatlah macam oink-oink kerana terlalu jelas berat sebelah. Walcott banyak kali dikasari di hadapan penjaga garisan tersebut tetapi tidak diendahkan oleh penjaga garisan itu. Perlawanan juga dihidangkan dengan aksi kasar pemain-pemain Stoke. 

Minit ke 70 Arsenal melakukan dua pertukaran dengan memasukkan Santi Carzola dan Podolski. Tempo perlawanan menjadi laju impak dari kemasukan mereka berdua hinggalah minit ke 76 gol berjaya dihasilkan oleh Podolski hasil dari sepakan percuma diluar kotak penalti. Seperti aku katakan penjaga garisan berat sebelah, gol itu hampir dibatalkan kerana penjaga garisan mengatakan bola terkena Giroud yang berkedudukan Offside. Setelah melakukan perbincangan dengan pengadil, akhirnya pengadil perlawanan mengesahkan jaringan tersebut. 

Minit ke 86 Ramsey dimasukkan. Ramsey ada sejarah dengan kapten Stoke City, Shawcross. Shawcross yang membuatkan karier Ramsey hampir terkubur kerana rempuhan Shawcross tiga tahun lepas menyebabkan kaki Ramsey patah dan menyebabkan juga permainan Ramsey semakin hambar. Moga Ramsey dapat mengembalikan keyakinan dan permainannya sepertu dulu.



Anda juga mungkin meminati :

Related Posts with Thumbnails

follow me