20121231

H.a.P.p.y || 2.0.1.3 || Y.e.A.r


Asyraaf bin Syaiful Azhar


Daaa budak comel ni demam buat kali ke-3. Kali ni bermalam kat Hospital Muar pulak yer. Hari kedua, muka ada senyum. Nampak tak gigi dua batang. Macam-macam ragam nak bagi makan ubat. Dulu menjerit-jerit. Tapi sekarang, pandai katup mulut. Rapat kan gusi. So jerit tu dah tak kuat. Nak sihat punya pasal, ibu dengan ayah kene paksa jugak awak makan ubat.


Haaa amik obat. Lepas makan ubat, sedih-sedih terus tido. Tido dengan dua ekot barney. Teman baik awak tido malam yer. Semoga antibodi awak kuat yer Asyraaf. Tak mau demam-deman lagi yer.

[BPL] Arsenal !! 7-3 !!


Puas. Menang besar dengan team Kota Baru. Bukan calang-calang punya team. Kalau Reading tu boleh la kata kan team lemah sebab diorang ni power pada teori kerana suka membaca. harhar. Honestly, Wenger dah tahu team dia akan menang besar malam tu. Bukti nya, Wenger dok tepi padang main zip jaket die jer. Betapa powernya beliau. 

Walcott dah dapat hatrick. Apa tunggu lagi, sign la kontrak baru. Jangan jual mahal sangat. Awak tu pon flip flop jugak. Ada masa memang top. Ada kala, tebarai jugak. Kamon, ikut jejak adik Wilshere dengan Ox. Sign new contract. Jangan ikut jejak RVP even die score cun malam tu. Contohi si Legend Henry. Sentiasa ke Emirates time senggang-senggang. Btw, bak kata Wulan Guritno, good workk, good jobb Walcott.


20121226

Mikel Arteta !!


Gracias Mikel Arteta!!

Arsenal menang tipis dengan Wigan hasil penalti Mikel Arteta. Walcott dijatuhkan didalam kotak penalti hasil gerakannya bersama Santi Cazorla. Sepakan penalti tidak disia-siakan oleh Arteta. Hasil kemenangan itu melebarkan kemenangan ketiga berturut-turut.

COYG!!!

20121218

20121214

Harimau kena pijak

Tewas. Apa nak dikatakan dengan permainan sebegitu rupa. Ketinggalan dengan kelebihan jaringan tempat lawan. Tapi main serupa dah leading 3-0 pada separuh akhir pertama. Kemon lah. 

Tolonglah jangan jadikan kad merah keatas Fadhli Shas alasan kekalahan Harimau Malaya. Harimau akan menjadi semakin ganas jika dicederakan. Mana semangat Harimau Malaya yang di bawa.

Reff kene maki jangan haraplah nak tutup kesalahan dan kepincangan permainan anda. Moral down?? apa guna kapten kalau tak boleh nak naik kan semangat rakan sepasukan kalau moral pasukan dah down. Kapten pass bola ke laut. Dribble tak pandai. Tak kan nak harapkan free kick jer. Bekham pon tak reti nak dribble. Tapi, ada tapi nya. Free kick superb. Passing dengan crossing superb.

Jangan nak kata lah tak patut nak membandingkan beliau dengan Beckham. Abis nak bandingkan dengan siapa?? bila nak maju. Lilitan kapitan itu sudah boleh dilucutkan.

Tahniah Farizal Marlias. Walaupon bolos dua gol. Tapi anda berjaya menafikan kemenangan besar Thailand. Apek anda kene bersabar. Anda pernah menjadi pujaan. Tapi buat masa ini tidak lagi. Tumpu kan perhatian pada Leuniey dulu. 

Farizal tolong jangan termakan dengan pujian. Anda juga pernah di kritik semasa friendly dengan Thailand sebelum AFF. Usaha lagi agar position anda dikekalkan.

Amar Rohidan .............................................................................................

Malas nak bebel panjang memandangkan Arsenal juga tewas kepada Bradford. Bangang Abadi.

20121122

COYG!!

Keinginan mengecapi kejuaraan masih membara.
Keinginan menjulang piala makin kuat.
Kekalahan harus dilupakan.
Kemenangan harus terus dicari.
Momentum harus dikekalkan. 

IN ARSENE WE TRUST!! COYG!!


PRINCE PODOLSKI STRIKE!!!

20121121

Harimau Malaya!!

Seri dengan Bangladash.
Apa lagi nak dikata.



Harap Arsenal menang malam ni.
COYG!!!!!!!!!!!




Anda juga mungkin meminati :

Related Posts with Thumbnails

follow me