20100129

Ibu, bapa, murid dan guru

salam. dah lama tak update coz keje yang agak banyak kebelakangan nih. hari ni terasa nak update blog nih. apa apa pon layan klip ni dulu.



hari ni aku nak cerita sket 1 @ 2 situasi yang benar-benar berlaku di sekolah. melibatkan ibu bapa,nenek dan guru. aku pon tak tau la siapa btol siapa salah. memandangkan guru guru selain guru disiplin dan guru besar dilarang untuk menjatuh kan hukuman kepada murid-murid.

situasi 1:
berlaku beberapa minggu lepas dimana seorang guru menyuruh murid nya ketuk ketampi sebanyak 30 kali kerana tidak menyiapkan tugas yg telah diberikan.

akibat dari perbuatan tersebut nenek murid itu telah memarahi pihak sekolah dan mengugut untuk membuat aduan kepada pihak polis.

situasi 2:
berlaku beberapa minit yang lepas dimana seorang murid (india) telah mengadu kepada bapa nya yang die telah ditampar oleh rakan sekelas nya. yang nih susah sket nak percaya kata kata budak tu sebabnya hmmmm paham2 je la kan.

akibat dari perbuatan itu bapa murid itu telah datang ke sekolah memarahi pihak pentadbir. selain melibatkan Pengarah Pelajaran Melaka dan PPD daerah. tidak cukup dengan itu bapa murid itu telah memaki (babi) guru kelas murid tersebut.

persoalannya:
wajarkah ibu bapa menyalahkan pihak sekolah jika sesuatu perkara terjadi kepada anak mereka tanpa usul periksa??

dari sudut pandangan mata aku la kan, ibu bapa cuma menjaga paling ramai pon 15 orang anak. sedangkan anak yang 4 5 orang tu pon belum tentu ibubapa boleh jaga..(tak semua la) ada jugak yg tersasar jadik penagih,perogol,peragut dan sebagai nya(maaf cakap lah).tetapi guru-guru menjaga lebih dari 30 orang anak murid untuk satu kelas.bayangkan jika 4 kelas. tak terlayan jika nak beri perhatian kepada semua murid.

berbeza dengan situasi persekolahan sekitar tahun 2002 kebawah dimana jarang kita lihat ibubapa menyerang sekolah. klau anak mereka kene sesah sekali pon ibu bapa tak masuk campur malah kene sesahan sampingan dari bapa mereka. situasi tersebut kian hilang. anak2 zaman sekarang terlalu dimanja kan. pantang disentuh pasti guru tersebut akan tersentuh diatas sentuhan td. banyak lagik nak tulis klau diikutkan. tp cukup2 lah.

korang nilai lah sendiri situasi yg telah berlaku. ada pro dan kontra. pendapat masing-masing. sekian..

20100118

penjelasan saintifik yang menarik




klik pada gambar untuk tumbesaran

susahnya soalan matematik nih

Siapa yg rasa dia terror matematik tu boleh cuba
jawab.



Sekarang si ibu 21 tahun lebih tua dari anaknya. 6
tahun kemudian, umur ibunya adalah 5 kali ganda umur
anaknya.

SOALAN::
Bapanya sekarang berada di mana ?
Silakan berfikir dan menjawab secara ilmiah/matematik,
sila buktikan bahawa korang mempunyai kemampuan untuk
berfikir secara wajar



Tetapi
kalau korang malas, terlalu sibuk, terlalu...dll yang
membuat korang tidak mahu menghitung atau tidak percaya
bahawa hal ini bukan JOKE semata mata

cuba lihat penyelesaian di bawah ini




Sekarang ibunya (M) 21 tahun lebih tua dari anaknya
(A) => M = A + 21

6 tahun kemudian, umur ibunya jadi 5 kali ganda umur
anak

M + 6 = (A + 6) x 5
dimana M = A + 21
A + 21 + 6 = (A + 6) x 5
A + 27 = 5A + 30
27 - 30 = 5A - A
* 3 = 4A

A = -3/4

Bererti umur anaknya sekarang
* 3/4 tahun = - 3/4 x 12 bulan = - 9 bulan.

Bererti anaknya sekarang belum lahir ( akan lahir
kira-kira 9 bulan
kemudian )

Kesimpulannya, sekarang Bapanya berada di >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>












atas ibunya atau di bawah atau di sebelah (mengikut
posisi kesukaan masing-masing) . Si anak baru hendak
dihasilkan

p/s* sekadar hiburan semata mata tidak ada kene mengena dengan aku ataupon korang

rehat minda || khas untuk cikgu


PART I
Cikgu Berahim sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah. Seperti biasa, Cikgu Berahim akan menyuruh murid²nya melakukan regangan otot. Tiba di satu bahagian, dimana murid² baring dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal. Cikgu Berahim asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba² memberhentikan kakinya. Lalu Cikgu Berahim menyergah muridnya yang bernama Man Dol.

"Woiiii Man, apa sebab kau berhenti ni hah".
"Oh Cikgu Berahim, basikal saya tengah turun bukit Cikgu, sebab tu saya berhenti.Takkan nak kayuh jugak.


PART II
Waktu sekolah telah tamat.sebelum keluar kelas, Cikgu Berahim telah bertanya kpd murid²nya.


Cikgu : Siapa nak masuk/pergi syurga? Semua murid mengangkat tangan kecuali Man Dol lalu Cikgu Berahim pun bertanya,


Cikgu : Man, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?
Man : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah.. jangan pergi mana-mana.


PART III
Cikgu Berahim sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar...


Cikgu : Man, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepong?
Man : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah.... emak sedang membuat kek didapur.
Cikgu : Mana tepungnya??
Man : Tepong kan ke dalam kek tu.... Cikgu nie tak sekolah ke hape??


PART IV
Seperti biasa, Cikgu Berahim nie mengajar pelajar di Sekolah Agama. Cikgu Berahim mengajar budak tahun satu. Pada hari tersebut, beliau mengajar bab"cara berwudhuk"Selepas mengajar, beliau (Cikgu) selalu meminta muridnya bertanyakan soalan jika terdapat kemusykilan.


Cikgu : Ada sesiapa hendak bertanyakan soalan? Tiba² seorang anak muridnye mengangkat tangan, nama murid tu adalah Man Dol. 

Man : Ada Cikgu. saya ada satu kemusykilan. Boleh tak kita ambil wudhuk dua kali?
Cikgu : Boleh, tapi kenapa sampai dua kali ambil wudhuk?
Man : Saya ambil dua kali sebab kalau saya terkentut, wudhuk lagi satu tu boleh buat spare part!
Cikgu : Allahhuakbarr!!!


PART V
Cikgu Berahim: Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?


Joe : Untuk mencari makanan, Cikgu
Cikgu Berahim: Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?
Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, Cikgu
Cikgu Berahim: Bagus! Sekarang giliran Man Dol pula. Apakah tugas daun pisang?
Man Dol :untuk membungkus nasi lemak, Cikgu...
Cikgu Berahim: uii... lagi bagus... berdiri atas meja sampai habis kelas..


p/s* aku amik kat emel lama aku sekadar menghilangkan kebosanan petang nih. sapa yg penah baca tuh diam diam suda..hakhak.

istimewanya wanita


* pic credit to google

Seorang anak laki-laki
kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa
ibu menangis?"

"Kerana aku seorang
wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti",
kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya
dan berkata, "Dan kau tak akan pernah
mengerti"

Kemudian anak laki-laki
itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa
ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis
tanpa alasan", hanya itu yang dapat
dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu
pun lalu tumbuh menjadi seorang
laki-laki dewasa, tetap ingin tahu
mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia memanjatkan doa dan bertanya, "Tuhan, mengapa
wanita begitu mudah menangis?"

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan dan ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu;kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisirrambutnya."

"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya.. Tempat dimana cinta itu ada."


* Kecantikan wanita yang azali bukan pada kecantikan luaran semata-mata. Se
lamilah hati wanita mu dan ingat lah..Setiap Wanita itu Cantik.

terima kasih datuk










p/s* tugas berat menanti guru-guru dan bakal guru bahasa melayu..hakhak..

20100111

AJL Ke-24



Sejak semalam masih hangat memperkatakan kehangatan Anugerah Juara Lagu Ke-24 yang merupakan acara penutup tahun 2009. Tidak kurang juga masih hangat memperkatakan kemenangan Aizat yang berjaya membawa pulang RM 35,000 setelah mendapat tempat pertama serta persembahan terbaik.

So ari ni aku nak mengomel sket pasal Anugerah semalam. ngomelan ini semata-mata pandangan peribadi aku sahaja. dah nama blog aku kan ikut suka aku lah nak tulis per. hakhak. so far AJL semalam merupakan AJL terbaekkk sepanjang 24 tahun nih. dah macam konsert aku tgk. tak de yang play safe. tak tau la plak alyah dgn misha omar..hakhak..memang aku tak tgk pon dowang ni perform. untuk live band memang aku bagi 2 thumbs up la.

gimik tu memang banyak la malam tadi. so far best la tak mengarut. pengacara walaupon suka melalut tp masih boleh terima lagi lah berbanding dengan pengaraca ABP tahun lepas. hakhak. so aku komen la sket ek dari pandangan mata kasar aku. aku bukan juri profesional. tp sebagai penonton apa salahnye kan. heheh..

Pengacara (Ally,Cheryl,Faizal)
  • trio ni ok berbanding ezlyn,cheryl,faizal
  • edisi kutuk mengutuk tp still boleh buat org gelak
intro AJL
  • tribute tok pemenang tahun lepas 
  • kolaborasi Dato' CT dan Lan yg agak janggal tp still best
  • susunan muzik yg best
estranged
  • lagu pembukaan yg best tp tengok tak habis
alyah
  • tak tengok sbb mentua ajak makan hakhak
hafiz
  • tak de yg spesel 
akim
  • layan raja lawak sat kat astro
black
  • biasa-biasa jer tp leh menang vokal terbaik
  • laga pipi ngan mas idayu (sat-sat lagi timbul la isu2 murahan)
yuna
  • kreatif + suara best
tomok
  • raja lawak lagik 
stacy
  • suara mantap
  • tarian mantap
  • tp lama2 tgk cam ngarut jerk (tak de perubahan)
aizat
  • tah la tak tau nak komen
  • korang komen la sendiri
misha omar
  • hohoho..
  • tak minat
faizal tahir
  • salah satu dr list aku menang jugak
  • ending mantap (igt kan FT bertukar jd aweks hakhak)
bunkface
  • intro best dowh
  • kolaborasi ngan aril,nurul idola kecil
  • papepon aku harap kan situasi dapat best perfomance
hujan
  • intro best
  • susunan muzik best
  • tp aku tak paham samada audians yg kluar tu sekadar gimik atau sebaliknya
  • ke pasal tu die tak menang..hakhak..
ending
  • tak de pe nak cakap.memang best walaupon ade masalah teknikal sket.
    papepon ini semua pandangan mata kasar aku. sekadar suka suki. setiap orang ada pandangannya sendiri. so next AJL harap2 nya lagi best la.

    20100108

    kejutan 2010

    salam 1Malaysia. walaupun tidak berjaya dalam contest new year giveaway, tetapi masih lagi mendapat kejutan tahun baru walaupun telah hampir 2 minggu berlalu. nak kata gembira tu tak, teruja tu ade la sket, melompat keriangan tu jauh sekali walaupon kejutan itu aku rasa amat mahal dan juga berharga.

    cerita banyak pon tak guna. kabel fiber optik kat server makmal ni putus kene gigit tikus. hakhak. takde bukti tetapi sapa lagik yg nak gigit bende2 cam gitu. hoho. bersepah tikus kat atas siling ni. actually fiber ni kegunaan Pusat Kegiatan Guru yg menumpang di bangunan sekolah aku. disebabkan jauh dari server, fiber optik digunakan. buat masa ni memang PKG tak dapat nak guna talian internet. makmal-makmal yg lain masih menggunakan cat5e. so hanya talian di PKG sahaja yg bermasalah. disebabkan perkara itu, aku serahkan semua kepada pegawai PKG handle ini problem. hakhak.



    tikus oh tikus kenapa ko suka gigit kabel,wayar dan sewaktu dengannya


    p/s : sebelum ni wayer cctv pon ko makan ek. aku sambung ko putus kan balik. dapat tangkap aku rebus buat sup.

    20100104

    idola kecil vs akademi fantasia




    salam 1Malaysia. Idola kecil 2 telah melabuhkan tirainya pada sabtu yang lepas. tahniah kepada Dayana kerana telah berjaya menjadi idola kecil musim ke-2 ini. by the way azzam nye lagu memang best ar. hakhak. rezki masing-masing. tahniah dan gudluck untuk adik2 idola kecil kita. walaupun baru setahun jagung, tetapi mereka telah membuktikan bahawa mereka mampu lakukan malah bagi aku lebih baik dari peserta dewasa. pandangan dari sudut positif.

    Memandangkan akademi fantasia 8 bakal menjelma tak lama lagi. berkemungkinan selepas berakhir raja lawak musim ke-4, aku nak cerita sket la pandangan aku berdasarkan pemerhatian aku sebagai penonton antara dua program realiti tv ini.

    Idola kecil

    • bakat yang sungguh besar dan berpotensi sebagai pelapis
    • suara sedap (pitching,high pitch,low note bg aku hampir sempurna..boleh diperbaiki lagi)
    • tiada sandiwara dan cerekarama yg mengarut
    • peserta pon tak demand (thats right still young..tak tau demand lagik)
    • mendengar arahan (yeay masih budak lagi)
    • tak gaduh nak jadi backup singer
    • tak gaduh nak jadi backup dancer
    • penghayatan yang bagus (azzam nyanyi sambil nangis tp suara tak gegar pun)
    • kurang kontrovesi, peningkatan prestasi
    • tiada undi masuk 
    Akademi Fantasia
    • tak semua berbakat. suam2 kuku jerk (camner la juri pilih ni)
    • lahirnye suara kepit, suara angsa dan bermacam2 lagi
    • penuh dengan sandiwara dan cerekarama bodoh
    • demand nak mampos (terima je la apa lagu ko dpt)
    • tak dengar arahan (pengetua pompuan boleh la ko menggedik)
    • nak cari backup singer pon emo 
    • nak jadi backup dancer pon susah
    • diari-diari yg boleh buat aku muntah
    • aksi-aksi peluk memeluk untuk tontonan umum 
    • undi masuk (arghh bodoh sungguh)
    • gimik yg tah hape-hape
    • arrrhghgghgh banyak lagik la.
    akademi fantasia ini more to AF 7. semoga produksi AF 8 mengambil kira pandangan penonton untuk menjadikan program ini kembali relevan.


    yeah you go girl...muntah-muntah

    20100102

    selamat tahun baru 2010



    selamat tahun baru 2010 kepada semua 'pem'blogger tegar sekalian hakhak
    semoga rajin-rajin update blog
    rajin-rajin buat contest
    rajin rajin join contest
    menang itu anugerah
    kalah jangan pula mengalah
    hidup berani untuk gagal
    sambil klik klik nuff
    bak kata orang lama sambil menyelam minum air
    tak de bende nak tulis ari ni sbb masih mood tahun baru
    bila tahun baru mesti ade azam baru
    azam baru malas nak heboh heboh
    takut takut tak tertunai plak
    banyak btol kata ganda hari ni hakhak
    sekian sahaja

    Anda juga mungkin meminati :

    Related Posts with Thumbnails

    follow me