20111130

#komputer : keperluan atau kehendak



Penggunaan komputer semakin meluas dikalangan penduduk di dunia. Samada keperluan atau kehendak adalah satu perkara subjektif yang hanya mampu ditafsirkan sendiri oleh pengguna.

Berdasarkan situasi masa kini, penggunaan komputer adalah lebih terarah kepada kehendak dimana setiap golongan mampu memiliki gajet yang semakin canggih ini. Kanak-kanak seawal usia 3 tahun, pelajar sekolah rendah dan menengah mahupun warga emas sudah mampu dan berkebolehan menggunakan komputer. Istilah buta IT seharusnya tidak lagi diperkatakan di zaman wujudnya netbook, galaxy tab, ipad , ipad 2 dan pelbagai lagi gajet yang semakin menjadi kegilaan atau 'trend' dikalangan penduduk dunia.

Usaha kerajaan dalam melahirkan rakyat celik IT dilihat memberikan kesan yang amat positif melalui pemberian Netbook 1Malaysia dikalangan pelajar sekolah menengah mahupun rendah. Tetapi adakah penggunaan gajet-gajet tersebut digunakan semaksimum mungkin atau sekadar untuk melayari muka buku, bermain burung bunuh khinzir, membaca akhbar atas talian, berforum, bergosip, ber'tweet dan sebagainya. Rata-rata penerima netbook 1Malaysia menggunakan netbook adalah untuk tujuan diatas.

Kesan dari perkara diatas menyebabkan pelbagai perkara negatif berlaku. Tidak perlu nak dihuraikan kerana perkara ini seringkali dipaparkan didada akhbar. Oleh itu semua pihak perlu mengambil pendekatan serius terhadap perkara ini agar keperluan dan kehendak dapat diseimbangkan.

20111122

#Harimau Muda Selamanya


Tahniah Harimau Muda yang telah membuatkan Garuda tersungkur. Satu-satunya pasukan yang kalah dua kali dalam satu temasya di tangan Harimau Muda di laman sendiri. Tak sia-sia belajar seni cakar harimau di Slovakia. Lepas ni boleh hantar Fakhri Saarani bertapa dengan Hj Tapa atau guna minyak lintah tapa sebelum bermain mungkin akan jadi lebih hebat. Siapa tahu. 

Aksi hambar bertemu Kemboja menimbulkan sedikit kegusaran di mana Harimau Muda akan bertemu Thailand dan Indonesia untuk selesa ke separuh akhir. Namun peningkatan menakjubkan serta kematangan dalam permainan yang ditunjukkan semasa menewaskan Thailand dan Indonesia telah merubah persepsi di kalangan peminat bola sepak tanah air.

Harimau Muda layak ke perlawanan akhir setelah mengalahkan Myanmar 1-0 hasil jaringan "Adiwira" Fakhri Saarani di penghujung perlawanan. Jaringan tersebut sedikit sebanyak telah menyuntik kepercayaan pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee untuk meletakkan Fakhri Saarani sebagai "Target Man" atau penggempur pada perlawanan akhir semalam. 

Permainan penuh "Art" yang di hidangkan sebelum ini di bawa ke perlawanan akhir. "Confidence level" yang tinggi di tunjukkan oleh semua pemain harus di puji terutama penggempur berbisa Fakhri Saarani yang telah melepaskan banyak peluang untuk menjaringkan gol. Mungkin hantaran-hantaran tersebut bukan "Level" untuk seorang penggempur berbisa bernama Fakhri Saarani. Mungkin Irfan, Asra, Baddrol, Thamil tidak dapat mencongak jenis hantaran dan jaringan yang dimahukan oleh Fakhri. OKS harus mengambil perhatian terhadap perkara tersebut.

120 minit permainan tamat dengan keputusan 1-1. Sepakan penalti akan menentukan pemenang pingat ibu segala emas. Pemain yang "cool" amat diharapkan untuk mengambil sepakan penalti ini. Ketangkasan penjaga gol, Khairul Fahmi juga amat ditagih untuk menghalang sepakan Sang Garuda. 

Kemangan semakin hampir di gapai oleh Harimau muda apabila Fandi berjaya menyempurnakan sepakan penalti setelah sepakan Gunawan terkena tiang gol memberi kelebihan kepada Harimau Muda. Namun kemenangan mutlak Harimau Muda disangkal oleh penggempur berbisa negara, apabila sepakan penuh "style dan cool" Fakhri Saarani amat lemah dan mudah ditepis oleh Meiga. Mungkin beliau menganggap kemenangan menerusi sepakan penalti tidak memberi kepuasan yang maksimum kepada beliau.

Tangan emas yang dimiliki oleh Khairul Fahmi berjaya menepis sepakan Ferdinand Sinaga dan mencerahkan kembali kilauan emas untuk Malaysia. Ketenangan Fadhli Sas bersama Muslim mengawal benteng terakhir adalah kunci ketenangan beliau menyempurnakan sepakan penalti. Detik mendebarkan dimana sepakan kemenangan akan diambil oleh "General" Harimau Muda, Kapten Baddrol Bakhtiar. Usaha, semangat dan harapan diletakkan di bahu Baddrol. Sepakan kencang Baddrol gagal di tepis sempurna oleh Meiga seterusnya meranapkan impian Sang Garuda untuk memenangi ibu segala emas ini.

Harimau Muda berjaya mengekalkan pingat emas bola sepak seperti yang dilakukan dua tahun lepas. Kejayaan ini adalah hadiah untuk peminat bola sepak tanah air. Ciuman Menteri Belia dan Sukan, YB Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek di dahi Ong Kim Swee adalah hadiah terbaik dari beliau untuk skuad Harimau Muda. Akhir kata selamat berjuang kepada Skuad Harimau Muda yang akan menentang Syria pada 23 November ini di Bukit Jalil. 

*HARIMAU MUDA SELAMAYA*

20111116

#TB3




tb3 akan menyiarkan siaran lansung bola sepak sukan sea antara Harimau Muda vs Garuda.
tentang dhia diawalkan jam 6.30 petang.
buletin utama jam 7.30 malam.
game jam 8.00 malam.

p/s : terima kasih diatas anjakan paradigma yg telah tb3 lakukan.

20111115

#hilang punca



seminggu tak masuk ofis kursus dan cuti rehat.

arini baru masuk blur tak tau nak buat apa.

20110908

#Malaysia ku Merdeka !!!


Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia.  Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

#Merdeka Raya



Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan Ke-54

20110906

#layari laman web yang disekat



Entri ini di kongsi dari My Hackers Are Here..


Salam..setelah beberapa (banyak) artikel/entry Hac sebelum ini yang mengajar anda semua cara melepasi sekatan websense (biasanya digunakan oleh kerajaan), hari ini Hac ingin memberi satu lagi tutorial untuk anda semua melayari/melepasi laman web yang disekat dengan kaedah SSH Tunneling..

Apa Itu SSH Tunneling?

Secure Shell (SSH) Tunnel ialah 'terowong' yang diekripsi melalui sambungan protokol SSH..sambungan SSH Tunnel biasanya digunakan untuk melindungi (encrypt) trafik yang terdedah (unencrypted) melalui rangkaian kepada saluran yang dienkripsi (encrypted)..dengan kata mudahnya, anda boleh melayari laman web secara anonymous (tanpa dapat dipantau atau dikesan) dan secara tidak langsung dapat melayari laman web yang disekat..

Ingin Mr.Hac tegaskan di sini, kaedah ini agak advance, dan memerlukan lebih pemahaman..jadi diharap anda menumpukan sepenuh perhatian (macam dalam kelas pulak) terhadap tutorial ini kerana kalau boleh Hac nak semua orang berjaya melakukannya..

Apa Yang Diperlukan Untuk Membuat SSH Tunneling?

1. Akaun Shell (Shell Account). anda boleh mendapatkannya di sini : Shellmix

2. PuTTy - Digunakan untuk menyambung (connect) ke akaun Shell..

Cara Melakukannya:

1. Pertama sekali sila daftarkan akaun Shell anda terlebih dahulu..sekiranya ia juga disekat oleh Websense, sila cuba daftarkannya di tempat lain seperti Cyber Cafe, rumah kawan, mahupun rumah jiran yang ada internet..haha..terpulang la!
cara mendaftar? lihat sini ---> Cara Mendaftarkan Akaun Di Shellmix.com..
cara mendaftarkan akaun Shell di Shellmix agak sedikit rumit..kerana itu Hac katakan dari awal cara ini agak advance berbanding menggunakan perisian percuma seperti Ultrasurf ataupun TOR..cuma kaedah ini lebih SELAMAT berbanding menggunakan pelayan proksi (proxy server) atau kaedah-kaedah yang lain..jadi anda mahu selamat? USAHAKAN IA!

2. Setelah BERJAYA membuat satu akaun, sila buka PuTTy yang telah dimuat turun tadi..IKUT tetapan yang ditunjukkan oleh Mr.Hac dalam gambar dibawah..pada Host Name (or IP address), sila masukkanshellmix.com dan pada Port masukkan nombor 22 (sekiranya tiada nombor)..




3. Kemudian, klik pada SSH ---> Tunnels ---> pada Source port, masukkan nombor 8888, tandakan pada 'Dynamic', dan kemudian klik Add..setelah itu, klik Open..




4. Tetingkap seperti di bawah akan muncul..sila masukkan username dan password yang telah anda pilih semasa mendaftar di Shellmix.com..




Sebelum tetingkap di atas muncul, sekiranya keluar tetingkap seperti di bawah ini, anda hanya perlu klik 'Yes'..




5. Ok..selesai bahagian pertama, iaitu bahagian TETAPAN PuTTy..sekarang kita perlu membuat tetapan kepada pelayar web yang kita gunakan..dalam tutorial ini, Hac akan menunjukkan tetapan untuk pelayar web Mozilla Firefox..


6. Pada pelayar Firefox, klik Tools ---> Options




atau boleh juga merujuk kepada gambar di bawah:




7.  Klik pada Advance ---> Network ---> Settings...




8. Klik pada Manual proxy configuration ---> pada SOCKS Host masukkan 'localhost' (tanpa pembuka dan penutup kata) dan pada ruangan Port isikan dengan nombor 8888..




9. Selesai!! sekarang anda sudah mampu melayari laman web yang telah disekat dan untuk mengetahui sama ada anda telah berjaya atau tidak,


sila pergi ke ---> What Is My IP Address


di bawah ini ialah contoh dari Mr.Hac:




Selamat mencuba dan selamat berjaya!


Untuk tutorial yang lebih lengkap,
sila lihat entry Mr.Hac di sini ---> Tutorial SSH Tunneling


Sumber - My Hackers Are Here

#Install windows 7 pada Pendrive







Berikut adalah cara pemasangan (Installation) Windows 7 ke dalam peranti USB dengan cara manual. Kebiasaannya fail berformat ISO akan dipasang pada CD/DVD untuk dipasangkan pula pada komputer atau laptop yang digunakan. Tetapi bagi pengguna netbook yang tidak mempunyai ruang untuk cakera CD/DVD, maka kaedah ini boleh digunakan oleh anda.


Benda/bahan yang diperlukan untuk kaedah pemasangan ini ialah:


1. USB Pendrive dengan kapasiti storan 4GB (minimum)
2. DVD Windows 7
3. Komputer yang mempunyai perakam DVD (DVD Burner)


Langkah-langkah pemasangan:


1. Masukkan pendrive anda kepada port USB di komputer (sebelum itu, backup data terlebih dahulu)


2. Buka Command Prompt. Jika anda menggunakan Windows Vista, sila buka/jalankan sebagai 'Administrator':


Start -> All Programs -> Accessories -> Klik kanan pada 'Command Prompt' dan pilih 'Run as Administrator'


Atau boleh juga klik pada Start -> Run... -> taipkan cmd


Atau klik pada kekunci keyboard yang berlambang 'Windows' dan tekan huruf 'R' lalu taipkan cmd


3. Taipkan baris perintah berikut satu demi satu:


DISKPART


LIST DISK


SELECT DISK #


P/S: # Adalah nombor peranti USB anda. Kebiasaannya 0 adalah nombor cakera keras (hard disk) anda. Sila pilih nombor yang mewakili peranti USB anda setelah senarai disk dikeluarkan melalui baris perintah 'LIST DISK'


4. Kemudian, taipkan pula baris perintah berikut satu demi satu:


CLEAN


CREATE PARTITION PRIMARY


SELECT PARTITION 1


ACTIVE


FORMAT FS=NTFS QUICK


ASSIGN


EXIT


5. Masukkan DVD pemasangan Windows 7 dan lihat pada huruf pemacu/perakam DVD anda, sebagai contoh dalam tutorial ini ialah 'H'. Setelah itu, taipkan baris perintah berikut:


H: CD BOOT


CD BOOT


BOOTSECT.EXE /NT60 E:


EXIT


P/S: 'E' Ialah huruf peranti USB anda. Gantikannya sekiranya ia berbeza.


6. Salin kandungan dalam DVD pemasangan Windows 7 anda ke dalam peranti USB.


7. Selesai.


Apa? Mahu cara yang lebih senang? Jika anda sudah mempunyai fail ISO Windows 7 dan ingin memasangnya ke dalam peranti USB dengan cara yang lebih mudah, anda boleh gunakan
Windows 7 USB/DVD Download Tool, iaitu tool rasmi untuk memasang Windows 7 ke dalam peranti USB dari Microsoft.


Anda boleh dapatkannya pada pautan ini -> Windows 7 USB/DVD Download Tool


Cara menggunakannya adalah amat mudah. Anda hanya perlu klik pada tool tersebut dan ikut arahan pada GUI yang terpapar. Selamat mencuba!


Kredit pada artikel asalmyhackersarehere

20110823

#26 tahun suda - 22.08.2011



# entri malas
# selebret pakej dengan buka puasa
# menu tomyam campur, siakap tiga rasa, kerabu ayam, telur dadar untuk 6 orang
# air tembikai, air epal
# sedap, kenyang, puas hati, Alhamdulillah
# pn Suriaty support Rm100
# kene bayar Rm122.80
# aku tambah Rm22.80
# kebetulan tarikh lahir aku sama dengan jumlah yang aku kene topup
# nice
# hehe
# thanks my sweety


20110815

#kezutan

Jumaat malam sabtu seperti yg dijanjikan aku pada malam ahad minggu lepas nak g shoping kat taman chempaka lepas tu terus balik merlimau. Disebabkan perjalanan dari jelebu ke rembau hujan amatlah lebat membuatkan manusia biasa ni terasa sedikit letih.
Alor gajah tak hujan tetapi angin diselangi guruh dan kilat yang memancar menguatkan lagi diri aku untuk memungkiri janji yang telah ditabur pada minggu lepas. Sori sayang. :) . Sedikit perselisihan faham terjadi. Akibat nya kami tido awal seawal jam 8 lebih.
Bangun sahur muka masih ketat. Its ok. Makan jugak. :) . Lepas sahur sambung tido. Merajuk tak hilang lagi. Tak pe aku buang ego aku, peluk jugak sayang aku ni. No response. Its ok. Peluk jugak. :) . agak setengah jam tak de response. Its ok. Aku pusing badan tak peluk dah.
Disebabkan hari itu hari sabtu, tak sengaja bangun lewat. Celik mata sayang aku berdiri kat almari. Tetiba senyum kat aku. Dalam hati apa pasal budak nih. Semalam bukan main merajuk. Tetiba plak senyum kat aku. Aku lelapkan mata balik. Tetiba sayang aku ni dengan kepantasan maksima letak satu objek putih, empat segi tepat kaler putih depan mata aku. Agak terkezut juga dengan aura kepantasan dia tu.
Tiada jangkaan dan sangkaan dalam akal fikiran yang baru nak warm up ni. dua line kaler merah kat objek tu. Rupanya objek itu adalah pregnancy test yang aku beli bulan lepas kat farmasi alor gajah. Double line beb. Aku ulang. Double line. Ini bukan mimpi. Alhamdulillah Allah s.w.t telah memberi peluang kedua kepada kami untuk merasai nikmat mempunyai zuriat.
Tanpa membuang banyak masa dan bahan kumuhan, kami kemas barang dan terus ke Tey Maternity Muar untuk buat comfirmation. Alhamdulillah comfirm sayang aku pregnant lagi. InsyaAllah kami akan belajar dari pengalaman yang lepas. Tidak akan ‘bersama’ dalam masa tempoh 4 ke 5 bulan akan datang. Thank you Allah s.w.t.
Ps : kata-kata hikmah yang kami belajar di Tey Maternity adalah, “Jangan Bersama Dulu”. Pesanan dari seorang Doktor, Nurse dan Nurse bagi Ubat. :). Hasil scan seperti post sebelum ini.

#2nd chance




13 Ogo

20110811

#lanyard baru aku


lanyard ni tali yang gantung kat leher untuk tag nama. nak lagi pasti gogel sendiri. heheh. 
sangat nice lanyard wise community itu. harharhar.

20110718

#kerana gaya, kau merana



Assalamualaikum.

kepala besar kalau dipakaikan dengan helmet kecik boleh masuk tak? mana mau nyeerrr..
dapat sakit adalah. tp aku bukan nak cerita pasal helmet dengan kepala.

2 bulan lalu ada game futsal. ofis aku ada hantar team. ada duit lebih kira nak bergaya la dengan kasut baru. game tak penting gaya seorang footballer tu mesti ada.

malam tu beriyer -iyer ajak bini aku gi al-ikhsan. tak usah bagitahu la nak buat apa kan. belek nyer belek kenan pulak dengan adidas adi nova. setelah puas belek, aku bersetuju mengikut kata hati ku sambar kasut tu. saiz 9 tak de. tak sabar nyer pasal amik saiz 8. ngam-ngam. malam tu sebelum tido dah pasang angan-angan nak score banyak dengan kasut baru nih.



esoknya awal-awal pagi ke senawang sport arena dengan semangat yang kental. tak sabar nak berfutsal dengan kasut baru. streching suda tinggal nak main jer.

1st game fight dengan pdt k.pilah, adalah 10 minit main boleh terseliuh plak kaki. true gila sakit die. hilang gaya beb. datang jauh-jauh pakai kasut baru, 1 game jer main. tak berbaloi lansung. ni dah masuk 2 bulan kaki tak baik baik lagi. adakah karier sebagai footballer akan berkubur. dengan penuh harapan kaki ini akan pulih sepenuhnya. 

20110712

#Wan Husna Tomyam


Assalamualaikum

malam ahad sebelum balik lendu, singgah makan kat Wan Husna Tomyam. Ramai gak yang makan kat situ. mungkin kedudukan kedai strategik. tepi jalan parking pon senang. malam minggu memang ramai tak masak kat rumah. tu yang penuh je kedai makan ni. jimat bawang minyak beras bagai. hahaha. boleh tahan kedai ni. tap tak boleh lawan  Berkat Salam Bukit Katil lagi. tiap tiap malam penuh. dapat keberkatan kot kalau makan kat situ.

port kat meja belakang sudut tepi. meja penuh air. tak nampak pon makanan lain. 1st impression maybe baru sampai. Mek yang amek order ni dah sound awal awal makan lambat sket sebab terlalu ramai. ada satu bas dari UMK (universiti malaysia kelantan). patutlah ramai.

Disebabkan nawaitu dari rumah nak makan satay, takder lah order makanan lain. kalau order mau 2 jam tunggu baru dapat makan. time tu bukan keroncong, mau dable padle lam perot nih. nasib baik air sampai awal. lepak borak borak sambil memerhati gelagat orang lapar. order tak sampai sampai. kesian plak tengok. Satay pon lambat jugak. dekat sejam baru dapat. kira bersyukur la dah dapat dari meja lain yang tak dapat dapat lagi. pakcik meja sebelah muka dah kelat. lapar agaknya.

dak dak UMK muka tak keruan. mengumpat mencarut rasanya dah berbakul bakul. apa boleh buat. datang jauh jauh nak makan kene tunggu sejam lebih. gerak balik kol 10.15 malam. banyak meja tak dapat makanan lagi. kesian. len kali jangan g situ lagi. g tempat lain. Wan husna klau dah tau pelanggan ramai, amik tukang masak ramai sket. jangan biar pelanggan menunggu. tak berkat keuntungan tu. 

Selamat...

20110701

#Salih Yaacob bengang



Isu poligami dijadikan bahan untuk melawak oleh sesetengah pihak menyebabkan Salih Yaacob (SY) sentap dan bengang. Mana taknya bukan sekali dua kene bahan. Dalam maharaja lawak, final maharaja lawak pon kene.

Dah memang rezki die nak kawen empat. apa nak kecoh. bini-bini die yang lain pon tak kecoh sangat. ni semua gara-gara Mek kelate masa selingan final maharaja lawak hari tu dimana selingan itu untuk SY promote program tv die SY i follow. Lawak Mek amatlah annoying sangat. Sakit gegendang telinga dengar die tu bercakap. Amatlah menjengkelkan.

Selingan 5 minit. 4 minit setengah sesi membahan SY. Mana die tak bengang. AC plak datang kasi hangat lagi. Agak agak la sket kawan. Hormat sket SY tu. orang lama tu. amik yang positif sudah. peribadi orang tolak tepi.

Buat Mek, suara anda memekakkan telinga. tak yah nak jerit jerit. lawak anda hanya sesuai kat selatan thailand saja. Buat SY teruskan program anda dengan jayanya. Jangan sentap sentap. tak macho..selamat......

20110629

#Harimau Malaya vs Taiwan



Tahniah kepada skuad Dato' K kerana berjaya menewaskan skuad Taiwan. Even kelalaian benteng pertahanan pada minit ke-77 mengundang padah apabila Taiwan berjaya memperolehi gol.

Pertahanan perlu mengambil ikhtibar atas perlawanan ini agar tidak mengulangi kesilapan yang sama semasa bertandang ke Taiwan ahad ini. Game overall puas ati dengan peningkatan permainan yang ditunjukan. Baru lah nmpk game berbanding 2, 3 tahun lepas. Agak bosan.

Hantaran pendek dan through pass makin cantik. Game ala ala barca even masih jauh klau nak dibandingkan dengan dream team tu. Tp masih boleh develop. Tak mustahil. Jaringan shafiq rahim mmg cantik walaupun agak anoying komen yg diberi pengulas. Tah apa apa. Memang tak berkenan dgn shauqi kahar ni. Anti climax di buat nyer.

Safee sali boleh cuba lagi next game. Aku paham game kat indon lagi 'mencabar'. Ye la internationale la katakan. Tu yang secondhalf pon x sempat nak main. Da kene kluar. X pe next game pastikan buat yg terbaik untuk Malaysia ok. Tahniah skuad Harimau Malaya !!!!!

20110627

#isnin yang hangat

Ahad malam dapat call dr en azlan kene g pdt kuala pilah ada lawat site tok pemasangan networking baru kat pdt jelebu. Acceli pdt kuala pilah dh buat networking baru tahun lps. Just nak tgk camner situasi nye je.

Gerak kol 8 dr alor gajah ke pilah. Tak tau jln mana nak ikut. Pdt pilah pon x pasti kat mana. Tak penah sampai. Redah je ikut jalan ke rembau ikut arah ke inas. Dlm sejam sampai pilah. Rasa cam jauh sbb ikut jln kampung.

Sampai je terus lawat site. Ingt kan lama. Kejap je pon. 11.30 setel. Nak masuk opis mls. Pe lagi amik kesempatan lah balik awal. Tak de la masuk opis. Sampai rumah kol 1. Pas mkn tido sampai petang. Heaven dowh. Haha. Bini lak tak kacau sebab die tgh di urut. Syok tu kene urut 2 jam. Heaven gak rasanya tu. Best dowh kalau ari2 macam nih. Hahaha.

20110624

#iphone 3gs



finally dpt juga merasa nak guna iphone even iphone 3gs saja. nak beli iphone 4 tak mampu..hekhek.
mula-mula ingat nak sambar ipod touch 4g jer sbb dah ada experia x10. kene racun lak dengan bini aku iphone 3gs. apa lagi da dpt lesen besaukan. tak tunggu lagik..beli jangan tak beli. harharhar..

20110504

#black list



OPIS

aku :  Assalamualaikum bos mintak sain

bos : nak buat apa ni
  
aku : nak setel kan pinjaman mara. die dah start anta notis black list
(alasan belas kasihan supaya tak banyak soal)

bos : tu lah nak g obersea pon tak boleh. pegawai belia dah kene

aku : ooh ye ker. bukan ptptn je ke yg blacklist ke obersea (buat-buat tak tahu)

bos dengan ikhlas nya sain pengesahan slip gaji aku..tq bos..

RUMAH

mak : nah surat mara. die anta penyata bayaran balik pinjaman.

aku : ooo ni sampai bulan 11. baki tinggal 47**.** jer.

mak : yang lagi satu tu surat apa?

aku : mara jugak kot (sambil mengoyakkan kan sampul surat)

aku : demm surat black list klau tak bayar. (dalam hati pada muka ko tipu bos ko sapa suruh)

dengan pantas angkat bontot masuk bilik sebelum mak aku tanya itu surat apa.
chicken punya mara aku bayar potong gaji tiap2 bulan pon ko anta jugak surat blacklist ni.
be considered sket la oii..

20110427

#aku



aku..
di asingkan di suatu tempat di sebuah pentadbiran
tiada ruang yang besar
yang ada hanya sebuah partition
di temani komputer dell optiplex
sebuah pencetak HP laserjet P2055d
sebuah komputer riba peribadi compaq
di hiasi artline stamp pad
di tambah rak in out kiv
di sajikan detak detik halwa telinga peti incoming supply 
di basahi titisan lelehan air penghawa dingin yang terletak diatas kepala 
di sediakan khas sebuah telefon untuk aku
kadang kala di kejutkan deringan telefon yang pastinya bukan untuk aku
aku terima aku bersyukur 
semua ini hanya untuk
aku..

:: Double Line ::

Assalamualaikum. terasa nak menulis hari ni. "Double line" ni bukan nye garisan kat atas jalan. kalau atas jalan double line ni tak boleh nak memotong. Double line ini memang ditunggu-tunggu oleh pasangan yang telah berumah tangga. sesiapa yg dah berumahtangga tu pasti tahu apa maksudnya kan. 

1 tahun 8 bulan menunggu akhirnya rezki itu berpihak kepada kami. Alhamdulillah.. takde apa lagi yang boleh diucapkan apabila mengetahui isteri ku hamil. tak tergambar perasaan gembira tu. Dua kali test UPT tapi satu line samar samar. harapan masih ada tapi hati tidak puas selagi tak mendapat pengesahan doktor. Akhir nya keesokan hari nya aku mendapat pengkhabaran gembira dari isteri ku setelah die mendapatkan pengesahan dari doktor.

Bersyukur kehadrat tuhan kerana memberi peluang kepada kami untuk merasai menjadi ibu dan bapa. Alhamdulillah. Sebelum ini hanya melihat, membaca saja update dari ibu ibu mengandung di facebook. selepas ini kami akan merasai pengalaman yg menguja kan itu. menghitung hari demi hari hingga lahir nya seorang insan ke dunia ini. tidak sabar menanti saat tersebut. Ya Allah beri kan lah kekuatan, kesihatan tubuh badan, kesempurnaan terhadap rezki yang kau kurnia kan kepada kami. Amin Amin Ya Allah..

Anda juga mungkin meminati :

Related Posts with Thumbnails

follow me