20130131

Mempermainkan perasaan Liverpool

Pagi ini ada game Arsenal vs Liverpool untuk BPL. Seperti biasa Arsenal dengan gaya flip flop nya turun beraksi tanpa Arteta yang masih cedera. Posisi nya diambil alih oleh Ramsey. Yang lain tiada beza. Liverpool turun dengan hajat yang besar untuk menewaskan Arsenal selepas dimalukan oleh Oldham semasa pusingan ke-4 Piala FA tempoh hari. Jika Arsenal tewas, bererti Oldham lebih bagus dari Arsenal. Diatas kertas lah. Secara logik hanya pasukan seperti Liverpool sahaja yang akan tewas dengan pasukan seperti Oldham. Even Chealsea pon hampir dimalukan oleh Brentford dan terbaru adalah Reading. Maka Rafa dah sudah boleh berkira-kira untuk mencari kelab lain.

Liverpool adalah pasukan yang angkuh apabila mendahului Arsenal seawal minit ke-5 disebabkan ketidak seimbangan tubuh Sagna yang membolehkan si gigi tupai Suarez menjaringkan gol. Memang telah diakui pertahanan Arsenal adalah pertahanan yang sangat pemurah. Gol kedua juga disebabkan kelemahan pertahanan Arsenal. Liverpool mendahului 2-0. Tetapi kegembiraan fans Liverpool tak kekal lama. Arsenal hanya memerlukan 2 minit untuk menyamakan kedudukan. Nampak tak nampak tak hebatnya Arsenal. COYG !!

Pemain yang diragui keupayaan nya Olivier Giroud, telah membuktikan die layak untuk kesebelasan utama apabila menjaringkan gol dan membantu Walcott untuk menjaringkan gol ke-2. Gol Walcott memang padu hingga Pepe Reina tak sempat untuk buat apa-apa. Setakat ni Giroud telah menjaringkan 14 gol. Dan top scorer untuk Arsenal adalah Walcott dengan 18 gol.
Scorer Arsenal setakat ni (31/01/2013):
1. Theo Walcott 18
2. Olivier Giroud 14
3. Lukas Podolski 11
4. Santi Cazorla 8
5. Gervinho 5
6. Mikel Arteta 4
7. Laurent Koscielny 2
7. Jack Wilshere 2
7. Oxlade Chamberlain 2
7. Marouane Chamakh 2
11. Per Martesacker 1
11. Thomas Vermaelen 1
11. Tomas Rosicky 1
11. Aaron Ramsey 1
11. Andrey Arshavin 1
11. Kieran Gibbs 1
11. Ignasi Miquel 1
Arsenal mendominasi perlawanan dan boleh menang besar dengan Liverpool. Mungkin tidak mahu terlalu mengecewakan fans-fans Liverpool yang terlalu bergembira diawal permainan. Dan akhirnya tidak mampu untuk menewaskan Arsenal di Emirates. Anti-klimaks baq ang. Kasihan. 
 

Revolusi smartphone aku

Boleh dikatakan aku memang gila gajet. Lebih-lebih lagi phone. Sejak berusia 18 tahun hingga sekarang sudah lebih 10 phone yang aku dah guna. Dari zaman hitam putih hingga berwarna. Macam-macam model yang aku dah guna. Teknologi diakui bergerak terlalu pantas. Ini adalah revolusi smartphone yang aku guna sehingga sekarang.

1. Sony Xperia X10

Aku guna pada 2011 dimana pertama kali menggunakan android. Teruja untuk pertama kalinya. Mungkin kerana pertama kali menggunakan teknologi baru. Sebelum ini hanya tahu symbian. Terdapat kelemahan yang amat ketara dari segi penggunaan bateri. Bateri cepat habis. 


  

2. Iphone 3gs

Selepas Xperia X10, aku guna iphone 3gs. Berbeza dengan Xperia X10 kerana iphone menggunakan ios bukan android. Masih mempunyai masalah penggunaan bateri tapi tak seteruk X10. Mungkin belum ada software update untuk android pada masa itu. Masalah bateri pada iphone 3gs dapat diatasi dengan mengupgrade ios 5 ke ios 6. Ada beza tapi tidak ketara. 


3. Blackberry Bold 2

Aku memang minat blackberry ni dari dulu lagi. Tertarik dengan keypad QWERTY pada blackberry. Style giler. Ramai orang kata blackberry hanya untuk BBM dan email sahaja. Sebab tu aku tak guna sampai ke sudah. 2012 pertama kali guna blackberry bold 2. Memang puas hati sebab boleh online social network 24 jam. 24 jam baq ang. BBM, email, FB, twitter dan sebagainya. Hanya perlu aktif kan Blackberry internet service (BIS) untuk semua servis tu. Tapi blackberry ni pon tak lama aku guna disebabkan blackberry keluar Blackberry Bold 4. Menggiurkan.

 4. Blackberry 9900 (Bold 4)

Terbaik. Design smart giler. Skrin sentuh + QWERTY. Skrin lebar. Nipis. Antara smartphone paling aku sayang. Fungsi sama seperti blackberry yang lain. Sayang nya hati ni terpaut pula pada HTC. Seriously HTC memang idaman dari dulu. Btw, blackberry 10 dan Z10 akan keluar tak lama lagi. Design kedua-dua smartphone ni memang smart. Berkemungkinan harga Bold 4 akan jatuh. Dan aku harap dapat memiliki semula Bold 4 untuk 2nd phone. Hmmmnn.



5. HTC One X

Ni lah HTC yang membuatkan aku melepaskan blackberry bold 4 aku. Hingga sekarang masih teringatkan lagi bb 4 itu. Hhhhmmm. HTC one x menggunakan proc quadcore 1.5ghz. RAM 1gb. Android 4.1 JellyBean. Laju. Smart. Even One X+ dengan butterfly dah release dengan spec yang amat menggiurkan.Meminati warna putih tapi disebabkan mudah kotor, aku amik keputusan untuk ambil warna hitam.


Selepas ini tak tau lah apa jenis smartphone yang akan keluar memandangkan persaingan terlalu sengit dan teknologi terlalu pantas. Sony, Samsung, HTC, Apple, Blackberry masing-masing berlumba-lumba mengeluarkan smartphone mereka. Btw, pilihan ditangan anda.



20130125

Tewas tidak bererti tewas selamanya


Puas. Tak sia-sia bangun tengok game ni. Tempo game laju. Taktikal kemas. Peluang banyak. Harap dapat kekalkan masa bertemu Liverpool yang semakin kemas permainan nya. COYG!!

20130121

Arsenal kecundang lagi


Kalah kedua-dua game dengan Chealsea. Nais. Flop pada separuh masa pertama dan cuba bangkit pada separuh masa kedua. Hasilnya kalah juga 2-1. Moga Wenger dapat sign beberapa player lagi sebelum jendela perpindahan berakhir.

Keletah Asyraaf

Haish tengah buat kerja teringat pulak si comel Asyraaf ni nangis sedih semalam. Nampak merajuk pon ada. Kesian tapi geli hati pun ada. Makin lasak sekarang. Tak reti duduk diam. Tp belum duduk-duduk lagi. Merangkak pon belum. Tak per normal lah tu memandangkan gigi die pon dah berlumba-lumba nak tumbuh.

Balik dari Lendu semalam lapar agaknya. Kejap ok kejap nangis. Ibu die suapkan bubur. Tak nak bagi banyak sbb dah malam. Bila ibu die berhenti bagi die nangis sbb die tgk dalam mangkuk bubur tu ada lagi. Selagi tak habis, selagi tu lah die nangis bila tgk dalam mangkuk bubur die ada bubur lagi. Alhamdulillah Asyraaf ni suka makan.

Sebelum tidur ibu die nak tukar kan baju. Buka baju sekarang ni pun dah susah. Pusing sini pusing sana. Pampers pon susah nak pakai kan sekarang. Kena lah beli dry pants. Kalau tidak bercinta nak pakai kan. Lepas buka baju dengan seluar die tinggallah pampers jer. Ibu dengan nenek die boleh sakat si Asyraaf ni. Tetiba die diam kejap. Mulut die tiba-tiba cemek. Selang dua saat die nangis kuat-kuat. Kesian tp kelakar pulak bila tengok. Dah berhenti nangis pon mulut masih cemek lagi. Hai teringat ayah kat awak pagi-pagi ni Asyraaf. Sayang ibu, sayang Asyraaf. Mmmmmuuuuuaaahhh.

20130107

[FA] Swansea vs Arsenal

Masih meneruskan aksi Flip Flop. Persoalannya sampai bila?

Aduh sakit !!

Otot terkejut. Sakitt baq ang. Aku memang dah jangka bende gini akan jadi. Dua bende. Kalau otot tak terkejut, kepala sakit teramat sangat. Tapi ini biasa terjadi untuk kali pertama setelah sekian lama tidak bersukan. Tak kira apa jenis sukan.

Segenap sendi akan sakit. Urat-urat akan sakit. Otot-otot akan sakit. Biasanya hilang selepas seminggu. Lepas tu main la apa jenis sukan pon tak de masalah. Dalam tempoh seminggu tu lah badan akan merana. Tiap-tiap kali bangun pagi untuk langkahan yang pertama. Urrgghh memang sakit gila. Belum cerita nak melepaskan hajat. Kalau tandas duduk syukur Alhamdulillah. Tapi kalau cangkung, amik obat. Tahan dinding baq ang. Nak putus urat peha. Dah la gemok. Peha besar. Paham-paham je lah.

So lepas ni kene sentiasa bersenam untuk mengelakkan kejadian diatas berulang dan terus berulang. Disamping badan sihat, otak cerdas, jantung sihat dan dihindari dari segala penyakit. Chaiyok chaiyok!!

20130104

Futsal bersama Melaka Gooners

Putus nafas. Lama tak berfutsal sejak peristiwa hitam di Sport Planet Senawang. Semalam titik permulaan kembali aktif berfutsal bersama Melaka Gooners. Melaka Gooners adalah penyokong tegar Arsenal Melaka. Futsal dan match gathering antara aktiviti mereka.

Game malam tadi agak lambat kerana komitmen gooners yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar-pelajar kolej di Melaka. Walau bagaimana pun masih dapat diteruskan. Terima kasih kepada Melaka Gooners Wen jie, Farhan Ismail, Aduka Ezat, Shakir Mohamad, Jafni Zainuddin dan Mohamad Tuffli serta beberapa pemain import untuk mencukupkan ahli. Harhar. Kalau boleh lepas ni dapat sharp on time lah. Awal main, awal pulang. Btw, harap game lepas ni ramai dapat hadir sama. COYG!!!!

20130102

Kembali ke sekolah

Hari pertama persekolahan. 
Anak-anak ke sekolah. 
Ibu bapa ramai yang cuti. 
Ofis kosong.
Mengapa?

Ya. Menguruskan alam persekolahan anak mereka.
Tidak perlu dengki. 
Tidak perlu iri hati.
Suatu hari kita pasti akan lalui.
Bersenorok lah untuk mereka.

Ramai anak rakan dan sahabat seusia telah bersekolah.
Tak sangka masa berlalu begitu cepat.
Tahniah kepada rakan dan sahabat.
Waktu itu pasti akan tiba. 

Asyraaf, ayah dan ibu tak sabar nak hantar awak ke sekolah.
Semoga ayah ibu dapat merasai waktu itu.
Ya Allah. Berikan lah kesihatan tubuh badan kepada kami Ya Allah.
|| AMIN ||

01 Januari 13

Selamat Tahun Baru 2013. Hari ni rakyat Melaka bercuti. Selamat bekerja rakyat Johor dan negeri-negeri yang tidak bercuti. 27 tahun hidup tolak dengan 4 tahun sebelum ke alam persekolahan, aku tak tau yang cuti tahun baru ni cuti pilihan. Bukan cuti umum seluruh negara. Damn betapa naif nya diriku.


Cuti tahun baru ni ikut wifey ke Program Hari Keluarga Pejabat Daerah Tanah Jasin. Diorang buat di Ismah Resort Pengkalan Balak. Pergi sekadar memenuhi jemputan dan hadiah cabutan bertuahnya agak menarik. Seketul Ipad dan tv 30". Kitorang gerak lambat sebab hujan pagi tu dan nak siap-siapkan si kecik Asyraaf ni. Boleh pulak pagi ni hingus die baru nak meleleh. Kesian pulak tengoknya.


Sampai Ismah Resort lebih kurang 11 pagi. Sejam jugak lah dari Merlimau. Game apa bagai sume dah mula. Sempat lah join satu game. Lepas tu dah malas sbb cuaca semakin panas. Paham-paham lah kalau dah tepi pantai. Mana-mana event gini mesti ada karaoke ek. Sungguh tak paham. Layan jer lah. Selesai semua game baru mula cabutan bertuah. Harapan tinggi nak dapat Ipad tu. Tp itu semua rezki. Dua-dua hadiah tersebut telah dicabut orang. Tiada lagi harapan. Hari pun nak hujan. Kitorang gerak balik awal sebab tak nak Asyraaf kene hujan. Harap-harap hadiah tahun depan lagi banyak dan menarik. Suka-suka hati nak demand.

Anda juga mungkin meminati :

Related Posts with Thumbnails

follow me