20091228

melayu mudah lupa

tepat, sendat dan mantap. ungkapan yg ringkas tetapi mengandungi maksud tersirat yg amat dalam. entri ini bukan la bermaksud aku nak elobrate(betul ke ejaan ni??) ungkapan diatas. tetapi sekadar berkongsi kisah yg telah terjadi kepada aku dan ma wife diatas kerakusan melayu pada masa ini yg semakin lupa.

kisah die macam ni, last week aku hantar kete kelisa wife aku kat satu bengkel ni. dan aku rasa owner bengkel ni melayu dan staf nye juga melayu. aku g kat bengkel tu pon atas rekemen seorang officemate wife aku. kete ni mmg dah lama demam. lepas owner die ni testdrive kete aku nih die kate bearing tayar depan problem. sbb ade bunyik yg tak menyenangkan. then lepas borak2 aku soh die tukar la bearing tu dengan grindvalve(grenbal kot) serta piston ring sbb kete dah mula telan minyak hitam. total die agak mahal la jgk.

atas kepercayaan kat bro ni,aku tinggalkan la 2,3 hari sbb makan masa nak repair. then smalam aku ngan wife aku g la nak amik kete. disebabkan semalam ari ahad aku terpaksa la tunggu bro ni sampai sbb kedai die tak bukak. sampai je aku g la belek2 kete aku ni. agak smart jugak sbb dowang anta carwash skali..ahaks. tp wife aku terperasan panel dashboard kereta tu tak de. kami think +ve je la mana tau tak sempat pasang. then aku terperasan plak yg cd player aku takde. lain macam jer ni sbb turun enjin tak kan bukak cd player kot. kami masih berfikiran +ve.

sampai la bro tu sampai then die terus bg aku kunci kereta. aku dah pelik,aku tny la yg panel dashboard ngan cd player tak pasang ker? die plak terkejut die igt kan panel dashboard tu mmg takde. pulak dah. leh caya tak korang perempuan punyer kereta klau panel dashbord dengan tempat cd player yg berlobang tu, agak2 die nak biarkan tak?? mustahil sbb pompuan ni klau bab kereta memang cerewet.

bro ni dah blur call la die nye staf yg anta kete ni kat carwash. boleh plak die kata tak perasan..damn.besar sial ni. pas citer2 bro ni stuju nak cover balik bende yg kene rembat ni. dah la cd playe tu br 2 bulan pakai. rm350 tu. paling tak leh blah, cermin pandang belakang pon kene cabot. spec mata murah pon kene rembat. haram tol. sure brader ni tgh panas ati kene ganti balik. brader tu janji ari ni br amik. so tengok la petang ni nnt.

Persoalan nye kat sini ::
  • tak kan brader owner ni yg rembat?? (nak tutup periuk nasik sendiri ker)
  • staf carwash?? (sempat ke di bukak masa tgh basuh kereta..masih think +ve)
  • kereta kene pecah?? (takde kesan umpil. kete ada alarm. bengkel depan 7E)
  • staf bengkel?? (errmmm)
Kesimpulan nye klau staff bengkel ni punye keje ::
  • disarankan bawak mamat ni kemuka pengadilan
  • buang keje
  • tak guna simpan staf melayu yg boleh buat bengkel ko tutup
aku tak salah kan owner die sbb takkan die nak tutup pintu rezki die sendiri. buat ape die nak amik kalau die kene bayar ganti rugi balik. so suspect utama kes ni one daripada staff die. ape yg boleh aku kaitkan dengan tajuk diatas adalah, staf die yakni melayu tak mampu nak berfikir kesan dari apa yg dilakukan nya. kesan keatas dirinya, owner bengkel serta masa depan die. die lupa yg die mempunyai masa depan utk terus hidup. die lupa bahawa orang melayu yg nak bantu die. macam mana melayu nak maju kalau melayu sendiri tak boleh nak bantu melayu. renung-renungkan ayat berbelit kat atas tu..

4 comments:

Aidi-Safuan said...

report polis jerla.
senang citer.

Syaiful Azhar said...

tgk petang ni camner ar.
klau brader tu lambat nak setel report polis la gamak nye.
igt br nak tuning wira aku kat situ..chaiittt..

Mohd Hazwan said...

macam2 hal skrg ni....
naseb baek perasan...

Azuan said...

uit! bahaya nie..repot polis je huhu

Anda juga mungkin meminati :

Related Posts with Thumbnails

follow me