20100830

:: Selamat Hari Merdeka ::

Selamat menyambut Hari Kebangsaan  Ke-53 kepada seluruh warga Malaysia. seperti kita ketahui negara akan menyambut hari kebangsaan pada setiap 31 Ogos. so disebabkan esok cuti umum, rata-rata sekolah kat Malaysia ni mengambil kesempatan mengadakan program sambutan ambang kemerdekaan. manakala sekolah berasrama pula akan sambut pada 12 tengah malam ini. 


:: Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-53 ::

20100826

:: duit raya dari kerajaan 1Malaysia ::

Alhamdulillah..lege sikit bila dapat tahu kerajaan Malaysia bagi duit raya pada penjawat awam..dapat juga la bernafas sket..dengan gaji yang cukup-cukup makan ni..bukan tak bersyukur dengan apa yang ada tapi memang diperlukan untuk raya nanti..raya pulak jatuh tengah bulan..gaji dapat sebelum masuk bulan..nak berjimat tu memang agak susah..dapat nye duit raya ni terubat sket la perasaan ni..terima kasih kepada sesiapa yang terlibat..

gambar hiasan

raya ni dapat la beli bak sekilo dua daging untuk mak ayah dan mak abah mertua..tak dapat bagi banyak,bagi la sekadar yang mampu..yer tak..hmmmnn..dapat juga merasa rendang daging raya nanti..heheh..

gambar hiasan

selain tu boleh beli bak sebalang dua kueh raya untuk kedua-dua keluarga..rasa nya tak beli banyak kueh cuma banyak kan beli kerepek-kerepek jerk..kueh ni takut tak habis..bila tak habis dah kira membazir..membazir kan amalan syaiton..syaiton plak time tuh dah bebas merdeka..

gambar hiasan

last skali duit raya..dapat la jugak bagi kat mak ayah, mak abah mertua, pn isteri, adik beradik yg masih blaja dan anak-anak buah..tak dapat bagi banyak,bagi sekadar mampu..janji biar ikhlas..

gambar hiasan

kepada umat islam yang nak balik raya nanti berhati2 dijalan raya..pandu cermat pasti jiwa selamat..rancang perjalanan anda..akhir skali ingat lah orang tersayang..

20100825

:: Janda 16 tahun ditangkap khalwat ::

 gambar hiasan

ni lah akibatnya kalau anak-anak zaman sekarang kahwen terlalu awal..khalwat sana sini..buang anak sana sini..Jangan ingat nak sedap jer tapi tak nak bertanggungjawab..ni lagi satu mana peranan ibu bapa..haisshh..jangan ingat nak salah kan guru-guru kat sekolah jer..hmmmnn..
...........................................................................................................................................................................

GUA MUSANG - Janda muda berusia 16 tahun dipercayai baru berpisah dengan suaminya Mac lalu dicekup kerana tinggal bersama kekasih di rumahnya di Kampung Dalam Lah, Meranto, dekat sini.

Selain janda muda dan kekasih, ketika serbuan dilakukan, rumah terbabit turut didiami kakak serta abang iparnya.

Keluarga terbabit memberikan alasan lelaki berusia 19 tahun yang bekerja di sebuah ladang sawit kampung terbabit tidak mempunyai rumah dan dibenarkan menumpang di rumahnya.

Skuad Amru bersama Pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jheaik) diketuai Penolong Pegawai Penguat kuasa Agama Jajahan, Husnie Adabi Abdul Kadir, menyerbu rumah terbabit kira-kira jam 12.30 pagi sebaik terima aduan awam.

Ketika diserbu, janda berusia 16 tahun itu tidur di ruang tamu bersama teman lelakinya yang berasal dari Kampung Sungai Kepa, Gua Musang dalam keadaan gelap tidak jauh dari tempat kakak janda itu yang tidur bersama suami manakala kedua ibu bapanya pula tidur dalam bilik.

Pegawai Agama Jajahan, Anuar Hashim, berkata, Skuad Amru mengetuk pintu rumah berkenaan yang mengambil masa tiga minit sebelum dibuka janda muda terbabit.

Menurutnya, sebaik diminta membuka lampu untuk menjalankan siasatan menemui seorang lelaki yang tidak ada hubungan kekeluargaan sedang tidur di ruang tamu yang disyaki berkhalwat dengan janda itu.

“Ketika kita menjalankan siasatan, muncul abang ipar janda terbabit berusia 29 yang bangun dari tidur menjelaskan keadaan sebenar apa yang berlaku terutama keluarganya simpati dengan lelaki terbabit yang tidak mempunyai rumah dan dibenarkan tinggal di rumah itu.

“Malah dia menjelaskan kedua mentuanya memang mengetahui hubungan sulit lelaki terbabit dengan adik iparnya sejak sekian lama dan pernah melarang jangan buat demikian tetapi tidak dihiraukan,” katanya.

Anuar berkata, kedua iba bapa janda muda itu tidak keluar dari bilik tidurnya ketika anak mereka dicekup khalwat dipercayai malu dengan perbuatan itu sehingga pasangan terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gua Musang. 
...............................................................................................................

ibu bapa ada kat rumah lagik..malu nak keluar..apa nak jadi..macam mana la anak tak jadi macam nih..Ya Allah jauhkan la semua perkara ini daripada kami..Sesungguhnya seksaan dari Engkau amat hebat..

20100824

:: mercun ::

tiap kali musim perayaan memang ada budak meninggal sebab mercun..jarang sekali lah tengok anak cina atau india yang mati..semua melayu..tak serik serik..kalau tak mati, tangan putus, mata buta, muka melecur macam-macam lagi lah..kan dah tak ensem..

baru-baru ni berlaku kat terengganu..sedih tengok bila angkara bapa,anak jadi mangsa..kematian penuh tragis..nak menyesal pon dah tak guna dah..banyak lagi kes angkara mercun nih..tiap-tiap hari ada jer budak masuk hospital..mak ayah dowang ni tak pantau ke apa anak dowang buat..

ni nama nye mercun mancis..walaupun pada pandangan mata kasar memang tak bahaya..tp kalau meletop kat tangan nice jugak rasanya..baru je pow kat student sekolah nih..cikgu-cikgu tak ajar pon bawa mercun g sekolah..tp suke sangat bawa..bila suruh bawa buku,macam-macam alasan plak die bagi..tak tau lah mercun apa yg diorang ni ada lagi..baru-baru ni meninggal sangkut kat atas pokok..jangan pula ada kes budak sekolah mati sangkut atas makmal komputer..susah aku nak jawab nanti..so budak-budak yang kantoi ni, esok ngadap cikgu disiplin yer..

:: Review : Ikan bakar Parameswara Umbai Melaka ::


22 ogos 2010 yang lalu adalah hari lahir aku ke-25. so wife ku yang tersayang Pn Suriaty dengan baik hati nye mahu belanja berbuka puasa di Ikan bakar Parameswara Umbai Melaka. Rezeki jangan ditolak musuh jangan sesekali dicari..hmmmm. Jom tengok apa yang ada kat sini..ehemm ehemm..

tempat untuk pilih apa yg korang nak makan..macam-macam ada kat sini..ikan jenak,pari,siakap,kupang,lala,sotong,udang dan macam-macam lagi..tempat ni memang lah ramai orang..klau rasa nak try tu kene datang awal sebab jam 6.30 meja dah abis di booking..huhu..


no 47 ni award yang kami dapat..chewah..no meja sebenarnya..hakhak..lokasi medan ikan bakar ini juga berhampiran dengan laut dan menghadap pulau besar Melaka..Bot ke pulau Melaka juga disediakan disini..harga bot tak pasti pulak..

tu die besday boy..ahakss..besday boy ker?? yang bawah tu tak lain tak bukan wife terchenta @Pn Suriaty. dan juadah berbuka yang telah di order..hmmm..Udang goreng butter, kupang sambal, ikan jenak 3 rasa + sotong goreng tepung..besederhana dibulan ramadhan..tersasar sebenarnyer..tp alhamdulillah makan habis..tak membazir..


dah makan kene bayar..tu dia..beratur panjang amik tiket nak bayar..so far berbaloi lah apa yg dimakan dengan harga yg dikenakan..janji SEDAP + KENYANG + BERPATUTAN..


disamping itu terdapat juga kedai yang menjual barang-barang rotan,bantal,permainan kanak-kanak dan pelbagai barangan lain yang boleh dibeli sebagai kenang-kenangan..akhir kata belum cuba belum tahu dah cuba teringat selalu..ahakss..terbaekk..next destination to try..Ikan bakar Ala Kassim kristal bay..hmmmmm....

:: Netbook 1 Malaysia ::


Pemberian netbook 1Malaysia dibawah program pemberian Netbook 1Malaysia kepada pelajar sekolah dibawah pelaksanaan jalur Lebar Kebangsaan merupakan satu langkah yang baik yang dilakukan oleh SKMM seiring dengan perkembangan teknologi pada masa ini.

Tidak dinafikan terdapat pro dan kontra diatas pemberian netbook ini. Tetapi perkara-perkara tersebut perlu ditangani dengan bijak. Pemberian netbook ini dapat memberi peluang kepada golongan berpendapatan sederhana untuk memiliki dan menggunakan teknologi sedia ada dengan maksima. Pada masa akan datang tiada lagi istilah BUTA IT dikalangan rakyat Malaysia.

Ibu bapa juga perlu mengawasi anak mereka kerana bimbang penyalahgunaan netbook tersebut. Sebelum ini juga dikhabarkan penggunaan internet menyumbangkan banyak masalah gejala sosial dikalangan pelajar seperti kes rogol, buang anak dah sebagainya. Aktiviti-aktiviti mereka perlu dikawal agar netbook ini dapat digunakan sebaik mungkin dan memberi kesan positif kepada pelajar.

Oleh itu kepada penerima netbook ini hargailah usaha kerajaan dan gunalah pemberian ini sebaik mungkin dan elakkan dari melayari laman web berunsur negatif kerana ia lebih mendatangkan keburukan dari kebaikan.

:: Majlis berbuka puasa dan perpisahan FT Melaka ::


Majlis berbuka puasa dan majlis perpisahan FT Melaka akan diadakan Klebang Beach resort. Maklumat tarikh dan lokasi seperti tertera diatas. Harga RM25 untuk dewasa.RM15 untuk kanak-kanak..Diharap anda dapat memberikan nama dan duit sebelum 26 Ogos 2010 supaya kami mudah untuk beurusan dengan pihak pengurusan resort. AJK kutipan duit akan dibahagi pada 3 daerah.

Melaka Tengah - Norfadilah Jiran - SK Ayer Molek - akaun Public Bank -4865285332
Jasin - Mohd Farid Ramlan - SK kesang Tua - akaun CIMB -0406-0073-8805-20
Alor Gajah - Aziha bt Mohamad- Sk Pulau Sebang - akaun CIMB 04030068778524

Diharap rakan-rakan FT dapat memberi kerjasama dan sokongon agar majlis tersebut dapat berjalan dengan lancar dan sempurna.Terima Kasih.

:: For the rest of my life ::


I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say

[chorus]For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

chorus: 

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

chorus:

Anda juga mungkin meminati :

Related Posts with Thumbnails

follow me