20101122

:: Kerja Baru ::



Cuti sekolah dah bermula..seperti biasa sekolah sunyi..tiada lagi jeritan budak-budak..tiada lagi bau kaki + stokin busuk dalam makmal ni..suasana tenang, nyaman, aman dan sentosa..

by the way tahun ni adalah tahun terakhir aku kat sekolah ni setelah 3 1/2 tahun aku berkhidmat kat sekolah ni..6 Disember 2010 ni secara rasmi nya aku akan melepaskan jawatan dan meninggalkan sekolah ni..so dalam masa cuti ni aku akan setel kan semua kerja aku yg tertunggak sebelum aku mula berkhidmat ditempat baru..

Alhamdulillah aku telah mendapat tawaran untuk menjawat jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 berkuatkuasa pada 6 Disember ni..tugas ni bg aku lebih berat dr tugas skang ni sebab bertugas di sekolah totally different dgn bertugas di Jabatan @ Kementerian..So aku berharap mental aku mampu untuk menerima cabaran ini..

akhir kata jika terdapat guru-guru,staf dan murid-murid yg terbaca blog ni, saya Syaiful Azhar bin Othman ingin memohon maaf sekiranya terdapat salah silap,terkasar bahasa, terlanjur kata,termakan terminum dan macam2 lagi kepada guru-guru, staf sokongan dan murid-murid di SK Dato' Naning Melaka..Doakan kesejahteraan saya ditempat baru nanti..terima kasih..

Anda juga mungkin meminati :

Related Posts with Thumbnails

follow me