20130204

[BPL] Prince Podolski !!

Arsenal bertemu Stoke City di Emirates. Perlawanan agak menarik apabila Wenger menurunkan pemain baru Nacho Monreal di posisi pertahanan kiri dan tidak menyenaraikan Santi Carzola dan Prince Podolski dalam kesebelasan utama.  Arsenal lebih mendominasi perlawanan. Banyak peluang terhidang digagalkan oleh penjaga gol Stoke City, Asmir Begovic.

Mutu penjaga garisan malam itu amatlah macam oink-oink kerana terlalu jelas berat sebelah. Walcott banyak kali dikasari di hadapan penjaga garisan tersebut tetapi tidak diendahkan oleh penjaga garisan itu. Perlawanan juga dihidangkan dengan aksi kasar pemain-pemain Stoke. 

Minit ke 70 Arsenal melakukan dua pertukaran dengan memasukkan Santi Carzola dan Podolski. Tempo perlawanan menjadi laju impak dari kemasukan mereka berdua hinggalah minit ke 76 gol berjaya dihasilkan oleh Podolski hasil dari sepakan percuma diluar kotak penalti. Seperti aku katakan penjaga garisan berat sebelah, gol itu hampir dibatalkan kerana penjaga garisan mengatakan bola terkena Giroud yang berkedudukan Offside. Setelah melakukan perbincangan dengan pengadil, akhirnya pengadil perlawanan mengesahkan jaringan tersebut. 

Minit ke 86 Ramsey dimasukkan. Ramsey ada sejarah dengan kapten Stoke City, Shawcross. Shawcross yang membuatkan karier Ramsey hampir terkubur kerana rempuhan Shawcross tiga tahun lepas menyebabkan kaki Ramsey patah dan menyebabkan juga permainan Ramsey semakin hambar. Moga Ramsey dapat mengembalikan keyakinan dan permainannya sepertu dulu.



No comments:

Anda juga mungkin meminati :

Related Posts with Thumbnails

follow me