20130131

Mempermainkan perasaan Liverpool

Pagi ini ada game Arsenal vs Liverpool untuk BPL. Seperti biasa Arsenal dengan gaya flip flop nya turun beraksi tanpa Arteta yang masih cedera. Posisi nya diambil alih oleh Ramsey. Yang lain tiada beza. Liverpool turun dengan hajat yang besar untuk menewaskan Arsenal selepas dimalukan oleh Oldham semasa pusingan ke-4 Piala FA tempoh hari. Jika Arsenal tewas, bererti Oldham lebih bagus dari Arsenal. Diatas kertas lah. Secara logik hanya pasukan seperti Liverpool sahaja yang akan tewas dengan pasukan seperti Oldham. Even Chealsea pon hampir dimalukan oleh Brentford dan terbaru adalah Reading. Maka Rafa dah sudah boleh berkira-kira untuk mencari kelab lain.

Liverpool adalah pasukan yang angkuh apabila mendahului Arsenal seawal minit ke-5 disebabkan ketidak seimbangan tubuh Sagna yang membolehkan si gigi tupai Suarez menjaringkan gol. Memang telah diakui pertahanan Arsenal adalah pertahanan yang sangat pemurah. Gol kedua juga disebabkan kelemahan pertahanan Arsenal. Liverpool mendahului 2-0. Tetapi kegembiraan fans Liverpool tak kekal lama. Arsenal hanya memerlukan 2 minit untuk menyamakan kedudukan. Nampak tak nampak tak hebatnya Arsenal. COYG !!

Pemain yang diragui keupayaan nya Olivier Giroud, telah membuktikan die layak untuk kesebelasan utama apabila menjaringkan gol dan membantu Walcott untuk menjaringkan gol ke-2. Gol Walcott memang padu hingga Pepe Reina tak sempat untuk buat apa-apa. Setakat ni Giroud telah menjaringkan 14 gol. Dan top scorer untuk Arsenal adalah Walcott dengan 18 gol.
Scorer Arsenal setakat ni (31/01/2013):
1. Theo Walcott 18
2. Olivier Giroud 14
3. Lukas Podolski 11
4. Santi Cazorla 8
5. Gervinho 5
6. Mikel Arteta 4
7. Laurent Koscielny 2
7. Jack Wilshere 2
7. Oxlade Chamberlain 2
7. Marouane Chamakh 2
11. Per Martesacker 1
11. Thomas Vermaelen 1
11. Tomas Rosicky 1
11. Aaron Ramsey 1
11. Andrey Arshavin 1
11. Kieran Gibbs 1
11. Ignasi Miquel 1
Arsenal mendominasi perlawanan dan boleh menang besar dengan Liverpool. Mungkin tidak mahu terlalu mengecewakan fans-fans Liverpool yang terlalu bergembira diawal permainan. Dan akhirnya tidak mampu untuk menewaskan Arsenal di Emirates. Anti-klimaks baq ang. Kasihan. 
 

No comments:

Anda juga mungkin meminati :

Related Posts with Thumbnails

follow me