20130211

[BPL] Sunderland vs Arsenal

Arsenal menang lagi. Momentum dikekalkan. Permainan semakin cantik. Taktikal lebih kemas. Namun penyudah masih tumpul. Peluang berderet-deret. Walcott dan Giroud terlalu banyak lepaskan peluang. Shezzy semakin kebal di depan gawang. Santi Carzola kembali dengan through pass yang cantik tetapi seperti yang aku katakan, penyudah tumpul. Come on Walcott permintaan anda terhadap Arsenal terlalu tinggi. Dan anda perlu tahu permintaan fans terhadap anda juga tinggi.

 Jenkinson mungkin kurang pengalaman. Kad kuning di awal permainan. Dan kad merah pada minit ke-60'. 30' minit diasak. Mujur Shezzy tenang malam itu setenang Sagna main center back. Apa-apa pon 3 mata penting berjaya dikekalkan untuk merapatkan jurang dengan Spurs. Everton sila congak langit tinggi atau rendah untuk bersaing di UCL. Anda tewas dengan setan merah. Baines tak nak join arsenal?

Spurs 4 mata dihadapan Arsenal. Jika ini dikekalkan sehingga  akhir musim, Spurs akan layak ke UCL pada musim hadapan. Tetapi jikalau Arsenal memenangi UCL musim ini, anda sudah boleh bermimpi di siang hari. Seperti mana Chelsea mencantas anda untuk ke UCL musim ini. Chelsea layak secara automatik setelah memenangi UCL pada musim lepas. Kasihan. Perkara ini juga mungkin akan berlaku pada anda musim ini. Bale tak nak join arsenal?







No comments:

Anda juga mungkin meminati :

Related Posts with Thumbnails

follow me