Berita yang mungkin agak mendukacitakan untuk dunia teknologi
tempatan, dimana hari ini, pakar IT dan juga kandungan mudah-alih
tempatan, saudara Azli Paat meninggal dunia. Beliau telah membawakan
pelbagai inovasi dalam dunia IT dan kandungan mudah-alih di Malaysia.
Bagi mereka yang tidak mengenali Azli Paat, beliau merupakan salah
seorang usahawan yang telah membangunkan dan hadir dengan beberapa
perkhidmatan memfokuskan kepada kandungan mudah-alih dan juga komuniti.
Salah satu yang popular, semestinya adalah DAPAT Vista yang terkenal
dengan perkhidmatan permesejan SMS yang telah merevolusikan dunia
kandungan berasaskan SMS di Malaysia. Syarikat tersebut kemudiannya
telah diambil-alih oleh HeiTech Padu Berhad pada tahun 2010.
Selain DAPAT, Azli Paat juga merupakan pengasas perkhidmatan
berasaskan komuniti, RAKANCOP, disamping merupakan ahli aktif dalam
komuniti IT dan telekomunikasi di Malaysia. Salah satu perkhidmatan baru
daripada beliau adalah Adacode yang mana membolehkan kandungan dihantar ke emel atau SMS dengan hanya membuat panggilan miscall.
Pelbagai anugerah telah diterima beliau sebelum ini, termasuk Prime
Minister’s “Best of the Best” Award 2012 di MSC Malaysia APICTA 2012.
SUMBER DARI AMANZ.MY
No comments:
Post a Comment