20130220

[UCL] Arsenal vs Bayern Munich

Tewas lagi di laman sendiri. Awal pagi tadi jumpa Bayern Munich di Emirates. Tewas 1-3. Separuh masa pertama umpama bermain di laman lawan. Umpama mencari rentak permainan di laman sendiri. Tidak bagi Bayern, bermain seperti di Allianz Arena. Tak pasti kenapa. Mungkin moral masih down akibat kekalahan dengan Blackburn Rovers. 

Dibolosi seawal minit ke-8 oleh Toni Kroos. Dan jaringan ke-2 oleh Thomas Muller pada minit ke-21. Hampir keseluruhan permainan di kuasai oleh Bayern. Kekalahan dan jaringan yang lebih besar mula terbayang. 

Separuh masa kedua barulah nampak permainan Arsenal. Ada serangan, ada asakan, ada percubaan. Permainan yang agak lesu semakin pantas. Minit ke-55 Podolski berjaya merapatkan kedudukan hasil tendangan sudut Wilshere. Harapan mula terbayang bahawa Arsenal akan membuat comeback. Sekurang-kurangnya dapat menyamakan kedudukan untuk dibawa ke Allianz Arena untuk perlawanan timbal balik. 

Harapan kembali pudar apabila Mario Mandzukic menjaringkan gol ke-3 pada minit ke-77. Dengan berbekalkan pertahanan yang kental oleh Bayern, tidak ada apa-apa yang boleh dilakukan. Cuma terpaksa menerima kekalahan dan berjuang untuk menang sekurang-kurangnya 3-0 di Allianz Arena. Boleh dianggap misi mustahil kerana 3-0 adalah jaringan yang agak besar. Lebih-lebih lagi bermain di tempat lawan. Harap Arsenal dapat mengembalikan kegemilangan 2003/2004.

No comments:

Anda juga mungkin meminati :

Related Posts with Thumbnails

follow me