20130208

Kursus Grafik Adobe Photoshop CS5

KURSUS GRAFIK ADOBE PHOTOSHOP CS5

(ASAS & PERTENGAHAN)
TARIKH: 20-21 FEBRUARI 2013 & 23-24 MAC 2013
TEMPAT: JTC2, 1 PUCHONG BUSINESS PARK, PUCHONG
MASA: 9.00 PAGI - 5.30 PETANG
SIJIL: Sijil penyertaan diberikan selepas tamat kursus
KEMUDAHAN: Komputer, CD, nota, makan & minum, domain & hosting (untuk kursus) disediakan. 
A)    PENGENALAN
 
Adobe Photoshop merupakan perisian editor grafik yang terkenal dan diasaskan oleh Adobe Photoshop. Ia dianggap sebagai industri standard kepada pakar grafik profesional. Photoshop digunakan secara komersil untuk memanipulasikan imej atau foto bagi menghasilkan laman web, penerbitan akhbar dan majalah, cetakan brosur dan flyer dan juga persembahan multimedia. Ketika populariti era digital fotografi sedang meningkat, permintaan untuk pembelajaran Photoshop juga semakin meningkat.
B)    SIAPA PATUT HADIR

Sesiapa yang berminat di dalam bidang editing foto atau jurugambar digital (amatur atau profesional). Juga, kepada sesiapa yang meminati bidang grafik dan manipulasi imej untuk penghasilan laman web, penerbitan dan persembahan multimedia.
 
C)    OBJEKTIF KURSUS
Menguasai pengetahuan dan kemahiran asas pengendalian Photoshop bagi proses editing imej/foto dan pengadunan grafik.
D)    KANDUNGAN KURSUS
-    Pengenalan kepada Photoshop
-    Teknik paling efektif memulakan Photoshop
-    Asas pengendalian – Canvas, Format, Tools, Panel, Layer, Save
-    Teknik: Membaik-pulih foto – Saiz, Adjustments, Layer Adjustments
-    Teknik: Menghasilkan kesan khas - Filters
-    Teknik: Menggunakan Selection – Adjustments, Copy
-    Teknik: Menggabungkan imej/foto – Masking, Layer, Layer Blend
-    Teknik: Menggabungkan imej dan grafik – Shapes, Brushes, Text
 
E)     METODOLOGI KURSUS
-        Latihan hands-on, demo dan nota kursus.
-        Setiap peserta dibekalkan sebuah computer.
F)     PENGAJAR 

Imran Abdul Jabar
Pengasas dan pengendali Sifoo.com (laman web yang berslogankan ‘Sumber Gra­fik dan Multimedia Malaysia’ sejak tahun 1999). Pemegang ijazah Virginia Polytechnic Institute and State University, Blacksburg, Virginia, USA. Menceburi bidang rekabentuk grafik dan web sejak tahun 1997. Pernah berkhidmat sebagai perekabentuk gra­fik dan multimedia di beberapa syarikat multimedia. Kini, beliau menumpukan sepenuh masa di dalam menguruskan Sifoo.com dan mengendalikan kursus-kursus berkaitan gra­fik dan multimedia.
Bersama-sama ini disertakan borang pendaftaran untuk rujukan dan tindakan tuan. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi kami di talian 03-8052 0570 / 016-263 0571 / 016-665 0571 atau email: rositah@jomtraining.com 
Bagi sesiapa yang berminat boleh hubungi no diatas untuk pertanyaan, tempahan dan kehadiran kursus.

No comments:

Anda juga mungkin meminati :

Related Posts with Thumbnails

follow me