BBM pada iOS dan Android. Hmm bunyi macam pelik tetapi menarik. Makin bercambah medium komunikasi. Whatapps, WeChat, Line, FB, Twitter, Tango, Skout, Instagram dan macam-macam lagi. Ikuti sedikit review dari AMANZ.
"Setelah pelbagai desas-desus kedengaran sejak tahun lepas, hari ini ia diumumkan secara rasmi yang mana perkhidmatan permesejan BlackBerry popular, iaitu BBM (BlackBerry Messenger) akan hadir ke platform Android dan juga iOS pada tahun ini.

Sebagai permulaan, perkhidmatan permesejan dan membuat kumpulan akan
disokong, dan ia akan diperluaskan untuk sokongan panggilan suara,
perkongsian skrin dan sebagainya secara berperingkat.
Untuk pengguna Android, mereka akan memerlukan versi Android 4.0 Ice
Cream Sandwich dan terkini, manakala untuk pengguna iOS pula, mereka
akan diperlukan untuk menjalankan sistem operasi iOS 6 dan terkini.
Buat masa ini, BBM mempunyai lebih 60 juta pengguna aktif bulanan,
dan mungkin dengan pengenalan ia kepada Android dan iOS, perkhidmatan
ini akan lebih meluas digunakan dikalangan pengguna seluruh dunia.
Kedua-dua aplikasi ini, iaitu untuk Android dan iOS akan ditawarkan
secara percuma. Lebih maklumat berkaitan dengannya akan diketahui sebaik
sahaja menghampiri tarikh pelancarannya kelak."
SUMBER : AMANZ.MY, CRACKBERRY
No comments:
Post a Comment