20130711

[TRAVELOG] Genting Highlands

Genting Highlands kami datang. Perjalanan dan percutian satu hari yang memenatkan tetapi menyeronokkan. 7 Julai yang lepas, 3 hari sebelum berpuasa kami sekeluarga bersama keluarga abang aku dan adik ipar nya ke Genting Highlands. Sekali lagi trip yang tak berapa dirancang. Tarik tali jugak sebenarnya. Keputusan minit terakhir dari aku setelah dipujuk oleh si isteri.

Gerak dari Melaka hari sabtu ke Bandar Saujana Putra rumah abang aku. Bermalam kat sana dan gerak ke Genting keesokan harinya. Esoknya gerak dari rumah lebih kurang 10 pagi dan tiba di Genting lebih kurang 12 tengah hari. Jalan raya tak sesak kerana hari ahad penghuni hutan batu masih bercuti dan ada yang balik kampung. 

Jalan naik ke Genting agak mencabar juga. Walaupun jalan dua lorong dan selekoh yang agak lebar. Sesekali selekoh tajam memang agak menakutkan juga. Alhamdulillah kami selamat tiba dipuncak Genting Highlands.

Selepas isi perut dan rehat sebentar, kami meneruskan aktiviti kami. Kami hanya masuk ke Outdoor Theme Park. Itu pon bagi aku sudah mencukupi. Pelbagai permainan ada cuma berani atau tidak saja untuk mencuba permainan yang ada kat dalam tu. Asyraaf tidur awal hari tu dalam pukul dua. So tak banyak permainan yang aku main. Cuma menikmati pemandangan dan jeritan pengunjung pengunjung taman tema itu saja. Isteri aku menjadi jurugambar sepenuh masa. Lama juga si kecik Asyraaf ni tidur.

Kami bergerak turun dari Genting lebih kurang jam 6 petang. Memang aku nak turun sebelum suasana menjadi gelap. Alhamdulillah kami tiba di rumah abang aku jam sepuluh malam selepas berhenti makan. Dan kami tiba di Melaka jam 12 tengah malam. 




























No comments:

Anda juga mungkin meminati :

Related Posts with Thumbnails

follow me