20130529

[PIALA FA] Pahang Vs Johor DT


Menakjubkan apabila Stadium Darul Makmur, Pahang sarat dengan penyokong pada perlawanan timbal balik Piala FA antara Pahang bertemu Johor Darul Takzim [JDT]. Terdahulu JDT menang 1-0 keatas Pahang. 

Senario bola sepak Malaysia telah berubah apabila peminat dan penyokong mula memenuhi stadium untuk melontarkan sokongan padu kepada pasukan masing-masing. Kancah bola sepak Malaysia kembali bernyawa. 

Tetapi apa yang dikesalkan apabila terdapat segelintir manusia yang mengambil kesempatan diatas apa yang berlaku. FAM perlu mengambil tindakan yang serius bagi mengelakkan perkara yang tidak di ingini terus berlaku.

"Ini adalah pendapat seorang penyokong bola sepak. Apa yang ditulis adalah sekadar apa yang dilihat oleh mata dan sekadar pendapat peribadi."

Perlawanan Pahang dan JDT terpaksa ditangguhkan apabila jumlah penyokong yang berada didalam stadium melebihi kapasiti tempat duduk yang disediakan. Penyokong kedua-dua pasukan terpaksa berasak-asak dan berhimpit sehingga memenuhi kawasan trek tepi padang.

Di sini kita dapat lihat mengapa penyokong boleh berada di kawasan trek padang. Kawasan tempat duduk telah penuh. Tak boleh nak salahkan mereka kerana mereka ada hak. Mereka bayar tiket. Apa pihak pengurusan dan penganjur buat? Mengapa jumlah jualan tiket melebihi jumlah kapasiti tempat duduk? 

Tiket palsu. Dimana kebenarannya aku tak boleh pastikan kerana apa yang ditulis sekadar apa yang dilihat oleh mata dihadapan kotak 28 inci berwarna hitam di sebuah negeri yang masih bergelut di liga FAM.

Keselamatan penyokong. Bawa anak kecil berumur lebih kurang 10 bulan berada diatas trek. Simpati terhadap kanak-kanak tersebut. Sangat simpati. Apa yang mak bapak dia fikirkan ketika itu. Keselamatan, kesihatan anak letak kat mana? Konon kipas susah mati. Sila muhasabah diri.

Keselamatan pemain. Pemain Pahang apatah lagi pemain JDT. Kecut perut Nunez tengok keadaan semalam. 

Keselamatan penjaga garisan. Berdiri keseorangan ditepi padang. Beribu botol air di belakang beliau. Hhhhmmmm. Kecut perut juga seperti Nunez.

Keselamatan Sultan Bola. Selaku tuan rumah dan juga Presidan FAM. Mencemar duli untuk turun ke trek untuk memohon kerjasama penyokong dan memohon pengadil meneruskan perlawanan. Tahu undang-undang katanya. Presiden FAM lah katakan.

Andai kata perlawanan diteruskan, sembilan puluh lima peratus perlawanan tetap akan dihentikan. Provokasi didalam padang memang sukar untuk dielakkan. Provokasi segelintir penyokong juga sukar untuk dielakkan. Bayangkan jika berlakunya perkara tersebut.
Lontaran batu dari luar stadium. Mana yang kena kepala dan muka tu patut berbangga kerana diantara beribu-ribu orang, kepala dan muka anda terpilih.

Kucing berak tengah padang. Tanda protes dari seekor haiwan yang disaksikan lebih satu juta penonton di stadium, dirumah mahupon di kedai mamak. 

Perlawanan ditunda. Pengumuman yang amat perit untuk diterima oleh penyokong yang datang dari jauh, bersusah payah membawa anak kecil, bersusah payah mencari parking kereta. Berhimpit dan bergesel-gesel nak masuk stadium. Kereta calar. Kepala dan muka kene objek keras.

Tamat siaran lansung. Berharap agar kanak-kanak itu selamat dan sihat disamping keluarga tersayang.

Sekali lagi.

"Ini adalah pendapat seorang penyokong bola sepak. Apa yang ditulis adalah sekadar apa yang dilihat oleh mata dihadapan kotak 28 inci berwarna hitam di sebuah negeri yang masih bergelut di liga FAM."

No comments:

Anda juga mungkin meminati :

Related Posts with Thumbnails

follow me