20130104

Futsal bersama Melaka Gooners

Putus nafas. Lama tak berfutsal sejak peristiwa hitam di Sport Planet Senawang. Semalam titik permulaan kembali aktif berfutsal bersama Melaka Gooners. Melaka Gooners adalah penyokong tegar Arsenal Melaka. Futsal dan match gathering antara aktiviti mereka.

Game malam tadi agak lambat kerana komitmen gooners yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar-pelajar kolej di Melaka. Walau bagaimana pun masih dapat diteruskan. Terima kasih kepada Melaka Gooners Wen jie, Farhan Ismail, Aduka Ezat, Shakir Mohamad, Jafni Zainuddin dan Mohamad Tuffli serta beberapa pemain import untuk mencukupkan ahli. Harhar. Kalau boleh lepas ni dapat sharp on time lah. Awal main, awal pulang. Btw, harap game lepas ni ramai dapat hadir sama. COYG!!!!

No comments:

Anda juga mungkin meminati :

Related Posts with Thumbnails

follow me