20130131

Revolusi smartphone aku

Boleh dikatakan aku memang gila gajet. Lebih-lebih lagi phone. Sejak berusia 18 tahun hingga sekarang sudah lebih 10 phone yang aku dah guna. Dari zaman hitam putih hingga berwarna. Macam-macam model yang aku dah guna. Teknologi diakui bergerak terlalu pantas. Ini adalah revolusi smartphone yang aku guna sehingga sekarang.

1. Sony Xperia X10

Aku guna pada 2011 dimana pertama kali menggunakan android. Teruja untuk pertama kalinya. Mungkin kerana pertama kali menggunakan teknologi baru. Sebelum ini hanya tahu symbian. Terdapat kelemahan yang amat ketara dari segi penggunaan bateri. Bateri cepat habis. 


  

2. Iphone 3gs

Selepas Xperia X10, aku guna iphone 3gs. Berbeza dengan Xperia X10 kerana iphone menggunakan ios bukan android. Masih mempunyai masalah penggunaan bateri tapi tak seteruk X10. Mungkin belum ada software update untuk android pada masa itu. Masalah bateri pada iphone 3gs dapat diatasi dengan mengupgrade ios 5 ke ios 6. Ada beza tapi tidak ketara. 


3. Blackberry Bold 2

Aku memang minat blackberry ni dari dulu lagi. Tertarik dengan keypad QWERTY pada blackberry. Style giler. Ramai orang kata blackberry hanya untuk BBM dan email sahaja. Sebab tu aku tak guna sampai ke sudah. 2012 pertama kali guna blackberry bold 2. Memang puas hati sebab boleh online social network 24 jam. 24 jam baq ang. BBM, email, FB, twitter dan sebagainya. Hanya perlu aktif kan Blackberry internet service (BIS) untuk semua servis tu. Tapi blackberry ni pon tak lama aku guna disebabkan blackberry keluar Blackberry Bold 4. Menggiurkan.

 4. Blackberry 9900 (Bold 4)

Terbaik. Design smart giler. Skrin sentuh + QWERTY. Skrin lebar. Nipis. Antara smartphone paling aku sayang. Fungsi sama seperti blackberry yang lain. Sayang nya hati ni terpaut pula pada HTC. Seriously HTC memang idaman dari dulu. Btw, blackberry 10 dan Z10 akan keluar tak lama lagi. Design kedua-dua smartphone ni memang smart. Berkemungkinan harga Bold 4 akan jatuh. Dan aku harap dapat memiliki semula Bold 4 untuk 2nd phone. Hmmmnn.



5. HTC One X

Ni lah HTC yang membuatkan aku melepaskan blackberry bold 4 aku. Hingga sekarang masih teringatkan lagi bb 4 itu. Hhhhmmm. HTC one x menggunakan proc quadcore 1.5ghz. RAM 1gb. Android 4.1 JellyBean. Laju. Smart. Even One X+ dengan butterfly dah release dengan spec yang amat menggiurkan.Meminati warna putih tapi disebabkan mudah kotor, aku amik keputusan untuk ambil warna hitam.


Selepas ini tak tau lah apa jenis smartphone yang akan keluar memandangkan persaingan terlalu sengit dan teknologi terlalu pantas. Sony, Samsung, HTC, Apple, Blackberry masing-masing berlumba-lumba mengeluarkan smartphone mereka. Btw, pilihan ditangan anda.



No comments:

Anda juga mungkin meminati :

Related Posts with Thumbnails

follow me