20111122

#Harimau Muda Selamanya


Tahniah Harimau Muda yang telah membuatkan Garuda tersungkur. Satu-satunya pasukan yang kalah dua kali dalam satu temasya di tangan Harimau Muda di laman sendiri. Tak sia-sia belajar seni cakar harimau di Slovakia. Lepas ni boleh hantar Fakhri Saarani bertapa dengan Hj Tapa atau guna minyak lintah tapa sebelum bermain mungkin akan jadi lebih hebat. Siapa tahu. 

Aksi hambar bertemu Kemboja menimbulkan sedikit kegusaran di mana Harimau Muda akan bertemu Thailand dan Indonesia untuk selesa ke separuh akhir. Namun peningkatan menakjubkan serta kematangan dalam permainan yang ditunjukkan semasa menewaskan Thailand dan Indonesia telah merubah persepsi di kalangan peminat bola sepak tanah air.

Harimau Muda layak ke perlawanan akhir setelah mengalahkan Myanmar 1-0 hasil jaringan "Adiwira" Fakhri Saarani di penghujung perlawanan. Jaringan tersebut sedikit sebanyak telah menyuntik kepercayaan pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee untuk meletakkan Fakhri Saarani sebagai "Target Man" atau penggempur pada perlawanan akhir semalam. 

Permainan penuh "Art" yang di hidangkan sebelum ini di bawa ke perlawanan akhir. "Confidence level" yang tinggi di tunjukkan oleh semua pemain harus di puji terutama penggempur berbisa Fakhri Saarani yang telah melepaskan banyak peluang untuk menjaringkan gol. Mungkin hantaran-hantaran tersebut bukan "Level" untuk seorang penggempur berbisa bernama Fakhri Saarani. Mungkin Irfan, Asra, Baddrol, Thamil tidak dapat mencongak jenis hantaran dan jaringan yang dimahukan oleh Fakhri. OKS harus mengambil perhatian terhadap perkara tersebut.

120 minit permainan tamat dengan keputusan 1-1. Sepakan penalti akan menentukan pemenang pingat ibu segala emas. Pemain yang "cool" amat diharapkan untuk mengambil sepakan penalti ini. Ketangkasan penjaga gol, Khairul Fahmi juga amat ditagih untuk menghalang sepakan Sang Garuda. 

Kemangan semakin hampir di gapai oleh Harimau muda apabila Fandi berjaya menyempurnakan sepakan penalti setelah sepakan Gunawan terkena tiang gol memberi kelebihan kepada Harimau Muda. Namun kemenangan mutlak Harimau Muda disangkal oleh penggempur berbisa negara, apabila sepakan penuh "style dan cool" Fakhri Saarani amat lemah dan mudah ditepis oleh Meiga. Mungkin beliau menganggap kemenangan menerusi sepakan penalti tidak memberi kepuasan yang maksimum kepada beliau.

Tangan emas yang dimiliki oleh Khairul Fahmi berjaya menepis sepakan Ferdinand Sinaga dan mencerahkan kembali kilauan emas untuk Malaysia. Ketenangan Fadhli Sas bersama Muslim mengawal benteng terakhir adalah kunci ketenangan beliau menyempurnakan sepakan penalti. Detik mendebarkan dimana sepakan kemenangan akan diambil oleh "General" Harimau Muda, Kapten Baddrol Bakhtiar. Usaha, semangat dan harapan diletakkan di bahu Baddrol. Sepakan kencang Baddrol gagal di tepis sempurna oleh Meiga seterusnya meranapkan impian Sang Garuda untuk memenangi ibu segala emas ini.

Harimau Muda berjaya mengekalkan pingat emas bola sepak seperti yang dilakukan dua tahun lepas. Kejayaan ini adalah hadiah untuk peminat bola sepak tanah air. Ciuman Menteri Belia dan Sukan, YB Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek di dahi Ong Kim Swee adalah hadiah terbaik dari beliau untuk skuad Harimau Muda. Akhir kata selamat berjuang kepada Skuad Harimau Muda yang akan menentang Syria pada 23 November ini di Bukit Jalil. 

*HARIMAU MUDA SELAMAYA*

No comments:

Anda juga mungkin meminati :

Related Posts with Thumbnails

follow me