20140512

Taman Rama-Rama Melaka

Kali pertama pergi Taman Rama-Rama Melaka. Kami pergi bertiga. Nak kata teruja tu tak lah mungkin disebabkan aku ni orang Melaka. Tak patut betul. 


Pertama sekali, nak masuk seharusnya kene ada tiket. Dan harga tiket untuk seorang dewasa adalah RM15. Dua orang bermakna RM30. Mahalkan. Haha. Dengan harga begini kami berperasangka baik bahawasanya keadaan kat dalam adalah menarik.

Secara umumnya, memang biasa jer. Takde yang menarik sangat pon. Tapi asalkan insan berdua ni gembira itu sudah mencukupi.
Antara haiwan yang ada kat dalam taman rama-rama ni.
Haiwan lain yang ada kat dalam ni selain rama-rama adalah pelbagai jenis ular, Ostrich, buaya, pelbagai jenis burung, dan macam-macam lagi. Cuma kuantiti haiwan yang agak kurang. Disamping terdapat beberapa kawasan masih dalam proses pembaikan. Olehitu, aku berharap pihak taman rama-rama dapat menambahbaik keadaan dan suasana didalam taman rama-rama ini agar pengunjung berpuas hati jika melawat taman ini.

No comments:

Anda juga mungkin meminati :

Related Posts with Thumbnails

follow me