20140519

Arsenal : Juara Piala FA 2014

Berakhir sudah Piala FA 2014. Berakhir sudah penantian Arsenal selama 8 tahun 11 bulan dan 25 hari untuk menambah koleksi piala. Perlawanan akhir bertemu Hull City pada mulanya dianggap mudah untuk Arsenal. Tapi sangkaan aku melesat apabila gawang Arsenal mudah dibolosi seawal minit ke-4 oleh Chester. Davies menambah derita Arsenal apabila menambah gol ke-2 pada minit ke-8. Main bola apa macam ni. Hati mula tak tenang dan mula terbayang Arsenal tanpa piala untuk tahun ke-9. Hati mula menyumpah seranah.Mula mengharapkan keajaiban akan berlaku. 


Minit ke-17 Arsenal mendapat sepakan percuma. Cazorla melakukan tugasan tersebut dengan sempurna. Arsenal merapatkan jurang gol. Kedudukan semasa 1-2. Peluang memang banyak tapi masih gagal untuk menjaringkan gol.


Minit ke-71 Carzola mengambil sepakan sudut. Tandukan Sagna terbias terkena Giroud. Koscielny tidak melepaskan peluang untuk menyamakan kedudukan. Nak harapkan Giroud, memang tak lah.

Tamat masa perlawanan. Perlawanan diheret ke masa tambahan. Arsenal mula menguasai perlawanan dari separuh masa ke-2 lagi. Tapi gagal untuk menjaringkan gol. Agak bahaya juga bila Hull City sesekali melancarkan serangan. Beberapa percubaan berbahaya dapat diselamatkan. Pada minit ke-108, back heel pas Giroud disempurnakan oleh Ramsey untuk Arsenal mendahului Hull City 3-2.

Kedudukan itu kekal sehingga wisel penamat.Perlawanan yang amat dramatik. Kemenangan yang amat dramatik. Kemenangan yang penuh bermakna. Kemenangan yang mampu menutup mulut haters. Kemenangan yang mampu membuatkan Mourinho menangis tersedu-sedu. Liverpool tanpa piala. Chelsea tanpa piala. Manchester United entah kemana. COYG untuk musim depan. 
 "Lihatlah Mourinho. Apa macam??"
-Ujar Wenger sambil menjulang piala dengan wajah riak.
Dengan kemenangan ini sah Arsene Wenger akan menyambung kontrak bersama Arsenal.
Keep Calm & In Arsen We Trust 

" 8 YEARS 11 MONTH 25 DAYS"

No comments:

Anda juga mungkin meminati :

Related Posts with Thumbnails

follow me