20140512

Manchester City Juara Liga Perdana Inggeris 2013/2014

Semalam perlawanan terakhir liga perdana inggeris bagi musim 2013/2014. Perlawanan diadakan serentak. Perlawanan lebih tertumpu kepada Man City dan Liverpool kerana meraka berpeluang untuk menjadi juara liga. Tempat ke-3 dan ke-4 kekal milik Chelsea dan Arsenal. Man United ?? Kekal di tangga ke-7.

Jaringan Samir Nasri dan Kompany menewaskan West Ham 2-0. Kemenangan Man City lebih bermakna kerana perlawanan terakhir mereka diadakan di Etihad Stadium. Bagi Liverpool mereka mengharapkan West Ham menewaskan Man City.

Tetapi itu mustahil kerana Man City berada pada prestasi terbaik mereka. Liverpool telah mensia-siakan peluang untuk menjuarai liga dan menamatkan penantian selama 24 tahun. Ini adalah disebabkan keputusan seri 3-3 menentang Crystal Palace pada perlawanan terdahulu. Bagi fans Liverpool, bertabahlah dan selamat datang ke Liga Juara-Juara. YNWA (You'll Never Win Anything).

Satu lagi kelab yang terlepas untuk menjuarai liga. Prestasi tak konsisten di tengah musim setelah mendahului liga pada awal musim. Isu kecederaan pemain menjadi masalah utama kepada pasukan ini memburu kejuaraan. Hanya Piala FA menjadi harapan Fans Arsenal untuk menamatkan badi 8 tahun tanpa piala. Liga juara-juara masih menjadi buruan kelab ini untuk kali ke-17. Bagi Everton biasa-biasa kan diri di Liga Europa dulu sebelum nak berjinak-jinak dalam Liga Juara-Juara. COYG!!


Mana Man United ?? Tangga ke-7 liga. Seri dengan Southamton pada perlawanan terakhir. Lemah. Jumpa lagi pada musim depan 2014/2015. Selamat Datang Piala Dunia 2014. Viva Espana !!.

No comments:

Anda juga mungkin meminati :

Related Posts with Thumbnails

follow me