20140827

Jamuan Hari Raya SPMICT 2014

Bulan Syawal telah melabuhkan tirainya dan menjelma pula bulan Zulkaedah. 25 Ogos yang lepas SPMICT telah mengadakan jamuan hari raya. Bertindih dengan dua lagi unit yang mengadakan majlis yang sama. Persediaan dan perancangan menu bermula lebih awal sebenarnya. Pelbagai menu yang dirancang. So sepanjang hari perancangan, selalulah dengar percakaran manja antara abang Ramlan dan juga kak Su pasal menu dan persediaan tempat. Mereka ni orang kuat SPMICT. Sorang nak pencen tahun depan. Sorang lagi baru dapat APC tahun ni. Mereka ni bagai anjing dengan kucing. Tak tahu mana anjing dan mana kucing. Setelah perbincangan dilakukan, maka menu-menu yang ditetapkan adalah seperti berikut.
Ok menu kat atas ni di taja oleh Pn Khadijah. Gulai asam tetel. Memang ketetel lah siapa makan. Cepat habis lauk ni. Lagi satu rendang hati. Tak tahu lah hati apa.

Yang ni pulak adalah rendang itik dan rendang ayam. Yang belah kiri adalah rendang itik yang ditaja oleh abang Ramlan. Lagi satu menu abang Ramlan bawa adalah Rassam. Tak de gambar pula. Masakan orang India. Katanya baik untuk orang perempuan. Yang belah kanan pula rendang ayam ditaja oleh abam Fazlin. Resepi gadek. Podeh buleh tahanlah. Tapi memang sodap. 

Menu yang ni pula di taja oleh kak Suhailah. Jadi buah mulut orang ni. Lambat datang memang tak merasa lah. Asam pedas keladi dengan gulai tempoyak daun. Memang sedap air tangan mak kak Suhailah ni. Hahah.
Yang ni pulak masak lemak nenas ikan sepat dan sambal sotong. Masak lemak nenas kak Fieza yang taja. Ingatkan dapatlah merasa ikan kurau. Hahaha.Sambal sotong tetap dan berpencen abang Azizi yang bawa. Rasa memang tak lari lah.

Ok yang kat atas ni lah 'main course' nya. Hahaha. Paling mudah dah senang. Kek tu aku taja. Tapi separuh je lah. Separuh lagi kelab. White Chocolate Macadamia. Nasi himpit ni ditaja oleh abam Shahril. Tiga bungkus nasi himpit. Tapi ada 72 biji jer. Haha. Lagi satu menu die bawak adalah ikan masin bulu ayam


Buah-buahan ni ditaja oleh abam Zaki. Tahun ni meriah buahnya. Buah rambai tu aku bawa. Rare tu susah nak jumpa. Hahah. Ada juga ulam-ulaman, petai, kacang botol dan banyak lagi. Belah kanan tu pula adalah penaja sphageti, cik Efada. Dua jenis sphageti die buat iaitu carbonara dan bolognese. Bertuah zaki kalau dapat.

Ni lah susunan makanannya. Macam buffet hotel. Kat hotel ni satu kepala RM40 ni. Ada lagi side dishes yang tak disebut dan tak sempat nak ambil gambar. Ok setakat ni dulu untuk jamu mata. In Shaa Allah sambutan semasa hari kejadian pada post selepas ini. K bai.

2 comments:

SUHAILAH RAMLI said...

hambooiiii..ckap hakak anjing dan kucing..kikiki..yg penting masa hari kejadian hanjing dan kucing x gaduh eah....semua berjalan dgn lancar...bahahaha

Syaiful Azhar said...

hahaha..itu perumpamaan..ada lagi..bagai isi dengan kuku..bagai aur dengan tebing..air yang dicincang takkan putus..banyak sangat nak digambarkan..haha..jangan mara aaa..

Anda juga mungkin meminati :

Related Posts with Thumbnails

follow me