20100824

:: Netbook 1 Malaysia ::


Pemberian netbook 1Malaysia dibawah program pemberian Netbook 1Malaysia kepada pelajar sekolah dibawah pelaksanaan jalur Lebar Kebangsaan merupakan satu langkah yang baik yang dilakukan oleh SKMM seiring dengan perkembangan teknologi pada masa ini.

Tidak dinafikan terdapat pro dan kontra diatas pemberian netbook ini. Tetapi perkara-perkara tersebut perlu ditangani dengan bijak. Pemberian netbook ini dapat memberi peluang kepada golongan berpendapatan sederhana untuk memiliki dan menggunakan teknologi sedia ada dengan maksima. Pada masa akan datang tiada lagi istilah BUTA IT dikalangan rakyat Malaysia.

Ibu bapa juga perlu mengawasi anak mereka kerana bimbang penyalahgunaan netbook tersebut. Sebelum ini juga dikhabarkan penggunaan internet menyumbangkan banyak masalah gejala sosial dikalangan pelajar seperti kes rogol, buang anak dah sebagainya. Aktiviti-aktiviti mereka perlu dikawal agar netbook ini dapat digunakan sebaik mungkin dan memberi kesan positif kepada pelajar.

Oleh itu kepada penerima netbook ini hargailah usaha kerajaan dan gunalah pemberian ini sebaik mungkin dan elakkan dari melayari laman web berunsur negatif kerana ia lebih mendatangkan keburukan dari kebaikan.

2 comments:

www.dunialandax.com said...

ya!!pemantauan mesti kerap dilakukan oleh ibu bapa~

Syaiful Azhar said...

yup harus dilakukan oleh ibu bapa..jangan selalu mahu menyalahkan guru-guru..

Anda juga mungkin meminati :

Related Posts with Thumbnails

follow me