20100825

:: Janda 16 tahun ditangkap khalwat ::

 gambar hiasan

ni lah akibatnya kalau anak-anak zaman sekarang kahwen terlalu awal..khalwat sana sini..buang anak sana sini..Jangan ingat nak sedap jer tapi tak nak bertanggungjawab..ni lagi satu mana peranan ibu bapa..haisshh..jangan ingat nak salah kan guru-guru kat sekolah jer..hmmmnn..
...........................................................................................................................................................................

GUA MUSANG - Janda muda berusia 16 tahun dipercayai baru berpisah dengan suaminya Mac lalu dicekup kerana tinggal bersama kekasih di rumahnya di Kampung Dalam Lah, Meranto, dekat sini.

Selain janda muda dan kekasih, ketika serbuan dilakukan, rumah terbabit turut didiami kakak serta abang iparnya.

Keluarga terbabit memberikan alasan lelaki berusia 19 tahun yang bekerja di sebuah ladang sawit kampung terbabit tidak mempunyai rumah dan dibenarkan menumpang di rumahnya.

Skuad Amru bersama Pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jheaik) diketuai Penolong Pegawai Penguat kuasa Agama Jajahan, Husnie Adabi Abdul Kadir, menyerbu rumah terbabit kira-kira jam 12.30 pagi sebaik terima aduan awam.

Ketika diserbu, janda berusia 16 tahun itu tidur di ruang tamu bersama teman lelakinya yang berasal dari Kampung Sungai Kepa, Gua Musang dalam keadaan gelap tidak jauh dari tempat kakak janda itu yang tidur bersama suami manakala kedua ibu bapanya pula tidur dalam bilik.

Pegawai Agama Jajahan, Anuar Hashim, berkata, Skuad Amru mengetuk pintu rumah berkenaan yang mengambil masa tiga minit sebelum dibuka janda muda terbabit.

Menurutnya, sebaik diminta membuka lampu untuk menjalankan siasatan menemui seorang lelaki yang tidak ada hubungan kekeluargaan sedang tidur di ruang tamu yang disyaki berkhalwat dengan janda itu.

“Ketika kita menjalankan siasatan, muncul abang ipar janda terbabit berusia 29 yang bangun dari tidur menjelaskan keadaan sebenar apa yang berlaku terutama keluarganya simpati dengan lelaki terbabit yang tidak mempunyai rumah dan dibenarkan tinggal di rumah itu.

“Malah dia menjelaskan kedua mentuanya memang mengetahui hubungan sulit lelaki terbabit dengan adik iparnya sejak sekian lama dan pernah melarang jangan buat demikian tetapi tidak dihiraukan,” katanya.

Anuar berkata, kedua iba bapa janda muda itu tidak keluar dari bilik tidurnya ketika anak mereka dicekup khalwat dipercayai malu dengan perbuatan itu sehingga pasangan terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gua Musang. 
...............................................................................................................

ibu bapa ada kat rumah lagik..malu nak keluar..apa nak jadi..macam mana la anak tak jadi macam nih..Ya Allah jauhkan la semua perkara ini daripada kami..Sesungguhnya seksaan dari Engkau amat hebat..

4 comments:

diraja22 said...

dunia oh dunia..

Wan Gerrard said...

Aish apa la nak jadi budak2 sekarang..tak boleh pikir benda lain ke..

Wan Gerrard said...

Aish apa la nak jadi budak2 sekarang..tak boleh pikir benda lain ke..

sepul azhar said...

dunia akhir zaman..bulan puasa pon masih ramai yg buat bende tu.."jangan ingat nak sedap jer tp tak nak bertanggungjawab"..join la group tu kat FB..:)

Anda juga mungkin meminati :

Related Posts with Thumbnails

follow me