20140512

Taman Rama-Rama Melaka

Kali pertama pergi Taman Rama-Rama Melaka. Kami pergi bertiga. Nak kata teruja tu tak lah mungkin disebabkan aku ni orang Melaka. Tak patut betul. 


Pertama sekali, nak masuk seharusnya kene ada tiket. Dan harga tiket untuk seorang dewasa adalah RM15. Dua orang bermakna RM30. Mahalkan. Haha. Dengan harga begini kami berperasangka baik bahawasanya keadaan kat dalam adalah menarik.

Secara umumnya, memang biasa jer. Takde yang menarik sangat pon. Tapi asalkan insan berdua ni gembira itu sudah mencukupi.
Antara haiwan yang ada kat dalam taman rama-rama ni.
Haiwan lain yang ada kat dalam ni selain rama-rama adalah pelbagai jenis ular, Ostrich, buaya, pelbagai jenis burung, dan macam-macam lagi. Cuma kuantiti haiwan yang agak kurang. Disamping terdapat beberapa kawasan masih dalam proses pembaikan. Olehitu, aku berharap pihak taman rama-rama dapat menambahbaik keadaan dan suasana didalam taman rama-rama ini agar pengunjung berpuas hati jika melawat taman ini.

Manchester City Juara Liga Perdana Inggeris 2013/2014

Semalam perlawanan terakhir liga perdana inggeris bagi musim 2013/2014. Perlawanan diadakan serentak. Perlawanan lebih tertumpu kepada Man City dan Liverpool kerana meraka berpeluang untuk menjadi juara liga. Tempat ke-3 dan ke-4 kekal milik Chelsea dan Arsenal. Man United ?? Kekal di tangga ke-7.

Jaringan Samir Nasri dan Kompany menewaskan West Ham 2-0. Kemenangan Man City lebih bermakna kerana perlawanan terakhir mereka diadakan di Etihad Stadium. Bagi Liverpool mereka mengharapkan West Ham menewaskan Man City.

Tetapi itu mustahil kerana Man City berada pada prestasi terbaik mereka. Liverpool telah mensia-siakan peluang untuk menjuarai liga dan menamatkan penantian selama 24 tahun. Ini adalah disebabkan keputusan seri 3-3 menentang Crystal Palace pada perlawanan terdahulu. Bagi fans Liverpool, bertabahlah dan selamat datang ke Liga Juara-Juara. YNWA (You'll Never Win Anything).

Satu lagi kelab yang terlepas untuk menjuarai liga. Prestasi tak konsisten di tengah musim setelah mendahului liga pada awal musim. Isu kecederaan pemain menjadi masalah utama kepada pasukan ini memburu kejuaraan. Hanya Piala FA menjadi harapan Fans Arsenal untuk menamatkan badi 8 tahun tanpa piala. Liga juara-juara masih menjadi buruan kelab ini untuk kali ke-17. Bagi Everton biasa-biasa kan diri di Liga Europa dulu sebelum nak berjinak-jinak dalam Liga Juara-Juara. COYG!!


Mana Man United ?? Tangga ke-7 liga. Seri dengan Southamton pada perlawanan terakhir. Lemah. Jumpa lagi pada musim depan 2014/2015. Selamat Datang Piala Dunia 2014. Viva Espana !!.

Hujan Lebat dan Pokok Tumbang

Sejak dua menjak ni cuaca tak menentu. Kalau panas, memang betul-betul panas. Kalau hujan, memang betuk-betul lebat. Pokok-pokok besar tepi jalan memang bahaya bagi pemandu kereta lebih-lebih lagi penunggang motosikal. Amat bahaya. Tak relevan lagi pokok-pokok besar tepi jalan. 

Kejadian kat atas ni berlaku di Ladang Serkam. Jalan antara Serkam Darat ke Lebuh AMJ. Lebih kurang pukul 7.30 pagi. Pokok besar tumbang melintang atas jalan. Ni adalah laluan harian aku ke tempat kerja. Kebetulan pagi ni memang hujan teramat lebat. Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa.Sepanjang aku lalu kawasan ini, memang aku perasan tiap-tiap kali hujan, dahan-dahan kecil yang patah banyak kat tepi jalan. So bagi aku pihak PBT perlu mengambil tindakan segera terhadap perkara ini. Amat bahaya kepada pemandu dan penunggang yang melalui kawasan ini. Aku berharap tiada lagi kejadian seperti ini akan berlaku.

Anda juga mungkin meminati :

Related Posts with Thumbnails

follow me