20130226
[REVIEW] Juvana The Movie
Aku nak review filem Juvana The Movie. Filem ni dah lama keluar cuma aku jer yang baru tengok. Ketinggalan. Dulu memang ada ikut juga cerita juvana ni kat tv. Tapi tak semua episod aku tengok. Jalan cerita juvana agak menarik. Oleh itu jangkaan aku untuk Juvana The Movie ni agak tinggi juga lah. Mungkin aku dah layan Prison Break kot.
Filem yang berdurasi 1 jam 30 minit. Bagi aku tak cukup untuk sebuah filem yang bagus dari segi jalan cerita. Masa agak terhad. Kenapa tak buat macam cerita hindustan. Durasi 2 hingga 4 jam. Dengan pelakon yang memang ramai. Ya bajet terhad.
Juvana the movie mengisahkan budak jahat botak, apex, ayam, kicap dan 2 orang lagi sapa tah, penghuni Wira Bakti yang dihantar ke Indera Sakti. Daim telah keluar dari Wira Bakti kerana tempoh penahanannya telah berakhir.
Di Indera Sakti, Lan todak dengan geng-geng die menanti kehadiran budak-budak Wira Bakti ni. Lan todak memang ada kes dengan budak-budak wira bakti sebab adik die juga budak wira bakti mati kerana overdose dadah.
Tak juvana lah kalau takde gaduh-gaduh. Dua-dua geng ni bergasak tetapi dileraikan oleh warden. Gaduh pon tak lama. Jamal cedera teruk sebab muka die kena minyak panas. Kicap tangan die kene tikam dengan Lan todak.
Apex tak puas hati dengan Lan todak. Die belasah lan todak dalam tandas. Budak-budak ni kene denda. Warden tarik botak jumpa jamal. Tah apa warden ni kata tetiba botak yang gangster ni boleh insaf. Jamal mintak maaf pada botak. Malam tu pula, jamal kene bunuh dengan lan todak.
Berlaku rusuhan kat indera sakti di ketuai oleh lan todak. Apex tak puas hati lagi dengan lan todak. Gaduh lagi budak dua orang ni. Apex bukan lawan lan todak. Botak datang menyelamatkan keadaan. Buku bertemu ruas. Disebabkan botak dah insaf, semangat juang dia dah nipis. Perasaan simpati pulak menebal. Botak kene tikam kat perut. Warden datang tangkap lan todak. Botak ke hospital. Umur dia panjang. Tak mati. Lan todak tak tahu apa cerita.
Lupa nak cerita pasal Daim. Daim kembali kesekolah sambil kerja sambilan di kilang batu bata. Tahun ni Daim amik SPM. Kat sekolah ada geng yang muka tak sesuai jadi gengster nak tunjuk gengster tak puas hati dengan Daim. Tapi Daim ada backup. Sara a.k.a Shera Ayub a.k.a bini dia. Sara ni la yang ajar Matematik tambahan kat Daim sebab Daim tak pandai Matematik Tambahan. Asalkan babak kat sekolah mesti tengah belajar Matematik tambahan. Oh lupa bajet terhad. Yang lain-lain korang tengok sendiri lah kat astro first.
[BPL] Arsenal vs Aston Villa
Arsenal bertemu Aston Villa kat Emirates. Menang 2-1. Kedua-dua gol dijaringkan oleh Santi Carzola. Permainan seperti biasa. Nyata pada penguasaan permainan walaupon Diaby agak slow pergerakannya. Tetapi banyak kali juga curi bola dari belakang dengan kaki panjangnya.
Gol seawal minit ke-5 membayangkan kemenangan yang agak besar. Bukan riak tetapi berdasarkan permainan, Arsenal memang mampu untuk melakukannya. Seperti biasa cubaan pada gol lawan memang bersepah. Penyudah takde. Tak tau apa sebabnya. Giroud semakin malas. Sering mengharapkan belas pengadil walaupun kesalahan darinya. Peluang depan gol dipersia-siakan. Mungkin sudah boleh direhatkan seperti Gervinho.
Bukan nak kritik tetapi itulah kenyataannya. Mungkin bagi penyokong tegar Arsenal marah kalau Giroud ni dikritik. Walaupun jaringan dan assist nya agak banyak, itu tidak boleh dijadikan alasan yang die ni tak boleh dikritik.
Terima kasih kepada bekas pemain Malaga, Carzola dan Monreal. Carzola semakin mendapat rentak dengan hantaran dan through pass yang sukar dijangka. Monreal telah mendapat rentak dengan corak permainan Arsenal. Walcott penyudah masih tumpul. Memang tak sesuai jadi penyerang. Agak gopoh. Wilshere terbaik. Future captain. COYG!!
20130220
[UCL] Arsenal vs Bayern Munich
Tewas lagi di laman sendiri. Awal pagi tadi jumpa Bayern Munich di Emirates. Tewas 1-3. Separuh masa pertama umpama bermain di laman lawan. Umpama mencari rentak permainan di laman sendiri. Tidak bagi Bayern, bermain seperti di Allianz Arena. Tak pasti kenapa. Mungkin moral masih down akibat kekalahan dengan Blackburn Rovers.
Dibolosi seawal minit ke-8 oleh Toni Kroos. Dan jaringan ke-2 oleh Thomas Muller pada minit ke-21. Hampir keseluruhan permainan di kuasai oleh Bayern. Kekalahan dan jaringan yang lebih besar mula terbayang.
Separuh masa kedua barulah nampak permainan Arsenal. Ada serangan, ada asakan, ada percubaan. Permainan yang agak lesu semakin pantas. Minit ke-55 Podolski berjaya merapatkan kedudukan hasil tendangan sudut Wilshere. Harapan mula terbayang bahawa Arsenal akan membuat comeback. Sekurang-kurangnya dapat menyamakan kedudukan untuk dibawa ke Allianz Arena untuk perlawanan timbal balik.
Harapan kembali pudar apabila Mario Mandzukic menjaringkan gol ke-3 pada minit ke-77. Dengan berbekalkan pertahanan yang kental oleh Bayern, tidak ada apa-apa yang boleh dilakukan. Cuma terpaksa menerima kekalahan dan berjuang untuk menang sekurang-kurangnya 3-0 di Allianz Arena. Boleh dianggap misi mustahil kerana 3-0 adalah jaringan yang agak besar. Lebih-lebih lagi bermain di tempat lawan. Harap Arsenal dapat mengembalikan kegemilangan 2003/2004.
Subscribe to:
Posts (Atom)



