20100909

:: ikan keli gergasi 113kg ::


Batang pancing yang kecil tp boleh menaikkan seekor ikan keli yang besar..itu lah kehebatan kaki pancing..tahap kesabaran yang tinggi juga memainkan peranan yang penting bagi seseorang kaki pancing selain dari kemahiran yang mereka miliki..aku minat juga memancing ni tp bukan lah satu hobi sbb tahap kesabaran aku kurang..so aku guna alternatif lain seperti jaring atau jala..salah satu cerita yg aku minat tengok adalah river monster..memang terbaekk lah..so kaki pancing Malaysia,bila lagi nak pancing ikan-ikan macam nih??

MONTOVA, Itali - Seekor ikan air tawar gergasi sepanjang 2.5 meter dan seberat 113 kilogram (kg) yang ditangkap oleh seorang pemancing, Roberto Godi berusia 32 tahun di utara Itali telah memecahkan rekod ikan air tawar terbesar di Eropah, lapor sebuah akhbar semalam.

Ikan itu berjaya ditarik selepas 45 minit bertarung sekali gus mengatasi rekod sebelum ini seberat 112kg yang ditangkap oleh pemancing dari Perancis, Christophe Dubreuil di sungai Ebro Sepanyol. Namun, Godi melepaskan semula ikannya itu ke dalam sungai.

Dia juga telah menghantar maklumat hasil tangkapannya itu ke Persatuan Permainan Memancing Antarabangsa untuk mengesahkan rekodnya. - Agensi

No comments:

Anda juga mungkin meminati :

Related Posts with Thumbnails

follow me