20100909

:: esok raya bukan hari ni lah ::


Dari aku kecik sampai lah dah 25 tahun ni pengumuman raya disampaikan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah kat semua stesen tv..lepas je tengok anak bulan, pakcik ni akan keluar kat tv umumkan hari raya..selagi die tak umumkan makna nya esok nya belom boleh raya..

tp aku pelik dan hairan kenapa masih ada orang yang sambut raya awal..anak bulan mana yg bersalin awal dowang dapat tengok agaknya..cam tak sabar-sabar..tak lari hari raya tu..bawak-bawak lah bertaubat yerk..

KANGAR: Kumpulan Al Nadzir Awwalun mendakwa mereka menyambut Aidilfitri semalam, dua hari lebih awal berbanding umat Islam lain di negara ini berdasarkan perkiraan empat elemen utama iaitu air, udara, api dan angin selain anak bulan Syawal kononnya sudah kelihatan, malam kelmarin. 

Seorang ahli jemaah dikenali Abang Man ketika ditemui berkata, dia sudah mengikuti kumpulan itu sejak 1993 dan menyatakan semua yang dia lakukan mengikut hukum dan ajaran Islam.

“Anak bulan sudah keluar malam tadi (Selasa) dan Aidilfitri perlu segera disambut iaitu hari ini (Rabu),” katanya yang turut ditahan bersama lapan yang lain, termasuk dua wanita kerana disyaki menyambut Aidilfitri lebih awal daripada ditetapkan pemerintah di sebuah surau ahli kumpulan terbabit di Taman Pertiwi Indah, Seriab, dekat sini, semalam.

Kumpulan yang membabitkan penduduk tempatan itu ditahan ketika khusyuk mendengar khutbah Aidilfitri disampaikan ketua kumpulan terbabit yang berusia 51 tahun, kira-kira jam 8.30 pagi.
 berita selanjut nya di akhbar-akhbar tempatan..

1 comment:

aku_gayahspears said...

selamat Hari Raya Aidilfitri (^_~)
sok raye..heheheh

Anda juga mungkin meminati :

Related Posts with Thumbnails

follow me