20091118

Streamyx vs P1 Wimax

Kehadiran P1 Wimax menyebabkan berlakunya perang iklan dengan pesaingnya iaitu streamyx. Perang antara dua ISP ini semakin hangat dibualkan apabila P1 Wimax menghasilkan iklan "potong" sehingga membawa perbahasan di Parlimen. "Iklan sudah potong ke belum?" yang menjadi iklan untuk mempromosi P1 wimax tiba-tiba menjadi popular dan dijadikan bahan jenaka. "Sudah potong ke belum?" merujuk kepada pemotongan line streamyx dan digantikan dengan P1 Wimax. Iklan ini boleh dianggap biasa tetapi telah disalah erti oleh sesetengah golongan yang menganggap "potong" itu sebagai "double meaning".



Disebabkan iklan tersebut, streamyx telah menghasilkan sebuah iklan untuk melawan pesaing baru nya itu. Iklan tersebut boleh dilihat diakhbar tempatan dan juga boleh di dengar di radio tempatan.


Gambar diatas merupakan iklan terbaru yang dihasilkan oleh streamyx untuk membalas iklan yang dihasilkan oleh P1 wimax. Walaupun tidak tertera P1 wimax pada modem tersebut, tetapi semua sedia maklum bahawa itu adalah modem P1 wimax. Bukan setakat modem malah dengan laptop sekali mahu dihumban kan keluar yang mana menunjukkan betapa pengguna P1 wimax tidak tahan dengan servis yang tidak memuaskan. Ditambahkan lagi dengan model iklan tersebut mempunyai rupa yang seiras dengan CEO P1 wimax iaitu Micheal Lai.

Micheal Lai

Oleh itu dengan perang iklan ini aku sebagai pengguna salah satu ISP provider diatas memohon agar perang tersebut berlanjutan dengan "Perang Servis" pula. Dimana aku berharap servis dapat dipertingkatkan bagi memenuhi keperluan dan kepuasan pengguna tidak kira lah mana-mana ISP provider. Jangan kan gah dengan iklan tetapi servis macam siput. Ok gudluck kepada kedua-dua streamyx dan P1 wimax.

"BEST SERVICE WIN"

Image Hosted by ImageShack.us

1 comment:

Syahrul Iman said...

haha..prang2 iklan mcm nie br best..mcm kat oversea..so,xde la skema sgt iklan2 kt nie..

Anda juga mungkin meminati :

Related Posts with Thumbnails

follow me