20090703

|| USB 3.0 ||

Sarah Sharp (Geekees), salah seorang daripada pembangun Linux di Intel’s Open Source Technology, telah mengumumkan di blog beliau bahawa USB3.0 akan dimasukkan ke dalam Linux Kernel. Ini menjadikan Linux adalah OS pertama di dunia yang akan menyokong sistem USB3.0, berbanding Windows!

Menurut Ankika Kehrer, USB3.0 menyokong kadar pemindahan data sehingga 5.0Gb per saat, berbanding USB2.0 yang hanya menyokong sehingga 480Mb per saat! Perbezaan yang ketara, sehingga 20 kali lebih laju berbanding USB2.0! Bahkan Firewire hanya mampu menyokong sehingga 3.2Gb per saat. Perkara tersebut telah dibentangkan pada November 2008 oleh USB Implementers Forum Inc.


Beliau (Sharp) bekerjasama dengan Keve Gabbert untuk memastikan bahawa distro Linux seperti ubuntu dan Red Hat menjadi distro pertama yang akan dimasukkan xHCI driver bagi USB3.0. Beliau juga berkata bahawa driver tersebut akan dimasukkan di dalam Kernel 2.6.31. Kepada pengguna yang tidak tahu menggabungkan (compile) kernel mereka sendiri, mereka boleh menunggu sehingga bulan September nanti untuk menikmati perkhidmatan tersebut.


kredit to http://melayubuntu.blogspot.com


Image Hosted by ImageShack.us

No comments:

Anda juga mungkin meminati :

Related Posts with Thumbnails

follow me