20090710

|| Bengkel ||


Bertempat di BTPN Melaka pada 6 hingga 8 Julai yang lalu, rakan-rakan FT Melaka telah menghadiri bengkel penyelenggaraan komputer disana. Dihadiri seramai 42 orang ft. Aku rasa la tujuan kursus ni dibuat adalah untuk membantu sekolah-sekolah yang tidak mempunyai juruteknik komputer dan juga sekolah yang mempunyai banyak masalah peralatan ict. Kitorang telah dibahagi kan kepada 4 kumpulan dimana setiap kumpulan terdiri dari 10 org ft akan ditempat di sekolah terpilih untuk membuat troubleshooting disana.


Berikut serba sedikit aktiviti semasa bengkel

Hari pertama

Sebelah pagi
slot Cik Hjh Halimahan bengkel fail meja bertujuan membuat pelarasan untuk semua ft. Fail meja sedia ada dikemaskini, ditambah dan di buang perkara-perkara yang tak berkaitan.

Sebelah petang
Slot En Sulaiman. Aku pon tak tau ape tajuk slot ni sbb kitorang tak diberi jadual semasa kursus. (maybe ade udang disebalik batu) .. harharhar diam-diam suda.. Satu jam lebih En Sulaiman membebel ape tah aku pon tak tau.. Tp ade jugak la input pasal STS (cover sket)..

Hari Kedua

Sebelah pagi
Kumpulan 3 & 4 masuk bengkel selenggara komputer manakala kumpulan 1 & 2 telah bergerak ke sekolah target. Kitorang diberi sebijik pc. then barai kan pastu pasang semula pc tersebut sampai boleh masuk windows. Tp arini tak tau la kenapa malang sgt kumpulan aku. tak tau dimana dan siapa yg silap pin processor pada motherboard bengkok. Nak kata salah pasang tak jgk sbb kitorang ni bkn nye baru sekali install proc. Mengukuhkan lagi teori yang bukan salah kitorang, sebelum kitorang ft PKG telah menghadiri bengkel ini. Kitorang dgr crita jgk ada satu pc tak boleh on then kitorang suspect pc kitorang tu la pc yang tak leh on tu. So dipendekkan cerita,kitorang letak kan punca dari ft PKG..wakakakaka..

N then kitorang amik la sebijik pc lama nak troubleshoot.. ni pon masalah jgk sbb fan proc die plak rosak.. Dah bila on menyalak plak pc nih.. So tukar la fan + head sink skali.. boleh la mula setup windows.. Ingat kan dah setel masalah, ade lagi cd windows yg BTP bg plak corrupt.. tak sempat nak setup slot tok bengkel tersebut tamat..so pendek citer hari tu memang malang..haha..

Hari ketiga

Kumpulan 3 & 4 ke sekolah yg bermasalah. Kumpulan kitorang dihantar ke SMK Klebang Besar..Harap2 GPICT die baca blog nih..Makmal die Ya Allah teruk giler. macam baru lepas dilanda banjir. Dgn habuk yang tebal..Kaki kerusi dan macam berlumpur. Ni la akibat bg student masuk makmal pakai kasut.. PC ape tah lagi..PC tahun 2005 dah macam pc tahun 1999..mmg old skool giler ah..tak tau la habuk kat head sink brapa tebal..kitorang buat mana yang mampu jerk.. Alhamdulillah 80% berjaya diselamatkan.. Salah sorang rakan kitorang terlalu excited kerana tidak cukup dgn cable tight malah dgn jari nye skali dipotong.. Ni la akibat jika tidak berhati-hati.. Akibat nya jari hantu kiri terpaksa dibius 6 kali dan menerima 6 jahitan..Tanpa kesakitan tak mungkin ade pengalaman (suke2 ati aku jerk)..

Sebelah petang macam biasa la..taklimat jerk then penyampaian sijil oleh KPP Hj Mohd Noor..
Pastu boleh balik..Conclusion die ft perlu saling berhubung dan saling bantu membantu jika menghadapi masalah..perkongsian ilmu penting kerana tidak semua ft yang mahir dalam sesuatu bidang..

Kepada semua ft selamat menjalankan tugas anda dgn penuh tanggungjawab dan ikhlas..
Kurangkan kontrovesi,tingkatkan prestasi..

wassalam

Image Hosted by ImageShack.us

No comments:

Anda juga mungkin meminati :

Related Posts with Thumbnails

follow me