20100824

:: mercun ::

tiap kali musim perayaan memang ada budak meninggal sebab mercun..jarang sekali lah tengok anak cina atau india yang mati..semua melayu..tak serik serik..kalau tak mati, tangan putus, mata buta, muka melecur macam-macam lagi lah..kan dah tak ensem..

baru-baru ni berlaku kat terengganu..sedih tengok bila angkara bapa,anak jadi mangsa..kematian penuh tragis..nak menyesal pon dah tak guna dah..banyak lagi kes angkara mercun nih..tiap-tiap hari ada jer budak masuk hospital..mak ayah dowang ni tak pantau ke apa anak dowang buat..

ni nama nye mercun mancis..walaupun pada pandangan mata kasar memang tak bahaya..tp kalau meletop kat tangan nice jugak rasanya..baru je pow kat student sekolah nih..cikgu-cikgu tak ajar pon bawa mercun g sekolah..tp suke sangat bawa..bila suruh bawa buku,macam-macam alasan plak die bagi..tak tau lah mercun apa yg diorang ni ada lagi..baru-baru ni meninggal sangkut kat atas pokok..jangan pula ada kes budak sekolah mati sangkut atas makmal komputer..susah aku nak jawab nanti..so budak-budak yang kantoi ni, esok ngadap cikgu disiplin yer..

:: Review : Ikan bakar Parameswara Umbai Melaka ::


22 ogos 2010 yang lalu adalah hari lahir aku ke-25. so wife ku yang tersayang Pn Suriaty dengan baik hati nye mahu belanja berbuka puasa di Ikan bakar Parameswara Umbai Melaka. Rezeki jangan ditolak musuh jangan sesekali dicari..hmmmm. Jom tengok apa yang ada kat sini..ehemm ehemm..

tempat untuk pilih apa yg korang nak makan..macam-macam ada kat sini..ikan jenak,pari,siakap,kupang,lala,sotong,udang dan macam-macam lagi..tempat ni memang lah ramai orang..klau rasa nak try tu kene datang awal sebab jam 6.30 meja dah abis di booking..huhu..


no 47 ni award yang kami dapat..chewah..no meja sebenarnya..hakhak..lokasi medan ikan bakar ini juga berhampiran dengan laut dan menghadap pulau besar Melaka..Bot ke pulau Melaka juga disediakan disini..harga bot tak pasti pulak..

tu die besday boy..ahakss..besday boy ker?? yang bawah tu tak lain tak bukan wife terchenta @Pn Suriaty. dan juadah berbuka yang telah di order..hmmm..Udang goreng butter, kupang sambal, ikan jenak 3 rasa + sotong goreng tepung..besederhana dibulan ramadhan..tersasar sebenarnyer..tp alhamdulillah makan habis..tak membazir..


dah makan kene bayar..tu dia..beratur panjang amik tiket nak bayar..so far berbaloi lah apa yg dimakan dengan harga yg dikenakan..janji SEDAP + KENYANG + BERPATUTAN..


disamping itu terdapat juga kedai yang menjual barang-barang rotan,bantal,permainan kanak-kanak dan pelbagai barangan lain yang boleh dibeli sebagai kenang-kenangan..akhir kata belum cuba belum tahu dah cuba teringat selalu..ahakss..terbaekk..next destination to try..Ikan bakar Ala Kassim kristal bay..hmmmmm....

:: Netbook 1 Malaysia ::


Pemberian netbook 1Malaysia dibawah program pemberian Netbook 1Malaysia kepada pelajar sekolah dibawah pelaksanaan jalur Lebar Kebangsaan merupakan satu langkah yang baik yang dilakukan oleh SKMM seiring dengan perkembangan teknologi pada masa ini.

Tidak dinafikan terdapat pro dan kontra diatas pemberian netbook ini. Tetapi perkara-perkara tersebut perlu ditangani dengan bijak. Pemberian netbook ini dapat memberi peluang kepada golongan berpendapatan sederhana untuk memiliki dan menggunakan teknologi sedia ada dengan maksima. Pada masa akan datang tiada lagi istilah BUTA IT dikalangan rakyat Malaysia.

Ibu bapa juga perlu mengawasi anak mereka kerana bimbang penyalahgunaan netbook tersebut. Sebelum ini juga dikhabarkan penggunaan internet menyumbangkan banyak masalah gejala sosial dikalangan pelajar seperti kes rogol, buang anak dah sebagainya. Aktiviti-aktiviti mereka perlu dikawal agar netbook ini dapat digunakan sebaik mungkin dan memberi kesan positif kepada pelajar.

Oleh itu kepada penerima netbook ini hargailah usaha kerajaan dan gunalah pemberian ini sebaik mungkin dan elakkan dari melayari laman web berunsur negatif kerana ia lebih mendatangkan keburukan dari kebaikan.

Anda juga mungkin meminati :

Related Posts with Thumbnails

follow me