20140519

Rumah Kami #1

Aku memang memasang impian untuk memiliki rumah sendiri sebelum aku berumur 30 tahun. Alhamdulillah dan In Sha Allah impian kami sekeluarga akan tercapai jika di izinkan olehNya. Pada mulanya kami bercadang untuk membina sebuah rumah diatas tanah sendiri. Beberapa proses telah kami lakukan. Cuma tinggal untuk submit pelan ke majlis sahaja kami terpaksa hentikan kerana beberapa sebab yang tidak boleh dinyatakan disini. Bagi kami itu rezeki. Alhamdulillah jika di izinkan olehNya juga.

Setelah melakukan perbincangan suami isteri dan servey juga dilakukan, kami akhirnya membuat keputusan untuk membeli rumah di Taman Muhibbah Fasa 14, Merlimau. Sebelum ni juga kami telah melihat beberapa buah rumah, tetapi ada beberapa perkara dan masalah terpaksa kami fikirkan.
Inilah kawasan pembinaan taman tersebut. Beberapa buah rumah lagi sedang dibina. Dari rumah yang nampak bumbung tu membawa ke bawah telah 70% siap. Rumah yang baru naik tu agak lambat kerana belakang rumah tu adalah bukit yang agak tinggi. Batu bukit perlu dibina untuk menghalang bukit itu dari runtuh. Tapi itu bukan kawasan rumah kami.
Ok yang kawasan lapang tu adalah tapak rumah kami. Ada 2 lot rumah kat situ. Dalam sebulan lagi pembinaan akan dilakukan. Pembinaan rumah kami lambat kerana proses untuk membina batu bukit diatas memerlukan sedikit masa kerana kawasan berbukit tersebut agak tinggi. By the way tak kisah sebab kawasan rumah kami jauh dari bukit tersebut.
So beginilah rekabentuk rumah kami. Pandangan dari pintu masuk. Rumah kami memanjang. Bukan melebar. Sebab itulah bilik selari. Rumah ini 4 bilik dan 2 bilik air. Cukuplah bagi kami 3 beranak setakat ni.
Rumah depan ni melebar dan bukan memanjang. So rekabentuk dalaman die lain dari rekabentuk rumah kami. Ada pro dan kontra sebenarnya kedua-dua jenis rumah ni. So kami bersyukur dengan apa yang ada. Setakat ni dulu. Kami akan update perkembangan rumah kami dari masa ke semasa.

Arsenal : Juara Piala FA 2014

Berakhir sudah Piala FA 2014. Berakhir sudah penantian Arsenal selama 8 tahun 11 bulan dan 25 hari untuk menambah koleksi piala. Perlawanan akhir bertemu Hull City pada mulanya dianggap mudah untuk Arsenal. Tapi sangkaan aku melesat apabila gawang Arsenal mudah dibolosi seawal minit ke-4 oleh Chester. Davies menambah derita Arsenal apabila menambah gol ke-2 pada minit ke-8. Main bola apa macam ni. Hati mula tak tenang dan mula terbayang Arsenal tanpa piala untuk tahun ke-9. Hati mula menyumpah seranah.Mula mengharapkan keajaiban akan berlaku. 


Minit ke-17 Arsenal mendapat sepakan percuma. Cazorla melakukan tugasan tersebut dengan sempurna. Arsenal merapatkan jurang gol. Kedudukan semasa 1-2. Peluang memang banyak tapi masih gagal untuk menjaringkan gol.


Minit ke-71 Carzola mengambil sepakan sudut. Tandukan Sagna terbias terkena Giroud. Koscielny tidak melepaskan peluang untuk menyamakan kedudukan. Nak harapkan Giroud, memang tak lah.

Tamat masa perlawanan. Perlawanan diheret ke masa tambahan. Arsenal mula menguasai perlawanan dari separuh masa ke-2 lagi. Tapi gagal untuk menjaringkan gol. Agak bahaya juga bila Hull City sesekali melancarkan serangan. Beberapa percubaan berbahaya dapat diselamatkan. Pada minit ke-108, back heel pas Giroud disempurnakan oleh Ramsey untuk Arsenal mendahului Hull City 3-2.

Kedudukan itu kekal sehingga wisel penamat.Perlawanan yang amat dramatik. Kemenangan yang amat dramatik. Kemenangan yang penuh bermakna. Kemenangan yang mampu menutup mulut haters. Kemenangan yang mampu membuatkan Mourinho menangis tersedu-sedu. Liverpool tanpa piala. Chelsea tanpa piala. Manchester United entah kemana. COYG untuk musim depan. 
 "Lihatlah Mourinho. Apa macam??"
-Ujar Wenger sambil menjulang piala dengan wajah riak.
Dengan kemenangan ini sah Arsene Wenger akan menyambung kontrak bersama Arsenal.
Keep Calm & In Arsen We Trust 

" 8 YEARS 11 MONTH 25 DAYS"

20140514

Dataran 1Malaysia Klebang, Melaka

Dataran 1Malaysia di Klebang pada asalnya adalah pesisir pantai Klebang. Kemudiannya pesisir pantai tersebut telah di tambak dan di dirikan bangunan serta pusat riadah. Disana juga terletaknya muzium kapal selam. Selain itu, bas henti-henti yang pernah beroperasi di negeri Melaka dikumpulkan disana selepas diambil alih oleh bas panorama.
Parking kereta memang tak de masalah sebab kawasan parking yang luas. Harap tak de parking berbayar. Pelbagai gerai makanan ada. Tak de masalah untuk makanan dan minuman. Layang-layang pelbagai jenis dan bentuk ada dijual. Aktiviti bermain layang-layang memang best kat sini. Aktiviti permotoran juga ada. Tak tahu pulak apa nama kenderaan tu.
Cuaca baik memang sesuai untuk aktiviti fotografi.
Pelbagai aktiviti riadah bersama keluarga boleh dilakukan disini. Pesisir pantai yang bersih. Pasir yang bersih. Kawasan yang bersih. Penambahbaikan masih dilakukan untuk menjadikan tempat ini satu kawasan riadah yang baik.

Anda juga mungkin meminati :

Related Posts with Thumbnails

follow me