20101122

:: Kerja Baru ::



Cuti sekolah dah bermula..seperti biasa sekolah sunyi..tiada lagi jeritan budak-budak..tiada lagi bau kaki + stokin busuk dalam makmal ni..suasana tenang, nyaman, aman dan sentosa..

by the way tahun ni adalah tahun terakhir aku kat sekolah ni setelah 3 1/2 tahun aku berkhidmat kat sekolah ni..6 Disember 2010 ni secara rasmi nya aku akan melepaskan jawatan dan meninggalkan sekolah ni..so dalam masa cuti ni aku akan setel kan semua kerja aku yg tertunggak sebelum aku mula berkhidmat ditempat baru..

Alhamdulillah aku telah mendapat tawaran untuk menjawat jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 berkuatkuasa pada 6 Disember ni..tugas ni bg aku lebih berat dr tugas skang ni sebab bertugas di sekolah totally different dgn bertugas di Jabatan @ Kementerian..So aku berharap mental aku mampu untuk menerima cabaran ini..

akhir kata jika terdapat guru-guru,staf dan murid-murid yg terbaca blog ni, saya Syaiful Azhar bin Othman ingin memohon maaf sekiranya terdapat salah silap,terkasar bahasa, terlanjur kata,termakan terminum dan macam2 lagi kepada guru-guru, staf sokongan dan murid-murid di SK Dato' Naning Melaka..Doakan kesejahteraan saya ditempat baru nanti..terima kasih..

20100927

:: menjejak cahaya ::

sejak dua menjak berjinak-jinak dalam alam fotografi ni membuatkan aku nak mencuba apa yg telah dilakukan oleh penembak-penembak gambar yg telah lama dalam bidang ini..setiap gambar yg aku lihat membuatkan aku teruja untuk mencuba..antara nya jejak cahaya dengan kata lainnya light trail..memang teruja sgt la klau tengok gambar nih..memang agak susah jugak untuk mendapatkan gambar yg cun bagi penembak amatur macam aku ni..tp aku berpegang pada kata practice make perfect..so tembak sehingga dapat kesan yg menarik..jangan mudah berputus asa dan jangan jemu untuk mencuba..lagi, lagi dan lagi..






:: berpeleseran di jejambat melaka sentral ::

kadang kala berpeleseran tidak membawa maksud yang tidak baik. ia bergantung kepada aktiviti yg kita buat. klau baik aktiviti nya maka baik lah kesan nya..klau buruk aktiviti nya maka buruk la kesan nya. sebagai contohnya, aku mengisi masa terluang ku [dengan kata lain berpeleseran hehe] bersama isteri dan lensa ku.. sekurang-kurangnya dpt mengeratkan lagi hubungan antara kami dan juga memantapkan lagi skill fotografi ku..hehe..



pokok pangkal nya niat kita..so enjoy with our life..hehe..

Anda juga mungkin meminati :

Related Posts with Thumbnails

follow me