Salam..setelah beberapa (banyak) artikel/entry Hac sebelum ini yang mengajar anda semua cara melepasi sekatan websense (biasanya digunakan oleh kerajaan), hari ini Hac ingin memberi satu lagi tutorial untuk anda semua melayari/melepasi laman web yang disekat dengan kaedah SSH Tunneling..
Apa Itu SSH Tunneling?
Secure Shell (SSH) Tunnel ialah 'terowong' yang diekripsi melalui sambungan protokol SSH..sambungan SSH Tunnel biasanya digunakan untuk melindungi (encrypt) trafik yang terdedah (unencrypted) melalui rangkaian kepada saluran yang dienkripsi (encrypted)..dengan kata mudahnya, anda boleh melayari laman web secara anonymous (tanpa dapat dipantau atau dikesan) dan secara tidak langsung dapat melayari laman web yang disekat..
Ingin Mr.Hac tegaskan di sini, kaedah ini agak advance, dan memerlukan lebih pemahaman..jadi diharap anda menumpukan sepenuh perhatian (macam dalam kelas pulak) terhadap tutorial ini kerana kalau boleh Hac nak semua orang berjaya melakukannya..
Apa Yang Diperlukan Untuk Membuat SSH Tunneling?
1. Akaun Shell (Shell Account). anda boleh mendapatkannya di sini : Shellmix
2. PuTTy - Digunakan untuk menyambung (connect) ke akaun Shell..
Cara Melakukannya:
1. Pertama sekali sila daftarkan akaun Shell anda terlebih dahulu..sekiranya ia juga disekat oleh Websense, sila cuba daftarkannya di tempat lain seperti Cyber Cafe, rumah kawan, mahupun rumah jiran yang ada internet..haha..terpulang la!
cara mendaftar? lihat sini ---> Cara Mendaftarkan Akaun Di Shellmix.com..
cara mendaftarkan akaun Shell di Shellmix agak sedikit rumit..kerana itu Hac katakan dari awal cara ini agak advance berbanding menggunakan perisian percuma seperti Ultrasurf ataupun TOR..cuma kaedah ini lebih SELAMAT berbanding menggunakan pelayan proksi (proxy server) atau kaedah-kaedah yang lain..jadi anda mahu selamat? USAHAKAN IA!
2. Setelah BERJAYA membuat satu akaun, sila buka PuTTy yang telah dimuat turun tadi..IKUT tetapan yang ditunjukkan oleh Mr.Hac dalam gambar dibawah..pada Host Name (or IP address), sila masukkanshellmix.com dan pada Port masukkan nombor 22 (sekiranya tiada nombor)..
3. Kemudian, klik pada SSH ---> Tunnels ---> pada Source port, masukkan nombor 8888, tandakan pada 'Dynamic', dan kemudian klik Add..setelah itu, klik Open..
4. Tetingkap seperti di bawah akan muncul..sila masukkan username dan password yang telah anda pilih semasa mendaftar di Shellmix.com..
Sebelum tetingkap di atas muncul, sekiranya keluar tetingkap seperti di bawah ini, anda hanya perlu klik 'Yes'..
5. Ok..selesai bahagian pertama, iaitu bahagian TETAPAN PuTTy..sekarang kita perlu membuat tetapan kepada pelayar web yang kita gunakan..dalam tutorial ini, Hac akan menunjukkan tetapan untuk pelayar web Mozilla Firefox..
6. Pada pelayar Firefox, klik Tools ---> Options
atau boleh juga merujuk kepada gambar di bawah:
7. Klik pada Advance ---> Network ---> Settings...
8. Klik pada Manual proxy configuration ---> pada SOCKS Host masukkan 'localhost' (tanpa pembuka dan penutup kata) dan pada ruangan Port isikan dengan nombor 8888..
9. Selesai!! sekarang anda sudah mampu melayari laman web yang telah disekat dan untuk mengetahui sama ada anda telah berjaya atau tidak,
Berikut adalah cara pemasangan (Installation) Windows 7 ke dalam peranti USB dengan cara manual. Kebiasaannya fail berformat ISO akan dipasang pada CD/DVD untuk dipasangkan pula pada komputer atau laptop yang digunakan. Tetapi bagi pengguna netbook yang tidak mempunyai ruang untuk cakera CD/DVD, maka kaedah ini boleh digunakan oleh anda.
Benda/bahan yang diperlukan untuk kaedah pemasangan ini ialah:
1. USB Pendrive dengan kapasiti storan 4GB (minimum) 2. DVD Windows 7 3. Komputer yang mempunyai perakam DVD (DVD Burner)
Langkah-langkah pemasangan:
1. Masukkan pendrive anda kepada port USB di komputer (sebelum itu, backup data terlebih dahulu)
2. Buka Command Prompt. Jika anda menggunakan Windows Vista, sila buka/jalankan sebagai 'Administrator':
Start -> All Programs -> Accessories -> Klik kanan pada 'Command Prompt' dan pilih 'Run as Administrator'
Atau boleh juga klik pada Start -> Run... -> taipkan cmd
Atau klik pada kekunci keyboard yang berlambang 'Windows' dan tekan huruf 'R' lalu taipkan cmd
3. Taipkan baris perintah berikut satu demi satu:
DISKPART
LIST DISK
SELECT DISK #
P/S: # Adalah nombor peranti USB anda. Kebiasaannya 0 adalah nombor cakera keras (hard disk) anda. Sila pilih nombor yang mewakili peranti USB anda setelah senarai disk dikeluarkan melalui baris perintah 'LIST DISK'
4. Kemudian, taipkan pula baris perintah berikut satu demi satu:
CLEAN
CREATE PARTITION PRIMARY
SELECT PARTITION 1
ACTIVE
FORMAT FS=NTFS QUICK
ASSIGN
EXIT
5. Masukkan DVD pemasangan Windows 7 dan lihat pada huruf pemacu/perakam DVD anda, sebagai contoh dalam tutorial ini ialah 'H'. Setelah itu, taipkan baris perintah berikut:
H: CD BOOT
CD BOOT
BOOTSECT.EXE /NT60 E:
EXIT
P/S: 'E' Ialah huruf peranti USB anda. Gantikannya sekiranya ia berbeza.
6. Salin kandungan dalam DVD pemasangan Windows 7 anda ke dalam peranti USB.
7. Selesai.
Apa? Mahu cara yang lebih senang? Jika anda sudah mempunyai fail ISO Windows 7 dan ingin memasangnya ke dalam peranti USB dengan cara yang lebih mudah, anda boleh gunakan Windows 7 USB/DVD Download Tool, iaitu tool rasmi untuk memasang Windows 7 ke dalam peranti USB dari Microsoft.