20130718

[PHOTOG] Teaser Raya

Masih ada beberapa minggu lagi sebelum kita menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri. Seperti kebiasaannya setiap unit di JPN Melaka akan bergambar untuk menghasilkan kad ucapan hari raya untuk tatapan unit-unit yang lain. Tidak ketinggalan juga unit kami SPMICT bergambar untuk menghasilkan kad hari raya. Oleh itu, sebagai gambar alu-aluan aku sajikan satu untuk tatapan kalian memandangkan baru seminggu puasa.


[UMUM] Salam Ramadhan

Alhamdulillah. Seminggu sudah kita berpuasa di dalam bulan Ramadhan ini. Cepat sungguh masa berlalu. Tup tap tup tap Syawal bakal menjelma. Tapi apa pun jalani ibadah puasa dengan kegembiraan dan ketaqwaan. Semoga apa yang kita kerjakan pada bulan penuh baraqah ini diterima dan dilimpahi nikmat oleh Allah SWT.











Selamat Menyambut Bulan Ramadhan al-Mubarak 1434 Hijrah

20130711

[TRAVELOG] Genting Highlands

Genting Highlands kami datang. Perjalanan dan percutian satu hari yang memenatkan tetapi menyeronokkan. 7 Julai yang lepas, 3 hari sebelum berpuasa kami sekeluarga bersama keluarga abang aku dan adik ipar nya ke Genting Highlands. Sekali lagi trip yang tak berapa dirancang. Tarik tali jugak sebenarnya. Keputusan minit terakhir dari aku setelah dipujuk oleh si isteri.

Gerak dari Melaka hari sabtu ke Bandar Saujana Putra rumah abang aku. Bermalam kat sana dan gerak ke Genting keesokan harinya. Esoknya gerak dari rumah lebih kurang 10 pagi dan tiba di Genting lebih kurang 12 tengah hari. Jalan raya tak sesak kerana hari ahad penghuni hutan batu masih bercuti dan ada yang balik kampung. 

Jalan naik ke Genting agak mencabar juga. Walaupun jalan dua lorong dan selekoh yang agak lebar. Sesekali selekoh tajam memang agak menakutkan juga. Alhamdulillah kami selamat tiba dipuncak Genting Highlands.

Selepas isi perut dan rehat sebentar, kami meneruskan aktiviti kami. Kami hanya masuk ke Outdoor Theme Park. Itu pon bagi aku sudah mencukupi. Pelbagai permainan ada cuma berani atau tidak saja untuk mencuba permainan yang ada kat dalam tu. Asyraaf tidur awal hari tu dalam pukul dua. So tak banyak permainan yang aku main. Cuma menikmati pemandangan dan jeritan pengunjung pengunjung taman tema itu saja. Isteri aku menjadi jurugambar sepenuh masa. Lama juga si kecik Asyraaf ni tidur.

Kami bergerak turun dari Genting lebih kurang jam 6 petang. Memang aku nak turun sebelum suasana menjadi gelap. Alhamdulillah kami tiba di rumah abang aku jam sepuluh malam selepas berhenti makan. Dan kami tiba di Melaka jam 12 tengah malam. 




























Anda juga mungkin meminati :

Related Posts with Thumbnails

follow me