20150106

Hari HRMIS bersama Jabatan Pendidikan Melaka

Assalamualaikum WBT. Selamat tahun baru 2015. Moga kehadiran tahun baru ini dapat meningkatkan lagi produktiviti untuk terus berjaya walaupun sejak akhir-akhir ini negara kita ditimpa pelbagai musibah. Segalanya adalah ketentuan dari Allah SWT.

Untuk tahun baru, blog ini akan dipenuhi dengan hasil-hasil kerja yang aku buat. Dari peram kat dalam komputer, ada baiknya aku kongsi dekat blog ni. Sekurang-kurangnya, korang boleh guna idea untuk hasil kerja korang.

Ini adalah bunting untuk Hari Semakan Buku Perkhidmatan Kerajaan & HRMIS. Pelbagai aktiviti yang diadakan pada hari tersebut. Diantaranya adalah Semakan buku Perkhidmatan Kerajaan, Kempen derma darah & pameran kesihatan serta pameran dari Agensi Antidadah Kebangsaan dan Keselamatan Jalan Raya. Akhir kata, Selamat Tahun Baru 2015.

No comments:

Anda juga mungkin meminati :

Related Posts with Thumbnails

follow me